View: 9067|Reply: 0
|
Hamzah dilantik KP Pulau Pinang baharu
[Copy link]
|
|
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain (tengah) menyaksikan Majlis Serah Terima Tugas Jawatan Ketua Polis Pulau Pinang diantara Datuk Khaw Kok Chin (kiri) dan Datuk Hamzah Ahmad di Dewan Mutiara, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang di sini hari ini. FOTO MIKAIL ONG
Georgetown: Timbalan Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA) Bukit Aman, Datuk Hamzah Ahmad dilantik sebagai Ketua Polis Pulau Pinang baharu berkuat kuasa hari ini.
Anak kelahiran Sik, Kedah yang mempunyai pengalaman selama 36 tahun dalam pasukan polis mengantikan Datuk Khaw Kok Chin yang dilantik sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman pada 25 Mac lalu.
Majlis penyerahan tugas itu disaksikan Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Hussain.
Razarudin berkata, pelantikan itu dibuat selepas mempertimbangkan kredibiliti dan daya kepemimpinan dimiliki Hamzah untuk memikul tanggungjawab yang diamanahkan.
"Saya yakin Datuk Haji Hamzah dapat membawa Polis Diraja Malaysia (PDRM) kontinjen Pulau Pinang ke arah kecemerlangan yang lebih gemilang.
"Pengalaman bertugas di peringkat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD), kontinjen, Maktab PDRM Kuala Lumpur dan Bukit Aman pasti menjadikan amanah baharu ini ibarat 'alah bisa tegal biasa' kepada beliau," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis serah terima tugas berkenaan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang, di sini, hari ini.
Turut hadir, Kok Chin dan Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (Perkep) Puan Sri Zainah Othman.
Sementara itu, Kok Chin berkata, beliau merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua warga PDRM kontinjen Pulau Pinang.
"Saya ingin mengucapkan terima kasih di atas kerjasama, kesungguhan, inisiatif dan komitmen yang diberikan sepanjang saya bertugas sebagai Ketua Polis Pulau Pinang," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... pulau-pinang-baharu |
|
|
|
|
|
|
| |
|