CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9350|Reply: 0

Manja Man kendali Kelantan FC musim ini

[Copy link]
Post time 18-4-2024 03:01 PM | Show all posts |Read mode

Manja Man diumumkan sebagai ketua jurulatih Kelantan FC di laman Facebook rasmi pasukan, TRW Kelantan FC. Foto ihsan Kelantan FC

KOTA BHARU: Bekas pengendali Perlis, Manja Man diumum sebagai ketua jurulatih Kelantan FC musim ini.  

Pengumuman itu disahkan dalam laman sosial Facebook rasmi pasukan, TRW Kelantan FC, malam tadi.

Manja Man yang juga bekas pemain pertahanan Kedah dan Perlis era 80an dipilih bagi mengendali The Red Warriors yang bersaing di Liga M3 yang kini dijenamakan sebagai Liga A1 Semi Pro selepas gagal meneruskan aksi dalam Liga Super musim 2024/2025.

Manja berpengalaman melatih pasukan Perlis dalam Liga Super 2006 dan dilihat mampu melatih pemain muda dan tempatan.


Beliau juga berpengalaman mengilap ramai ubi muda sewaktu melatih pasukan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Perlis menghadapi kejohanan bola sepak antara pusat pengajian tinggi dari 2012 hingga 2016.

Di bawah bimbingan Manja juga, UiTM Perlis muncul juara dua kali pada 2012 dan 2013 dan naib juara pada 2014 hingga 2016.

Beliau juga pernah menjadi pembantu kepada jurulatih berpengalaman, Abdul Rahman Ibrahim ketika Perlis bersaing dalam Liga Super 2006.

Kehadiran Manja Man diharap dapat mengembalikan kegemilangan TRW bagi sepak mula liga bermula Jun ini.

Manja Man dalam kenyataan turut optimis mahu membawa skuad kijang merah kembali beraksi di Liga Super musim depan.
https://www.bharian.com.my/sukan ... lantan-fc-musim-ini
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 09:58 PM GMT+8 , Processed in 0.052309 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list