CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8122|Reply: 0

Luqman Hakim terus dikritik

[Copy link]
Post time 20-4-2024 02:29 PM | Show all posts |Read mode

LUQMAN dikritik kerana prestasi kurang memberangsangkan dalam aksi Piala Asia B-23. -FOTO FAM

Kuala Lumpur: Prestasi penyerang sensasi muda negara, Luqman Hakim Shamsudin terus menjadi perhatian peminat tanah air apabila aksinya di Piala Asia bawah 23 (B-23) dianggap hambar dan mengecewakan.

Luqman, 22, yang hampir empat musim berkelana di Eropah bersama kelab Belgium dan Iceland sebelum menyertai Liga Jepun dilihat masih gagal menyerlahkan potensinya biarpun sudah lama 'berguru' di luar negara.

Dia yang diharapkan mampu menyumbang sesuatu ketika aksi pertama kempen Kumpulan D Piala Asia B-23 di Qatar ketika menentang Uzbekistan sebelum ini, langsung tidak menghadirkan rasa gerun buat pertahanan lawan.

Menurut jurulatih berpengalaman, Sulaiman Hussin, Luqman perlu kembali bersaing di rantau Asia Tenggara bagi mengembalikan sentuhan ajaibnya seperti mana ketika muncul penjaring terbanyak Piala Asia B-17 pada 2018 lalu.

Katanya, Luqman tidak ubah umpama 'kuda latihan' buat kelab-kelab di Eropah mahupun Jepun yang akhirnya tidak memberikan peluang buatnya beraksi dalam perlawanan sebenar.

"Satu saya puji Luqman ini, apabila dia terus berusaha untuk cuba dapatkan tempat di luar negara. Cuma apabila kita bersaing di peringkat global maksudnya nak dapat tempat bermain di Eropah, ataupun di negara negara Asia yang kuat.

"Faktor fizikal ini sebenarnya subjektif, tapi apabila asas dan kebolehan individu tak capai piawaian standart liga itu mahukan, kita hanya akan jadi kuda latihan saja.

"Keyakinan jurulatih untuk beri kita bermain dalam perlawanan sebenar tak ada, sebab tak capai. Oleh itu cadangan saya kepada Luqman adalah jika dia masih nak berkelana di luar negara, cuba dapatkan peluang di sekitar Asia Tenggara.

"Mainlah di Thailand ke, main di Vietnam ke atau di Indonesia. Luqman ini kalau dia nak jadi bagus dia kena bermain, bukan sekadar berlatih...yang berlaku kepada Luqman sekarang ialah dia sekadar macam 'kuda latihan' sahaja.

"Nampaklah nama dia didaftarkan sebagai pemain, tetapi apa benda yang dapat beri manfaat kepada dia. Perlawanan sebenar tidak bermain ataupun jarang bermain, atau sekali sekala bermain.

"Tapi apabila lama tak main perlawanan besar dengan intensiti tinggi dia takkan capai dan jurulatih takkan beri dia peluang bermain.

"Ini bukan macam Liga Malaysia yang boleh beri peluang lima minit atau 10 minit, tapi bila pergi luar negara 'expectation' mereka umur 17 atau 18 dah kena main dalam pasukan pertama di mana 'demand' kat sana terlalu tinggi," katanya.

Namun jika Luqman memilih pulang beraksi di liga tempatan, Sulaiman yang memiliki lesen kejurulatihan tertinggi iaitu Pro Diploma AFC berkata hanya tiga kelab sesuai buat tonggak kelahiran Kota Bharu Kelantan itu dengan menyertai Selangor FC, Terengganu FC atau Kedah Darul Aman FC.

"Dia kena pilih pasukan yang boleh beri minit dan peluang bermain disamping bermain bersama rakan sepasukan yang di tahap tinggi. Janganlah balik nak main kelab-kelab kecil nanti tak dapat serlahkan potensi diri dia," kata bekas penolong jurulatih Kuching City FC itu.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... akim-terus-dikritik
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 06:20 AM GMT+8 , Processed in 0.042729 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list