CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2202|Reply: 0

[Sarawak] Pemeriksaan kesihatan percuma di Taman Rejang, 18-19 April

[Copy link]
Post time 17-4-2024 09:38 PM | Show all posts |Read mode


SIBU: Pusat Khidmat P.212 Sibu akan menganjurkan aktiviti pemeriksaan kesihatan percuma di Pusat Komersial Taman Rejang pada Khamis dan Jumaat ini.

Program dua hari berturut-turut yang bermula jam 7.30 pagi hingga 10.30 pagi itu dianjurkan bersama Farmasi Sunlight dan Persatuan Bidan Sarawak Cawangan Sibu.

Ahli Parlimen Sibu Oscar Ling berkata, pemeriksaan kesihatan percuma ini membabitkan tekanan darah, gula dalam darah dan kolesterol.

"Mereka yang berumur 18 tahun dan ke atas amat dialu-alukan untuk mengambil bahagian," ujarnya dalam satu kenyataan.

Sementara itu, ceramah mengenai glaukoma dan penyakit mental akan diadakan pada jam 8 pagi untuk orang ramai yang hadir.

Program tersebut katanya, bertujuan memberi kesedaran kepada orang ramai tentang peri pentingnya penjagaan kesihatan.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 09:40 AM GMT+8 , Processed in 0.070016 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list