CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7607|Reply: 0

UCL: Kad merah punca The Catalans tersingkir

[Copy link]
Post time 18-4-2024 10:52 AM | Show all posts |Read mode

LAYANGAN kad merah kepada Araujo (tengah) dianggap menjadi pencetus kekalahan Barcelona kepada PSG awal pagi semalam. – AFP

BARCELONA – Mutu pengadilan yang teruk dianggap menjadi punca utama Barcelona tersingkir daripada saingan Liga Juara-Juara selepas tewas 4-6 secara agregat kepada Paris Saint-Germain (PSG) di suku akhir.

Pada aksi timbal balik di Stadium Olimpik Lluis Companys awal pagi semalam, The Catalans terpaksa akur apabila tewas 1-4 meskipun memiliki kelebihan di awal permainan selepas menang 3-2 dalam pertemuan terdahulu.

Jurulatih Barcelona, Xavi Hernandez menyifatkan pengadil perlawanan dari Romania, Istvan Kovacs sebagai punca utama kekalahan pasukan itu selepas pemain pertahanan, Ronald Araujo dilayangkan kad merah seawal minit ke-29.

Layangan kad merah itu nyata menyekat momentum The Catalans memandangkan pada ketika itu mereka sedang mendahului perlawanan 1-0 hasil jaringan dilakukan pemain sayap Brazil, Raphinha.

“Sangat mengecewakan apabila kerja keras sepanjang musim ini dimusnahkan oleh mutu pe­ngadilan yang teruk. Bagi saya, layangan kad merah (Araujo) itu tidak sepatutnya berlaku hari ini (semalam).

“Pengadil gagal menjalankan tugas sebaiknya. Saya beritahu kepadanya bahawa beliau langsung tidak faham mengenai permainan bola sepak,” kata Xavi yang turut dilayangkan kad merah pada perlawanan itu.

Sebaik sahaja Araujo diarah meninggalkan padang, pasukan pelawat mula menampilkan aksi lebih baik dan berjaya meledak empat gol menerusi dua jaringan Kylian Mbappe serta masing-masing satu gol Ousmane Dembele dan Vitinha.

Dalam pada itu, Xavi tanpa berselindung menjelaskan, mereka sangat marah dengan laya­ngan kad merah Araujo ke­rana ia memaksa Barcelona untuk me­ngubah taktikal pasukan sehingga membolehkan PSG me­nguasai permainan.

“Sesiapa sahaja pasti marah dengan keputusan itu kerana ia mengubah keputusan perlawanan. Kami bermula sangat baik dan tersusun sehinggalah kad merah tersebut, dari situ kami berdepan cabaran cukup berbeza.

“Saya juga berdepan dilema sama ada untuk mengekalkan Lamine (Yamal) ataupun tidak selepas Araujo diarah keluar padang. Bagaimanapun, keputusan terpaksa dibuat dan ia nyata mengubah terus rentak permai­nan kami,” ujarnya. – AGENSI
https://www.kosmo.com.my/2024/04 ... atalans-tersingkir/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 09:12 PM GMT+8 , Processed in 0.068423 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list