CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8474|Reply: 0

[Selangor] Petak parkir 'dicop' pemilik bangunan!

[Copy link]
Post time 22-4-2024 10:19 AM | Show all posts |Read mode

ANTARA operasi membuang tanjakan haram yang dijalankan MBSA.

Shah Alam: Tindakan segelintir pemilik premis perniagaan di daerah ini membina tanjakan (ramp) haram di hadapan atau belakang premis mengundang pelbagai masalah terutama kekurangan tempat letak kenderaan.

Ia bukan isu baharu di daerah ini namun kedegilan peniaga yang membinanya untuk kemudahan sendiri dianggap terlalu mementingkan diri dan tidak bertanggungjawab.

Binaan kekal atau mudah alih sebegitu juga tidak adil kepada orang awam yang mahu meletak kenderaan disebabkan petak parkir sudah 'dicop' pemilik bangunan.

Persoalan timbul apabila ada tanjakan yang dibina itu dicat merah seolah-olah petak yang sudah disewa daripada Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), sedangkan binaannya semberono yang mendatangkan risiko kerosakan pada kenderaan.


Antara kawasan yang banyak binaan haram itu adalah di Pusat Komersial Seksyen 7 yang menurut penduduk dikenali Saharuddin Lin, 59, ia suatu masalah besar apabila kemudahan tempat letak kenderaan untuk penduduk berkurangan.

"Kawasan ini terdapat kira-kira 1,280 unit rumah di tingkat atas dengan kedai (di aras bawah) cuma 200 unit sahaja. Tetapi mereka (peniaga) mendominasi petak parkir...bengkel dan kedai cuci kenderaan antaranya membina tanjakan haram sesuka hati.

"Jika aduan dibuat dan pihak berkuasa tempatan (PBT) mengambil tindakan (biasanya sebelah pagi atau tengah hari), pada petang pemilik premis ini akan simen kembali tanjakan itu dan meneruskan operasi seperti biasa.

"Ini menjadi masalah kerana petak parkir sedia terhad dan kawasan ini pula lokasi tumpuan. Ramai pelajar institusi pengajian tinggi awam (IPTA) tinggal di sini. Ditambah lagi dengan adanya tanjakan haram, ia menjadikan petak parkir semakin terhad," katanya.

Saharuddin berharap PBT mengambil tindakan yang lebih tegas kepada peniaga yang seolah tidak takut melanggar peraturan, termasuk dengan menyita perniagaan mereka.

"PBT perlu buat rondaan berkala. Kadang status aduan dalam e-Aduan MBSA berstatus selesai, sedangkan hakikatnya masalah tidak pernah selesai," katanya.

Seorang lagi penduduk, Elisa Ali, 42, mempersoalkan status cat merah yang ditandakan pada tanjakan untuk menandakan petak parkir yang sudah disewa kepada peniaga.

Katanya, dia tiada masalah sekiranya petak parkir itu benar-benar disewakan namun yang menjadi persoalan adalah peniaga yang sengaja berbuat demikian untuk 'cop' parkir secara haram.

"Ada yang mendakwa terdapat pemilik premis yang tidak menyewa pun petak parkir dengan MBSA, tetapi membina tanjakan secara haram dan mengecat dengan cat merah.

"Jadi, bagaimana kami sebagai orang awam tahu status 'parkir sewa' betul-betul dengan kebenaran MBSA? Kita tahu parkir garisan kuning adalah parkir terbuka...tapi yang bercat merah ini bagaimana?" katanya.

Wanita itu menyifatkan tindakan pentingkan diri peniaga hanya menyusahkan penduduk apabila mereka terpaksa meletak kenderaan di tempat jauh yang berbahaya pada waktu malam atau ketika hujan.

Dia juga berharap MBSA mengambil tindakan sewajarnya dalam mengekang masalah itu dan memastikan ia tidak berulang.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... op-pemilik-bangunan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 11:38 PM GMT+8 , Processed in 0.055815 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list