CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8083|Reply: 0

'Masih terlalu awal umum kesebelasan utama' - Nafuzi

[Copy link]
Post time 20-4-2024 02:28 PM | Show all posts |Read mode

Ismaheel Akinade (kiri) diasak pemain KDA FC, pada aksi Perlawanan Persahabatan di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak. -FOTO Ghazali Kori

Kuala Terengganu: Ketua jurulatih Kedah Darul Aman FC (KDA FC), Nafuzi Zain akui masih terlalu awal untuk mengumumkan kesebelasan utama pasukannya pada musim ini.

Katanya, dengan berbaki hampir tiga minggu lagi sebelum Liga Malaysia (Liga M) bermula pada 10 Mei depan, beliau mahu memberikan peluang seluas-luasnya kepada pemain untuk membuktikan kemampuan masing-masing.

Bagaimanapun jelas bekas pengendali Terengganu FC (TFC) itu, beliau sudah ada bayangan kesebelasan utama pasukannya dalam mengharungi kancah liga nanti.

"Masih terlalu awal untuk kami umumkan senarai kesebelasan utama pasukan kerana kita masih lagi dalam proses mencuba kombinasi pemain selain mahu memberikan peluang kepada semua pemain membuktikan kemampuan masing-masing.


"Lagipun setiap posisi kita mempunyai persaingan begitu baik iaitu dua pemain yang mempunyai kemampuan yang berkualiti, jadi mana yang sesuai kita akan senaraikan mengikut situasi dan kekuatan sesebuah pasukan lawan.

"Tambahan pula kita sudah merancang beberapa lagi aksi persahabatan antara lima hingga enam perlawanan lagi, jadi selepas itu baharu kami akan putuskan siapa yang bakal disenaraikan dalam kesebelasan utama pasukan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas tamat perlawanan kedua saingan Empat Penjuru menentang TFC di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak yang berakhir dengan keputusan seri 1-1 hasil jaringan Mohd Akmal MD Zahir manakala gol tuan rumah disumbangkan Ismaheel Akinade.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... elasan-utama-nafuzi
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 07:04 AM GMT+8 , Processed in 0.048739 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list