CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2619|Reply: 0

Chalobah gesa rakan sepasukannya bersatu

[Copy link]
Post time 21-4-2024 04:52 PM | Show all posts |Read mode

CHALOBAH (kiri) mahu rakan sepasukannya fokus menjelang baki perlawanan liga. FOTO AFP

London: Skuad Chelsea mesti bersatu dan memberikan yang terbaik dalam baki tujuh perlawanan untuk melonjak dalam kedudukan Liga Perdana Inggeris (EPL) kata pertahanan, Trevoh Chalobah selepas kekalahan 0-1 pasukannya kepada Manchester City pada separuh akhir Piala FA.

Dengan harapan terakhir mereka untuk memenangi piala dihancurkan, Chelsea yang berada di tangga kesembilan berkunjung berdepan pendahulu liga, Arsenal Rabu depan ketika pemenang dua kali Liga Juara-Juara cuba melayakkan diri pada saat akhir ke saingan Eropah musim depan.

Skuad bimbingan Mauricio Pochettino menghadapi cabaran getir menjelang perlawanan menentang Aston Villa, Tottenham Hotspur dan Brighton & Hove Albion.

Chelsea, yang membelanjakan lebih £400 juta (RM2.3 bilion) untuk membawa masuk 13 pemain baharu tahun lalu, tidak konsisten dan mempamerkan prestasi kurang menyengat musim ini.


Pochettino turut menggesa skuad mudanya supaya lebih berdisiplin selepas pemain dilihat bertengkar di atas padang minggu lalu.

"Apa yang perlu kami lakukan ialah belajar daripada beberapa pengalaman ini," kata Chalobah kepada laman web kelab selepas mereka kalah dalam Piala FA.

"Kami perlu benar-benar fokus dan bersatu kerana kami mempunyai tujuh lagi perlawanan terakhir di hadapan kami untuk memperbaiki keadaan."

"Kami mahu membuktikan kepada peminat dan meletakkan kelab di tempat yang sepatutnya."
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... epasukannya-bersatu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 05:39 AM GMT+8 , Processed in 0.318027 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list