CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9475|Reply: 0

[Sarawak] Pelajar Sarawak digalak ceburi bidang sains dan teknologi

[Copy link]
Post time 21-4-2024 05:22 PM | Show all posts |Read mode


Kho sambil disaksikan tetamu kehormat lain melakukan simbolik perasmian Hari Terbuka dan Karnival Kesihatan anjuran Kolej Cyberjaya Kuching hari ini.

KUCHING: Pelajar Sarawak digalak untuk menceburi bidang sains dan teknologi memandangkan negeri ini sedang menuju ke arah ekonomi hijau.

Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak Kho Teck Wan berkata, ini akan membolehkan generasi itu meneruskan kerjaya selain menampung keperluan tenaga kerja yang semakin meningkat dalam bidang tersebut.

"Masyarakat kita semakin maju dan kemahiran profesional semakin mendapat permintaan tinggi.

"Sebagai contoh, Hospital Umum Sarawak (HUS) dipilih untuk menjalankan ujian klinikal lapangan First-in-Human (FIH) oleh syarikat farmaseutikal terbesar di dunia iaitu Roche Pharmaceuticals.

"Maka ada keperluan untuk kita mempunyai lebih banyak lagi pakar dalam bidang perubatan pada masa hadapan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap mewakili Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Dr Sim Kui Hian pada Hari Terbuka dan Karnival Kesihatan anjuran Kolej Cyberjaya Kuching di sini, hari ini.

Kho turut menasihati pelajar lepasan sekolah menengah untuk memberi penekanan kepada  tiga faktor penting apabila mereka memasuki kolej atau universiti kelak.
"Pertama, pelajar perlu mengenal pasti minat mereka. Ketahui perkara yang paling anda suka lakukan.

"Misalnya, jika anda melakukan sesuatu tanpa menyedari masa berlalu, ketika itulah anda tahu bahawa anda melakukan sesuatu yang anda suka," jelasnya.

Kedua katanya, adalah penting bagi pelajar untuk mengenali kekuatan dan kelemahan mereka serta memberi tumpuan kepada perkara yang mereka mahir.

"Dan terakhir, pastikan laluan pilihan anda dapat menyokong kewangan anda," ujarnya.

Terdahulu, pelbagai aktiviti disediakan termasuk senam aerobik, gerai makanan, pameran dan sesi bermaklumat yang berfungsi sebagai platform untuk memupuk dialog dan kesedaran.

Dua kursus baharu Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak dan Sijil Perniagaan turut dilancarkan pada majlis itu.

Hadir sama Pengarah Pusat Jantung Sarawak Dr Mohd Asri Riffin, Ketua Eksekutif Kolej Cyberjaya Kuching Doreen Tan dan tetamu kehormat lain.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 07:29 PM GMT+8 , Processed in 0.092993 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list