CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7498|Reply: 0

[Tempatan] Penyokong kerajaan setuju gesaan Kiandee gubal undang-undang peruntukan sama rata untuk semua ahli Parlimen, bukan atas budi bicara PM

[Copy link]
Post time 19-4-2024 08:56 AM | Show all posts |Read mode
Penyokong kerajaan setuju gesaan Kiandee gubal undang-undang peruntukan sama rata

https://www.freemalaysiatoday.co ... runtukan-sama-rata/

Amirul Aiman
19 Apr 2024, 08:30 AM


Ahli Parlimen Beluran Ronald Kiandee berkata, kerajaan mesti mengiktiraf peranan semak dan imbang Ahli Parlimen pembangkang dengan memastikan mereka mendapat dana sama rata.

Hassan Karim berkata, cadangan itu mudah dilaksanakan, manakala Larry Sng berpendapat, kerajaan mungkin menyesal jika tidak melaksanakannya.

PETALING JAYA: Tiga penyokong kerajaan menyokong cadangan seorang pemimpin Bersatu agar diwujudkan perundangan mewajibkan semua Ahli Parlimen menerima peruntukan sama rata.

Hassan Karim daripada PKR, Larry Sng (Parti Bangsa Malaysia) dan Syahredzan Johan (DAP) bersetuju dengan gesaan Ahli Parlimen Beluran Ronald Kiandee agar kerajaan menggubal undang-undang mentadbir perkara itu, bukan menyerahkannya kepada budi bicara perdana menteri.

Hassan, wakil Pasir Gudang, menyifatkan inisiatif itu sebagai satu “perkara mudah dicapai” yang tidak akan melibatkan banyak wang dan boleh dilaksanakan dengan mudah.

“Malah tak perlu libat urus dengan pihak berkepentingan mengenai perkara ini. Rang undang-undang (berhubung perkara itu) jelas dan mudah,” katanya.


Hassan Abdul Karim.

Beliau berkata, kerajaan Madani akan mendapat sokongan dan muhibah Ahli Parlimen pembangkang sekiranya Perdana Menteri Anwar Ibrahim menyokong reformasi ini.

“Ini salah satu aspek reformasi Parlimen dan akan membebaskannya daripada kawalan atau pengaruh eksekutif, terutamanya apabila berkaitan dengan kewangan dan dana,” katanya kepada FMT sambil menambah, ia juga akan menawarkan kerajaan perpaduan naratif yang bagus ketika berdepan pilihan raya.

Sementara itu, Sng mengingatkan kerajaan perpaduan bahawa ia mungkin menyesal sekiranya terlepas peluang menjadikan usul itu sebagai undang-undang.

“Ahli Parlimen yang bagus tidak boleh dipaksa mengorbankan prinsip mereka untuk menyokong kerajaan semata-mata untuk membantu pengundi.

“Pada hujung hari, pihak yang paling terkesan dengan kekurangan dana ialah golongan miskin dan daif,” katanya.


Julau MP Larry Sng.

Syahredzan turut menyokong gesaan Kiandee, namun berpendapat ia sepatutnya sudah dilakukan oleh kerajaan terdahulu, malah ketika naib presiden Bersatu itu masih bersama Umno.

“Namun, tidak apalah lewat (dilaksanakan), daripada langsung tidak (dilaksanakan). Saya gembira Kiandee akhirnya dapat lihat kewajaran reformasi (ini),” kata Ahli Parlimen Bangi itu.


Syahredzan Johan.

Syahredzan berkata, hal peruntukan tidak boleh diserahkan kepada budi bicara mana-mana perdana menteri untuk mengelakkan ia dijadikan “senjata”.

Bagaimanapun, beliau menafikan Anwar lambat melaksanakan reformasi ini.

Syahredzan berkata, perkara itu telah menjadi pertikaian selama “puluhan tahun”, dan tidak adil untuk mengharapkan Anwar menyelesaikan perkara itu dengan hanya “mengayunkan tongkat sakti”.

“Perdana menteri (Anwar) adalah seorang reformis. Saya percaya, lambat laun reformasi yang signifikan, termasuk yang ini, akan dilaksanakan.

“Bagaimanapun, beliau dan kerajaan mesti diberi masa dan ruang untuk melakukannya dengan betul,” katanya.

Minggu lepas, Kiandee yang juga bekas timbalan speaker Dewan Rakyat berkata, kerajaan mesti mengiktiraf peranan semak dan imbang yang dimainkan oleh Ahli Parlimen pembangkang dengan memastikan mereka mendapat dana sama rata.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 04:40 PM GMT+8 , Processed in 0.065463 second(s), 24 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list