|
Selepas dipamerkan semasa Kuala lumpur Bike Show tahun lepas, Suzuki Avenis dan Burgman Street EX kini dilancarkan secara rasmi untuk pasaran Malaysia. Bagi Avenis, ia ditawarkan dalam dua versi iaitu biasa dan GP, dengan harga masing-masing RM6,980 dan RM7,200, manakala Burgman Street EX pula dijual pada harga RM7,500. Semua harga ini tidak termasuk insurans.
Dua skuter ini menggunakan enjin yang sama, iaitu unit satu silinder SOHC penyejukan udara 124 cc dengan sistem suntikan bahan api elektronik serta padanan transmisi CVT untuk menyampaikan kuasa sehingga 8.7 PS pada 6,750 rpm dan tork 10 Nm pada 5,500 rpm kepada roda belakang.
Walaupun begitu, Burgman Street EX mempunyai sedikit kelebihan, di mana ia datang dengan fungsi Engine Auto Stop-Start (EASS) bersama Suzuki Silent Starter System. Kapasiti tangki bahan api masing-masing adalah 5.2 liter untuk Avenis dan 5.5 liter untuk Burgman Street EX.
Bagi yang tertanya kenapa dua skuter ini nampak sedikit pelik, ia sebenarnya adalah disebabkan saiz rim yang kecil. Rim hadapan kedua-dua model mendapat unit bersaiz 12 inci dengan tayar 90/90, sementara di belakang Avenis menggunakan rim 10 inci dengan tayar 90/100 manakala Burgman Street EX mendapat rim 12 inci dengan tayar 100/80.
Sistem brek pula hanya bahagian hadapan menggunakan unit cakera sementara di belakang masih dram dan tiada ABS pada dua skuter ini. Di bawah tempat duduk, kedua-duanya menyediakan ruang simpanan 21.5 liter, dan di dalam poket barangan hadapan terdapat soket pengecas USB untuk memberi kemudahan kepada pengguna.
Tiga warna ditawarkan untuk Avenis 125, iaitu Metallic Matte Fibroin Grey/Metallic Lush Green, Metallic Matte Black/Glass Sparkle Black dan Metallic Sonic Silver/Triton Blue (GP Edition), manakala Burgman Street 125 EX disediakan dalam warna Pearl Moon Stone Gray dan Metallic Mat Black. Jaminan yang diberi adalah selama dua tahun atau 20,000 km.
https://paultan.org/2024/04/19/s ... cc-berkuasa-8-7-ps/ |
|