CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 8782|Reply: 53

Kandungan gula dalam tu boleh mematikan babi dan juga manusia. Jadi jangan sebab nak viral habis rosak generasi kerana diabetes- Sharnaaz Ahmad bimbang tabiat gula rakyat Malaysia

  [Copy link]
Post time 22-4-2024 08:25 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Pelakon Sharnaaz Ahmad meluahkan rasa kesal dengan pengambilan gula berlebihan yang kini menjadi tabiat dalam kalangan masyarakat Malaysia.


Sharnaaz atau nama penuhnya Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad memuat naik sebuah video di Instagram Story (IG) yang memaparkan seorang peniaga sedang membacuh air. Kelihatan lelaki tersebut mencampurkan air berkabonat dengan susu pekat manis.

Aktor berusia 38 tahun itu kecewa dengan sikap segelintir rakyat di negara ini yang tidak memikirkan tentang kesan pengambilan gula secara berlebihan.

Aku tak marah budak berniaga. Tapi aku marah kalau cuba rosakkan anak-anak muda yang gatal nak cuba benda baru.

Kandungan gula dalam tu boleh mematikan babi dan juga manusia. Jadi jangan sebab nak viral habis rosak generasi dek diabetes.

Ada juga si benak cakap, lepas itu kena bilas dengan air kosong baru okay. Kau bilas dengan air gunung Fujiyama pun tetap tak kurang pengambilan gula walau 0.01%!

Untuk info, 20 peratus rakyat dewasa di negara ini atau kira-kira 4.5 juta individu menghidap kencing manis berdasarkan data pada tahun 2021.

Malaysia juga antara negara di Asia Tenggara yang mencatatkan peningkatan prevalens kencing manis yang ketara iaitu daripada 11.2 peratus pada tahun 2011 kepada 18.3 peratus pada tahun 2019.

Sumber: IG Sharnaaz Ahmad, Harian Metro

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-4-2024 08:33 AM | Show all posts
....all the bubble tea ...
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2024 08:38 AM | Show all posts
mmg da jd budaya kita kat sini,
cuba ko beli minuman xde gula,krik2 peniaga sekejap nak hadam,
tp bila ko dah selalu beli org tu akan kenal ko sbb ko rare,
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2024 08:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Eh bkn dia dl ada involve sksli ke dgn kedai bubblebee tu
Yg tu xmanis potong kaki ke
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2024 08:56 AM From the mobile phone | Show all posts
tp kenapa dia kena mencarut... ckp la molek molek
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2024 09:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Memang pun...air tah hape2 jual kt bazar ramadhan haritu...warna pun pelik...purple biru semua ada...aku kalau air kaler pelik2 ni mmg takut nak minum..
Lagi satu dessert manis melenting byk jgk yg viral..berlumba2 bdk2 muda badan gemok berator pegi beli..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-4-2024 09:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Gula punca byk penyakit.
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2024 09:07 AM | Show all posts
bila abg besar yg cakap... akak yg jual krepe tu harap terasa
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-4-2024 09:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Extra joss tu lg teruk tak faham cemana org suka
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2024 09:51 AM | Show all posts
Ada tertengok satu reel orang bancuh air, bahan2 dia:

Jagung manis berkrim dalam tin
Kordial pekat
Ais krim soda
Susu cair
Ais krim neopolitan
Ais batu


OMG, tak boleh bayangkan, tak sakit kepala ke minum benda semanis itu?

Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2024 09:51 AM | Show all posts
Masalahnya, ni jam semua nak ngikut trend.

FOMO much!
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2024 10:20 AM | Show all posts
nw111 replied at 22-4-2024 09:00 AM
Memang pun...air tah hape2 jual kt bazar ramadhan haritu...warna pun pelik...purple biru semua ada.. ...

Kan..dengan segala warna, siap letak aikrim lagi.. makanan viral, kek la..cheese la..Mana tak kena penyakit yang bukan2. Nak ambik minuman manis sekalai sekala ok..bukannya jadikan tebiat setiap kali makan nak kena minum air manis. Lepas tu mengudap pulak kuih2 manis, segala kek viral tu. Dah la tu...bersenam pun malas.

Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2024 10:21 AM | Show all posts
Sila jaga kesihatan kendiri, beringat sebelum sakit
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2024 10:22 AM | Show all posts
sufi^_^ replied at 22-4-2024 09:51 AM
Ada tertengok satu reel orang bancuh air, bahan2 dia:

Jagung manis berkrim dalam tin

Perasan tak..sekarang ni kalau ada penyakit, semua pakat dok salahkan vaksin walau tak boleh dinafikan ada sesetengah orang yang ada alami alahan vaksin. Tapi diorang tak perasa ke sekarang ni mcm2 makanan dan minuman pelik2 yang orang dok cipta tu penyumbang terbesar kepada segala penyakit yang ada sekarang ni.  

Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2024 10:38 AM | Show all posts
tpi nanas hang promote vape tu pun bukan la benda sihat.huhu
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2024 10:49 AM | Show all posts
boikot  penjual makanan / minuman tepi jalan & kedai makan yg owner sekolah pon tak habis, baca & menulis pon tergagap2, tak pernah belajar art of culinary, tu tak pakai otak pi invent menu yg bukan2 & penyumbang gaya hidup badan boyak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-4-2024 11:22 AM | Show all posts
vape yg kau gantung kat leher tu pun banyak kandungan gula.. stop la vaping or smoking! buat rosak badan jua...
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2024 11:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Eleh acah good2 je kau ni....
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2024 11:31 AM | Show all posts
benda betul kot..
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2024 12:01 PM | Show all posts
Eh mesti terasa bekas mak mentua heols…sskjp makan roti canai cicah gula terus weh. Ada tu cicah susu pekat manis. Ayoyooooo….
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-5-2024 06:07 AM GMT+8 , Processed in 0.058297 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list