CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6922|Reply: 0

[Selangor] Bapa dera anak 6 bulan hingga maut didakwa esok

[Copy link]
Post time 18-4-2024 02:50 PM | Show all posts |Read mode

Gambar hiasan.

KAJANG – Bapa kandung yang tergamak mendera anak berusia enam bulan hingga maut di sebuah rumah pangsapuri, Bandar Tasik Kesuma, Beranang, di sini, Ahad lalu, bakal dihadapkan ke mahkamah esok.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kajang, Superintendan Mohamad Nasir Drahman berkata, bapa berusia 25 tahun itu akan didakwa di Mahkamah Majistret Bandar Baru Bangi bagi kesalahan membunuh.

“Suspek akan didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Sebelum ini, suspek ditahan pada Isnin untuk bantu siasatan kes kematian bayi lelaki berusia enam bulan di kediamannya,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Terdahulu Kosmo! melaporkan hasil pemeriksaan awal mendapati, tiada kecederaan dikesan pada badan mangsa sebelum dihantar ke Forensik Hospital Kajang untuk bedah siasat.

Bagaimanapun, pakar mengesahkan kecederaan mangsa bukan disebabkan kemalangan tetapi disebabkan perbuatan jenayah ke atas mangsa.

Sumber sebelum ini memberitahu, bayi malang itu mengalami keretakan di kepala akibat dihentak pada sofa.

Selain kecederaan itu, mulut mangsa juga disumbat dengan kain, badan ditelangkup sebelum dibiarkan dalam bilik tanpa dipasang kipas.

Menurut isteri suspek, 20, suspek seperti berada di bawah pengaruh dadah sebelum dia meninggalkan kediaman untuk keluar makan malam bersama keluarganya sekitar pukul 8 malam.

Suspek dikatakan ‘naik berang’ berpunca bunyi bising dan tidak tahan mendengar tangisan bayi lelaki berkenaan. -KOSMO! ONLINE.
https://www.kosmo.com.my/2024/04 ... -maut-didakwa-esok/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 10:55 PM GMT+8 , Processed in 0.053733 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list