CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2684|Reply: 0

[Sarawak] TDM patahkan cubaan seludup barang di Bau

[Copy link]
Post time 21-4-2024 04:56 PM | Show all posts |Read mode


Rampasan dan tangkapan dalam operai tersebut.

KUCHING: Tentera Darat Malaysia (TDM) melalui unit di bawah formasi Divisyen Pertama Infantri Malaysia (1 Divisyen) berjaya mematahkan aktiviti penyeludupan barang menerusi Ops Awas/Keris Parang di Bau, hari ini.

Markas Pemerintahan Medan Timur Tentera Darat melalui Sel Operasi Media dalam satu kenyataan memberitahu, terdahulu anggotanya melaksanakan penugasan rondaan di sebuah ladang kelapa sawit di Kampung Stass, Bau iaitu jarak lebih kurang 400 meter dari sempadan Indonesia sekitar jam 2.50 pagi.

Menurutnya, mereka telah menahan sebuah kenderaan jenis pikap yang sedang membawa muatan yang bertutup disyaki cuba memasuki Indonesia dengan menggunakan jalan tidak sah.

"Hasil daripada pemeriksaan mendapati dua lelaki warga tempatan yang berusia 22 dan 24 tahun telah membawa muatan sebanyak 53 kotak yang berisi lobak merah yang dianggarkan berjumlah RM 3,180 untuk diseludup ke Indonesia.

"Hasil rampasan termasuk sebuah pikap dianggarkan berjumlah RM101,180," katanya.

Kesemua barang rampasan berserta dua warga tempatan yang ditahan diserahkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bau untuk tindakan selanjutnya.

"TDM akan terus komited untuk memperketatkan kawalan di persempadanan Malaysia-Indonesia bagi memastikan kedaulatan negara terus terpelihara dari sebarang bentuk pencerobohan pendatang asing tanpa izin (PATI), kegiatan penyeludupan mahupun jenayah rentas sempadan," katanya.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 11:29 PM GMT+8 , Processed in 0.097431 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list