CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6921|Reply: 3

[Dunia] Terendam banjir parah, lapangan terbang Dubai masih alami gangguan

[Copy link]
Post time 19-4-2024 07:34 AM | Show all posts |Read mode
Edited by maklukpenggoda at 19-4-2024 10:02 AM

DUBAI: Emiriah Arab Bersatu (UAE) masih terjejas ekoran banjir melanda Selasa lalu dengan banyak laluan masih ditutup dan Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai, kini berusaha menyelesaikan semua penerbangan yang tertangguh.

Operasi di lapangan terbang Dubai masih terganggu selepas ribut membanjiri landasan, mengakibatkan berlakunya peralihan, kelewatan dan pembatalan penerbangan.

Pihak berkuasa juga giat melakukan kerja pembersihan jalan termasuk di pusat pelancongan utama, selepas banyak laluan masih dibanjiri air.
Dalam kejadian banjir itu, kerosakan turut berlaku pada kediaman dan premis perniagaan.

Hujan yang berlaku dilaporkan paling teruk melanda negara Teluk itu dalam tempoh sejak 75 tahun lalu.

Banjir terdahulu berlaku di Oman sebelum melanda UAE dengan seorang dilaporkan mati di negara itu sehingga kini, manakala 20 maut di Oman akibat bencana berkenaan.

Video yang disiarkan di media sosial menunjukkan pusat beli-belah dibanjiri dengan air yang mengalir dari bumbung manakala banyak penduduk mengalami kerosakan pada kediaman masing-masing.

Trafik juga terganggu apabila laluan lebuh raya melalui Dubai dikurangkan kepada satu lorong, manakala jalan utama yang menghubungkan Dubai dengan Abu Dhabi ditutup.

Di Dubai, beberapa kenderaan, termasuk bas, hampir sepenuhnya tenggelam dalam air.

Pekerja kecemasan pula dilaporkan menggunakan trak bomba untuk mengepam air dari jalan yang banjir.


Sementara itu, menurut pengendali lapangan terbang, pihaknya sudah menerima semula penerbangan masuk di Terminal 1, yang digunakan oleh syarikat penerbangan luar.

Menurutnya, seterusnya pendaftaran dibuka di Terminal 3 untuk penerbangan Emirates dan flydubai, tetapi terdapat sebilangan besar penumpang masih menunggu untuk mendaftar masuk.

"Sementara pelancong hanya boleh tiba di terminal jika mereka mempunyai pengesahan keberangkatan dari syarikat penerbangan mereka," katanya.

Emirates, syarikat penerbangan tunggal terbesar di lapangan terbang, menghentikan semua prosedur daftar masuk pada hari Rabu.

UAE sebelum ini melakukan proses pembenihan awan dan timbul persoalan sama ada langkah itu yang menyebabkan berlakunya hujan lebat sehingga banjir.
Namun, menurut pakar iklim, pemanasan global adalah punca utama di sebalik kejadian cuaca ekstrem itu. - REUTERS

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-4-2024 10:04 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2024 10:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Terendam tak apa, tak sengaja, dimaafkan di sisi syarak, selagi ada "ter" memang tak apa
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2024 10:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Betul ke kt sana mostly jalan xde sistem perparitan sbb negara diorang sgt jarang hujan dan banjir?
Dan i pernah baca bangunan burj khalifah xde sistem pembetungan yg proper so setiap hari akan ada lori tangki septik yg kutip sisa ...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-5-2024 04:20 AM GMT+8 , Processed in 0.626286 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list