CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5614|Reply: 0

[Sabah] Kabinet setuju hidupkan semula Lembaga Padi dan Beras Sabah

[Copy link]
Post time 18-4-2024 08:05 PM | Show all posts |Read mode


MESYUARAT: Hajiji ketika mempengerusikan mesyuarat pasca kabinet JKM di Menara Kinabalu.

KOTA KINABALU: Kabinet Negeri bersetuju menghidupkan semula Lembaga Padi dan Beras Sabah sebagai sebahagian inisiatif meningkatkan pengeluaran serta keselamatan makanan di negeri ini.

Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor berkata, menghidupkan semula lembaga berkenaan adalah penting memandangkan Sabah kini mengimport kira-kira 70 peratus daripada keperluan berasnya.

“Sabah perlu meningkatkan sara diri makanannya dan kita akan dapat melakukannya dengan menghidupkan semula Lembaga Padi dan Beras Sabah.

“Kabinet Negeri akan mengemukakan syor kepada Yang Dipertua Negeri untuk kelulusan penubuhan lembaga ini seperti yang termaktub dalam Seksyen 3 Enakmen Lembaga Hasil Pertanian 1981,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mempengerusikan Mesyuarat Pasca Kabinet Jabatan Ketua Menteri (JKM) di Menara Kinabalu, hari ini.

Hajiji berkata, Kabinet juga bersetuju memberi kebenaran khas kepada pelabur yang beroperasi di taman perindustrian di negeri ini bagi menyediakan kemudahan penjanaan kuasa untuk kegunaan mereka sendiri.

“Langkah ini penting untuk menarik pelabur dan mengekalkan mereka yang sudah beroperasi namun terjejas akibat isu elektrik,” katanya.

Menurutnya, dalam usaha mengurangkan permintaan tenaga di Sabah, Kabinet juga memutuskan untuk membenarkan rumah kedai, bangunan dan premis kediaman memasang sistem tenaga solar tanpa mendapatkan kelulusan daripada Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB).

Mengenai program Rumah Keduaku Sabah (SBH-MM2H) pula, Jemaah Menteri juga telah meluluskan had umur pemohon kepada 30 tahun ke atas.

“Selain itu, membenarkan peserta program berkenaan menjual hartanah mereka selepas lima tahun dengan syarat mereka perlu membeli rumah baharu berharga tidak kurang daripada RM600,000.

“Di bawah dasar baharu itu juga, pelantikan ejen SBH-MM2H mestilah daripada syarikat tempatan Sabah,” katanya.







Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 01:24 AM GMT+8 , Processed in 0.045725 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list