CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1429|Reply: 0

[Sarawak] Dua jurutera, tiga perantis Sarawak Metro lengkapkan keterikatan industri di China

[Copy link]
Post time 17-4-2024 10:12 PM | Show all posts |Read mode


Dua jurutera muda dan tiga perantis Sarawak Metro Sdn Bhd mempamerkan sijil mereka setelah berjaya menyiapkan keterikatan industri di China.

KUCHING: Dua jurutera muda dan tiga perantis Sarawak Metro Sdn Bhd (Sarawak Metro) berjaya melengkapkan keterikatan industri (industrial attachement) selama sebulan di Fangda InnoTech Co. Ltd, Shenzhen, China pada 7 April 2024.

Jurutera Sarawak Metro tersebut merupakan Muhammad Azri Abdul Wahed dan Qhalief Sapawi daripada Jabatan Jaminan dan Keperluan Sistem sementara tiga perantis terdiri daripada Syammil Mohd Ishak, Farid Hamizan Roslan dan Nur Nafisa Abdullah dari Sarawak Metro’s Young Talent Programme (YTP).

Sarawak Metro dalam satu kenyataan hari ini berkata, inisiatif itu adalah sebahagian daripada Program Pembangunan Peningkatan Sosioekonomi (SEED) Sarawak Metro yang bertujuan meningkatkan nilai perolehan projek Sistem Pengangkutan Bandar Kuching (KUTS).

Ia katanya, diwujudkan melalui kerjasama rapat dengan Kontraktor Pakej 1 Sistem Metro Sarawak – EPR Mobilus Global Rail JV Sdn Bhd (EMGJV).

Semasa keterikatan industri, lima individu tersebut diberi taklimat tentang gambaran keseluruhan projek Automated Platform Gate (APG) dan memperoleh pengalaman pemasangan secara langsung.

Selain itu, mereka diperkenalkan kepada prosedur ujian termasuk ujian keserasian elektro magnetik (EMC), ujian sesak cuaca (weather tightness test), ujian struktur, ujian demonstrasi penyelenggaraan, ujian fungsi dan ujian satu juta kitaran.

Latihan komprehensif ini akan melengkapkan mereka dengan kemahiran praktikal, mendedahkan mereka kepada amalan standard industri dan membiasakan diri dengan peringkat ujian dan pentauliahan.

Ia juga bakal memperkasakan mereka agar dapat memainkan peranan cemerlang dalam membantu operasi projek KUTS.

Ketua Pegawai Eksekutif Sarawak Metro Ts Mazli Mustaffa berkata, keterikatan industri itu menandakan satu lagi kejayaan dalam mewujudkan kumpulan tenaga mahir untuk menguruskan projek KUTS.

“Program SEED adalah inisiatif kami untuk menyediakan bakat muda tempatan bagi keperluan industri baharu ini.

"Ini adalah komitmen kami untuk memastikan kejayaan projek murni tersebut, yang bertujuan memodenkan pengangkutan awam dan mengurangkan kesesakan lalu lintas di Kuching," katanya sambil menambah bahawa pihaknya sedang merancang lebih banyak keterikatan industri.

Pengarah Projek EMGJV Mohd Asmadi Abdul Manaf menekankan bahawa syarikat usaha sama itu berbangga memainkan peranan utama dalam pemindahan ilmu ini sepanjang tempoh keterikatan selama sebulan. Beliau turut menganggapnya sebagai proses berterusan dengan kerjasama Sarawak Metro dan pembekal luar negara EMGJV.

“Dengan memupuk kemahiran mereka dalam bidang terbabit, bakat muda ini memainkan peranan penting dalam menguji dan mengendalikan prototaip sistem APG untuk KUTS,” kata Mohd Asmadi.

Tahun ini, Sarawak Metro merekrut 20 lagi perantis YTP, menjadikan jumlah keseluruhan 60 orang sejak diperkenalkan tiga tahun.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 08:25 PM GMT+8 , Processed in 0.091408 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list