CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8807|Reply: 0

[Sarawak] Bazar Gawai 2024 di MJC dari 16 hingga 24 Mei

[Copy link]
Post time 18-4-2024 08:44 PM | Show all posts |Read mode


Miro bercakap kepada UKAS selepas mempengerusikan mesyuarat. - Gambar UKAS

KUCHING: Bazar Gawai sempena sambutan Gawai Dayak Peringkat Negeri Sarawak 2024 akan diadakan di Bandar Baharu Batu Kawa (MJC) di sini bermula 16 hingga 24 Mei.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kerja Bazar Gawai 2024 Miro Simuh berkata, sebanyak 180 gerai akan dibuka pada bazar itu nanti daripada jualan makanan, minuman serta kraf tangan.

Tujuannya adalah untuk memberi peluang kepada usahawan kecil memajukan perniagaan mereka selain memeriahkan sambutan Gawai Dayak pada 1 Jun.

"Banyak aktiviti lain akan turut dilaksanakan pada sebelah malam yang mana gerai-gerai akan mula beroperasi dari jam 2 petang hingga 12 tengah malam.

"Kita juga ada menempatkan pentas utama untuk pelbagai persembahan kebudayaan dan nyanyian yang akan dihiburkan oleh artis-artis tempatan.

"Oleh itu, saya menyeru orang ramai terutama masyarakat Dayak , berkunjung ke Bazar Gawai 2024 ini untuk membeli barangan keperluan menyambut perayaan Gawai," ujarnya.

Beliau berkata demikian kepada Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS)  selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Bazar Gawai Sambutan Gawai Dayak Peringkat Negeri Sarawak 2024 di Pejabat Agensi Pembangunan Penyelarasan Greater Kuching (GKCDA) di sini pada Rabu.

Jelas Miro lagi, penganjuran yang memasuki edisi keempat itu akan dirasmikan Timbalan Premier Sarawak merangkap Pengerusi Jawatankuasa Kerja Bazar Gawai 2024 Datuk Amar Douglas Uggah Embas pada 17 Mei.

Tahun ini, sambutan Gawai Dayak Peringkat Negeri Sarawak dihoskan oleh masyarakat Bidayuh.

Justeru katanya, berbeza dengan penganjuran tahun lepas, Bazar Gawai 2024 diadakan dengan simbolik 'maad kasah' dalam bahasa Bidayuh yang bermaksud 'bentang tikar,' menandakan permulaan sambutan Hari Gawai.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 02:41 AM GMT+8 , Processed in 0.214421 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list