CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2045|Reply: 0

[Sarawak] Jumlah kemalangan jalan raya di Sarawak menunjukkan peningkatan

[Copy link]
Post time 17-4-2024 09:44 PM | Show all posts |Read mode


MANCHA

KUCHING: Jumlah kes kemalangan jalan raya di negeri ini menunjukkan peningkatan sepanjang pelaksanaan Ops Selamat Ke-22 sempena Perayaan Hari Raya Aidilfitri 2024 berbanding tahun lepas.

Pesuruhjaya Polis Sarawak Dato Mancha Ata berkata, kes telah meningkat kepada 354 kes berbanding 325 kes pada tahun lepas yang menunjukkan peningkatan sebanyak 29 kes.

Menurutnya, antara punca peningkatan kes adalah kecuaian dan kelalaian pemandu kenderaan sendiri.

"Kemalangan yang berlaku sepanjang tempoh Ops Selamat 22/2024 ini adalah kerana kecuaian dan kelalaian pemandu kenderaan sendiri yang gagal mengawal kenderaan semasa memandu iaitu melebihi had laju sehingga terbabas, bertembung depan dengan depan, cuai semasa keluar simpang dan langgar belakang.

"Faktor lain adalah faktor jalan dan bentuk muka bumi seperti jalan berlubang dan selekoh tajam serta faktor mekanikal kenderaan yang tidak diselenggara dengan baik juga menjadi penyebab kepada berlakunya kemalangan jalan raya," katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Ops Selamat Ke-22 Sempena Perayaan Hari Raya Aidilfitri dijalankan selama enam hari bermula 6 hingga 13 April lalu.

Sementara jumlah kes kemalangan maut yang direkodkan dalam tempoh yang sama menunjukkan penurunan daripada lapan kes tahun lepas kepada tujuh kes tahun ini.

"Pengguna kereta adalah golongan yang paling ramai terkorban dengan jumlah seramai empat orang, dikuti pengguna motosikal tiga orang," katanya.

Manakala saman pula, sebanyak 8,804 saman telah dikeluarkan atas pelbagai kesalahan lalu lintas.

Jumlah saman pada Ops Selamat 22/2024 meningkat sebanyak 491.7 peratus berbanding Ops Selamat tahun lalu.

"Peningkatan pengeluaran saman kali ini adalah kerana pihak PDRM telah melaksanakan penguatkuasaan secara Total Enforcement dan penguatkuasaan secara bersasar terhadap kesalahan yang boleh menyebabkan kemalangan jalan raya," jelasnya.

Namum demikian, tegasnya tumpuan perkhidmatan kepada pengguna jalan raya dalam kelancaran lalu lintas juga tetap diutamakan.

"Secara keseluruhannya, Ops Selamat 22/2024 PDRM Kontinjen Sarawak telah berjaya merangka strategi merangkumi Ops Lancar dan Omnipressense, Show of Force, Enforcement by Objective serta advokasi nilai murni.

"Ini juga untuk memastikan respons penyuraian aliran trafik dijalankan selain memantau trend lalu lintas di lokasi yang sering berlaku kemalangan maut," katanya.
Pihak PDRM menasihati semua pengguna jalan raya agar sentiasa mematuhi peraturan lalu lintas.

"Kita juga menyeru semua pengguna jalan raya supaya sama-sama kita menjaga keselamatan diri dan orang yang kita sayangi ketika berada di atas jalan raya," ujarnya.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 03:51 AM GMT+8 , Processed in 0.055049 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list