CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2545|Reply: 0

[Johor] 'Mulakan hidup baru selepas hukuman ini' - Hakim Mahkamah Tinggi

[Copy link]
Post time 21-4-2024 04:14 PM | Show all posts |Read mode

SASITARAN dibawa keluar dari Mahkamah Tinggi Muar selepas dijatuhi hukuman penjara 10 tahun dan 10 sebatan kerana mengedar dadah. FOTO Alias Abd Rani

Muar: "Umur kamu masih muda, jadi kamu perlu mulakan hidup baru selepas menjalani hukuman ini kelak. Buatlah pilihan betul demi kelangsungan hidup dan keluarga," demikian nasihat Hakim Mahkamah Tinggi di sini, hari ini, sebelum menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun dan 10 sebatan terhadap bekas pengawal keselamatan yang mengaku salah mengedar heroin dan morfin, empat tahun lalu.

Hakim Suria Kumar Durairaj Johnson Paul membuat keputusan itu selepas berpuas hati serta menerima pengakuan bersalah yang dibuat tertuduh, Sasitaran Tamil Harsan, 25, yang didakwa mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952, yang boleh dihukum mengikut Seksyen 39A(2) akta sama.

Sasitaran didakwa mengedar heroin seberat 28.45 gram (g) dan morfin (13.33g) berhampiran rumah kedai di Jalan Bandar Baru 5, Pusat Bandar Ayer Hitam, Batu Pahat, pada jam 10.30 pagi, 8 September 2020.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu dengan alasan untuk bagi menampung keluarga akibat pandemik Covid-19 selepas ibu bapanya bercerai.


Bekas pengawal keselamatan itu berdepan hukuman pemenjaraan seumur hidup atau suatu tempoh tidak kurang lima tahun dan hendaklah dikenakan sebatan tidak kurang daripada sepuluh kali.

Berdasarkan fakta kes, sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat melakukan serbuan di lokasi kejadian selepas terserempak motosikal ditunggang tertuduh.

Pemeriksaan ke atas tertuduh menemui dua peket plastik lutsinar berisi serbuk disyaki dadah dalam beg sandang milik lelaki itu.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Putera Amirool Faez Suhasi manakala tertuduh diwakili Muhammad Hafizuddin Salehuddin.

Pihak pendakwaan sebelum itu mencadangkan agar hukuman penjara dan sebatan dikenakan terhadap tertuduh sebanyak 13 tahun dan ke atas.

"Begitu juga hukuman sebatan, pihak pendakwaan berharap tertuduh dikenakan hukuman ini melebihi 10 tahun, jika berdasarkan trend hukuman yang dikenakan oleh mahkamah sebelum ini," katanya.

Selepas mendengar rayuan dan hujah kedua-dua pihak, mahkamah memutuskan tertuduh dipenjara 10 tahun dan 10 sebatan dengan hukuman pemenjaraan bermula dari tarikh ditahan, 8 September 2020.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... kim-mahkamah-tinggi

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

9-5-2024 01:27 AM GMT+8 , Processed in 0.059843 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list