CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2502|Reply: 0

[Sarawak] Ada peruntukan untuk bantu keluarga, mangsa serangan binatang buas

[Copy link]
Post time 21-4-2024 04:47 PM | Show all posts |Read mode


Nancy (tengah) bertanya sesuatu kepada ahli keluarga mangsa yang berada di tempat SAR, hari ini. - Gambar Facebook Nancy Shukri

KUCHING: Kerajaan akan sentiasa menyalurkan bantuan kepada rakyat yang dilanda musibah termasuk keluarga atau mangsa serangan binatang buas.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Dato Sri Nancy Shukri berkata, ia dilakukan menerusi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang mempunyai peruntukan untuk tujuan itu.

Justeru katanya, ini termasuk keluarga atau wanita warga emas yang dilaporkan hilang dipercayai akibat dibaham buaya di Sungai Rayu, Lundu baru-baru ini.

“Kalau mangsa sudah dijumpai (serangan binatang buas), memang ada bantuan untuk mangsa yang dibaham binatang buas.

“Bantuan ini di bawah JKM, yang mana memang ada peruntukan sedemikian.

“Hari ini kita telah menyerahkan bantuan secara 'ad-hoc' sahaja kepada mereka (keluarga mangsa) untuk membeli makanan dan minuman,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas mengadakan melawat ke kawasan mencari dan menyelamat (SAR) wanita warga emas yang dilaporkan hilang dipercayai akibat dibaham buaya di Sungai, Rayu Lundu hari ini.

Nancy berkata, operasi SAR wanita berkenaan masih dilakukan dan pasukan SAR dijangka akan memasuki anak-anak sungai kecil yang mungkin menjadi sarang buaya.

“Namun pada masa ini, air masih surut dan lorong (anak sungai kecil) berkenaan begitu kering sekali di mana mereka terlibat tidak digalakkan untuk masuk sehingga air pasang.

“Apa yang penting, kita berdoa dan berusaha mencari mangsa dan berharap mangsa ditemui dengan segera,” katanya.

Sehubungan itu, Nancy yang juga Ahli Parlimen Santubong menyarankan penduduk bukan sahaja di kawasan berkenaan, tetapi juga di kawasan-kawasan lain yang berpotensi mempunyai buaya agar lebih berhati-hati dan berwaspada.

Katanya, ada sungai memang tempat penduduk mencari rezeki seperti lokan, tetapi kadang-kala perkara tidak dijangka akan berlaku.

“Oleh itu, bersama kita memperingatkan sesama sendiri supaya lebih berhati-hati,” katanya.

Pada Rabu, seorang wanita warga emas dilaporkan hilang dikhuatiri akibat dibaham buaya di Sungai Rayu, Lundu.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian pada jam 1.55 petang.

Menurutnya, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Petra Jaya dikerahkan ke lokasi kejadian untuk menjalankan operasi SAR.

"Mangsa bersama seorang ahli keluarganya keluar ke kawasan Sungai Rayu untuk mencari lokan sekitar jam 8 pagi.

"Menurut saksi (ahli keluarga), kemungkinan mangsa telah dibaham buaya kerana terdapat kesan darah dan kesan tapak kaki telah dijumpai," katanya.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 04:58 AM GMT+8 , Processed in 0.043973 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list