CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8549|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Wanita bebas tuduhan sebabkan kematian anak

[Copy link]
Post time 22-4-2024 10:20 AM | Show all posts |Read mode

- Foto hiasan

Kuala Lumpur: Seorang wanita dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen Kemaman semalam atas tuduhan menyebabkan kematian bayi perempuan berusia tiga bulan ketika belum pulih daripada melahirkan anak dan fikiran terganggu.

Hakim Wan Suhaila Mohd, melepas dan membebaskan tertuduh, Nur Najihah Zulkiflee, 32, yang bekerja sendiri selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie di akhir kes mereka.

Seramai 13 saksi dipanggil memberi keterangan dalam perbicaraan yang bermula 2020.

Peguam Shakeel Saifuzzaman mewakili wanita terbabit ketika dihubungi BH hari ini mengesahkan anak guam dibebaskan atas tuduhan berkenaan.


Selain Shakeel, Nur Najihah diwakili peguam Harshaan Zamani, manakala pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Syairah Mohamad Razali.

Mengikut pertuduhan, wanita itu didakwa dengan sengaja menyebabkan kematian Medina Sandra Mohd Saddly yang mana ketika perbuatan berkenaan, tertuduh belum cukup pulih akibat melahirkan anaknya itu dan ketenteraman fikiran terganggu.

Kesalahan didakwa dilakukan di sebuah rumah di FELDA Neram 2, jam 11.30 pagi pada 11 September 2019, mengikut Seksyen 309A Kanun Keseksaan (KK) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 309B KK yang membawa kepada hukuman penjara maksimum 20 tahun serta denda jika disabit kesalahan.

Pada hari kejadian, media melaporkan bayi perempuan berusia tiga bulan maut didakwa didera ibu kandungnya di sebuah kampung di Cheneh, Chukai.

Bayi terbabit disahkan meninggal dunia di klinik kesihatan di Cheneh, dan difahamkan klinik itu didatangi seorang lelaki yang membawa mangsa dalam keadaan lemah.

Susulan itu, pihak klinik memberi bantuan kecemasan untuk menyelamatkan bayi berkenaan, namun gagal sebelum laporan polis dibuat.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... abkan-kematian-anak
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 08:33 AM GMT+8 , Processed in 0.170274 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list