CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9080|Reply: 1

[Tempatan] KPKM sahkan timbunan beras rosak

[Copy link]
Post time 19-4-2024 04:31 PM | Show all posts |Read mode
Edited by FOTHER-MUCKER at 19-4-2024 12:37 AM

KPKM sahkan timbunan beras rosak

FMT Reporters-19 Apr 2024, 03:16 PM
Orang awam diminta tidak membuat spekulasi memandangkan perkara itu masih dalam siasatan Akta Kawalan Padi dan Beras 1994.





Terdahulu tular di media sosial timbunan beras, tin sardin dan tepung di kawasan pembuangan sampah sekali gus menimbulkan persoalan dalang di sebaliknya. (Gambar Facebook)


PETALING JAYA: Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) mengesahkan puluhan kampit beras dibuang di kawasan pembuangan sampah berhampiran laluan pintasan Rumpun Makmur-Kampung Gunung Senyum, Kuala Krau, Temerloh, rosak dan tidak selamat dimakan.

KPKM berkata, sejurus perkara itu tersebar, pihaknya segera menjalankan siasatan melalui Kawalselia Padi dan Beras (KPB) Cawangan Temerloh ke lapangan, dibantu Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp).

Penemuan awal, pihak KPB Cawangan Temerloh mendapati beras-beras tersebut telah rosak dan tidak sesuai serta tidak selamat untuk dimakan,” menurut kenyataan itu.

KPKM meminta orang awam tidak membuat sebarang spekulasi memandangkan perkara itu masih dalam siasatan Akta Kawalan Padi dan Beras 1994.

Sebarang aktiviti pelupusan beras hendaklah merujuk kepada Kawalselia Padi dan Beras (KPB) KPKM,” katanya.

Terdahulu, tular di media sosial timbunan beras, tin sardin dan tepung di kawasan pembuangan sampah berkenaan, sekali gus menimbulkan persoalan dalang di sebaliknya.

Kurang 24 jam seorang pemimpin Umno tampil memohon maaf dan mengakui bertanggungjawab atas perkara itu.

Bekas timbalan menteri dalam negeri Ismail Mohamed Said menjelaskan semuanya adalah stok simpanan untuk diberikan kepada orang ramai ketika beliau menjadi Ahli Parlimen Kuala Krau.

Ketua Umno Kuala Krau yang kalah pada PRU15 turut menjelaskan barangan dapur itu yang kini sudah rosak dibeli sebelum pilihan raya menggunakan peruntukan peribadi dan tiada sebarang pemberian kepada orang awam ketika kempen.

Bagaimanapun, katanya, pada 5 April lalu beliau menerima aduan daripada jiran menyatakan ada bau busuk di stor simpanan barangan dapur tersebut dan pemeriksaan mendapati ada beberapa bangkai tikus manakala beras dicemari bubuk/kutu.

Beliau berkata, sebahagian beras itu diserahkan kepada penternak ayam dan itik di sekitar manakala bakinya dilupuskan di tempat pembuangan sampah.


https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2024/04/19/kpkm-sahkan-timbunan-beras-rosak/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-4-2024 09:00 AM | Show all posts
Plot twist...ha...pergi la embek sorang segantang...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Dividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
AbahmungDividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
Views : 1718 Replies : 0
Wanita Asing Puji Malaysia Negara Selamat, Tak Takut Jalan Sendirian Jam 5 Pagi di jalan lengang berhampiran pasar Pudu.Netizen berbelah bagi
YgBenarWanita Asing Puji Malaysia Negara Selama
Views : 9256 Replies : 43
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 23536 Replies : 145
Kedah Ada Work-Life Balance, Gaji Berbaloi’ – Pekerja Belia.Anda nak pindah Kedah?
YgBenarKedah Ada Work-Life Balance, Gaji Berbal
Views : 8809 Replies : 1
[JTBC/Netflix 2024] FRANKLY SPEAKING/NO SECRET ~ Go Kyoung Pyo, Kang Han Na, Joo Jong Hyuk  ~ Release Date 1 May
Rahah[JTBC/Netflix 2024] FRANKLY SPEAKING/NO
Views : 7436 Replies : 14
Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
fadz84Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
Views : 16425 Replies : 102
[Disney+ 2024] BLOOD FREE/DOMINANT SPECIES - Ju Ji Hoon, Han Hyo Joo, Lee Hee Joon, Lee Mu Saeng
Rahah[Disney+ 2024] BLOOD FREE/DOMINANT SPECI
Views : 5430 Replies : 65
Koleksi Foto : Bunga v2
tariKoleksi Foto : Bunga v2
Views : 105370 Replies : 1544
NAZIR RAZAK KAWEN BARU UOLS..
malaysiaku123NAZIR RAZAK KAWEN BARU UOLS..
Views : 69249 Replies : 388
[tvN/Netflix 2024] QUEEN OF TEARS - Kim Soo Hyun, Kim Ji Won, Park Sung Hoon
Rahah[tvN/Netflix 2024] QUEEN OF TEARS - Kim
Views : 21348 Replies : 425

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 05:24 AM GMT+8 , Processed in 0.047462 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list