CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6764|Reply: 18

[Tempatan] PJD Link wajar diteruskan demi masa depan - penduduk

[Copy link]
Post time 22-4-2024 06:25 PM | Show all posts |Read mode
PJD Link wajar diteruskan demi masa depan - penduduk
Oleh Azhar Shahrulnizam - April 22, 2024 @ 6:13pm
bhnews@bh.com.my

Wakil Penduduk Taman Medan, Mohd Razali Abdullah (empat kanan) bersama Pengerusi Pertubuhan Komuniti Petaling Jaya, Mohd Yusri Ramli (kanan) serta penduduk Taman Medan menunjukkan peta projek lebuh raya Petaling Jaya Traffic Dispersal Elevated Highway (PJD Link) serta membantah tindakan kerajaan membatalkan projek pembinaan tersebut pada sidang media di Pejabat Kopeta Taman Dato Harun. NSTP/HAZREEN MOHAMAD

PETALING JAYA: Kerajaan dirayu mempertimbangkan semula keputusan pembatalan dengan meneruskan projek pembinaan lebuh raya Petaling Jaya Traffic Dispersal Elevated Highway (PJD Link) di sini.

Pengerusi Pertubuhan Komuniti Petaling Jaya, Mohd Yusri Ramli, berkata projek terbabit penting untuk masa depan kerana ia dapat membantu menyuraikan aliran trafik di kawasan berkenaan ini sudah ditangguhkan terlalu lama.

"Kita tiada masa lagi untuk menangguhkan projek ini. Bila ditangguh kos barang akan naik dan kesesakan akan bertambah. PJD Link ini adalah antara penyelesaian untuk menyuraikan aliran trafik.

"Kawasan kami digunakan sebagai laluan pintas daripada Puchong menuju ke Kuala Lumpur. Penduduk Shah Alam juga gunakan laluan di Petaling Jaya untuk bekerja di Kuala Lumpur. Begitulah sebaliknya," katanya.

Mohd Yusri tidak menolak kemungkinan akan ada kediaman penduduk yang terbabit dan terjejas dengan projek ini tetapi situasi itu tidak dapat dielakkan dan perlu berkorban untuk kepentingan orang ramai.

"Di Kuala Lumpur sudah ada Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE), Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH) dan Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) semua ini kerana perancangan 10 tahun lalu.

"Apabila PJD Link diselesaikan, projek tebatan banjir, semua longkang akan di naik taraf dan kawasan kami akan lebih selamat daripada banjir. Ini yang kita perlukan," katanya dalam sidang media di sini, hari ini.

Yusri berkata, enam daripada 11 syarat gagal dipenuhi konsesi ketika ini masih boleh diperbaiki demi memastikan projek berkenaan dapat diteruskan.

Sementara itu, wakil penduduk Taman Medan, Mohd Razali Abdullah, berkata projek terbabit perlu diteruskan kerana persekitaran Taman Medan kini sudah terlalu sesak kerana ketiadaan infrastruktur lalu lintas.

"Banyak bangunan dan kondominium dibina sehingga semua orang tertumpu di kawasan ini. Kita membuat rayuan supaya projek ini diteruskan demi keprihatinan kepada rakyat.

"PJD Link akan dapat mengurangkan kesesakan di kawasan kami. Jika tidak dilaksanakan, mereka yang tidak mahu menggunakannya kelak boleh saja laluan lama," katanya.

Beliau turut mempersoalkan adakah Ahli Parlimen Petaling Jaya, Lee Chean Chung, mempunyai alternatif bagi mengurangkan kesesakan yang dihadapi selama puluhan tahun di kawasan itu sekiranya PJD Link dibatalkan.

"Sekiranya projek ini dibatalkan, kerajaan berisiko perlu membayar pampasan kepada konsesi yang akhirnya akan menggunakan duit rakyat," katanya.

Mohd Razali juga mendakwa, projek ini mendapat sokongan lebih daripada 60 peratus penduduk Taman Medan yang mempunyai kira-kira 60,000 penduduk.

Katanya, memorandum juga akan diserahkan kepada Perdana Menteri pada Rabu ini bagi memohon projek ini diteruskan.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-4-2024 11:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Toll Sana sini...
Yezzaaa
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2024 11:49 PM | Show all posts
penduduk kg/flat (nak PJD) VS penduduk taman/landedhouse (bantah PJD).......... jangan petik kaum ya....
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2024 11:52 PM | Show all posts
shernazz replied at 22-4-2024 03:39 PM
Toll Sana sini...
Yezzaaa

i di batu pahat sarapan pagi di Tanjung Agas Muar. rilek rilek je
tapi kat Selangor jarak yang sama dia punya tol nauzubillah
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2024 07:24 AM From the mobile phone | Show all posts
gigahertz replied at 22-4-2024 11:52 PM
i di batu pahat sarapan pagi di Tanjung Agas Muar. rilek rilek je
tapi kat Selangor jarak yang sam ...

Kan .rindu plak muo..
Sini nak kolumpo toll je dah nk dekat rm10
Nak mur..federal jelah
Tapi tu lah .haha .Lili liku jalan yang ditempuh sangat penat
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-4-2024 07:43 AM From the mobile phone | Show all posts
blue_blur replied at 22-4-2024 11:49 PM
penduduk kg/flat (nak PJD) VS penduduk taman/landedhouse (bantah PJD).......... jangan petik kaum ya ...

Penduduk vs penduduk. Tapi root cause dia adalah sama. Orang yang berulang-alik dari luar KL masuk kerja di KL. Apa akan jadi bila bina highway baru? Lagi banyak kereta akan masuk KL dan menyebabkan kesesakan di kawasan lain pulak. Aku setuju sangat buat congestion fee di KL. City planner juga patut hadkan bilangan parking di bangunan pejabat baharu untuk force orang naik public transport.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-4-2024 07:07 PM | Show all posts
shernazz replied at 22-4-2024 11:24 PM
Kan .rindu plak muo..
Sini nak kolumpo toll je dah nk dekat rm10
Nak mur..federal jelah

i dah 28 tahun duduk selangor. memanjang naik motor.
i tak sanggup nak drive. tapi kat batu pahat - muar i ok lagi drive.
3 hari lepas gi beraya kat K.L ....dari lane kanan nak pancung ke kiri
nauzubillah. yang ke kiri nak ke kanan. yang tengah nak ke kiri
pastu ada motor mencelah2.
i tak boleh drive depan kiri kanan belakang banyak banyak kereta
anxiety i datang mendadak.
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2024 07:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Iols bersuudzhon dorang nak pjd link sebab nak mintak pampasan,tanah dorang terlibat jikalau projek ni dilaksanakan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-4-2024 08:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Berapa banyak highway nak buat kat Taman Medan tu
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2024 08:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Dibatalkan sebab bantahan penduduk dun bukit gasing
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2024 09:07 PM From the mobile phone | Show all posts
gigahertz replied at 23-4-2024 07:07 PM
i dah 28 tahun duduk selangor. memanjang naik motor.
i tak sanggup nak drive. tapi kat batu pahat  ...

Haha..kat KL Ni mmg menyumpah aje
Belum.lg signal takdak..
Kete mmg banyak..
Iols kalau balik rumah mertua di Ipoh pung mmg best.je..takyah nak fikir toll sana.sini
Jalan pung lancor.aje...
Best..
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2024 09:47 PM | Show all posts
ultra78 replied at 23-4-2024 07:43 AM
Penduduk vs penduduk. Tapi root cause dia adalah sama. Orang yang berulang-alik dari luar KL masuk ...

susah nak cakap, dia lerai jem kat sini, sana pulak jem...... cuba tengok route dia, dia nak buat susur keluar/masuk ke NPE/Kesas/Fedhiway yang dah sedia jem rush hour... apa beza pun, lagi teruk jem ada lah......

last2 nak senang dorang petik, mana2 bandar besar luar negara pun hadapi masalah sama dan lebih teruk....
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2024 11:39 PM From the mobile phone | Show all posts
AbukRokok replied at 23-4-2024 08:17 PM
Dibatalkan sebab bantahan penduduk dun bukit gasing

So, penduduk DUN  Taman Medan boleh perang sivil dengan penduduk DUN Bukit Gasing.
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2024 01:38 AM From the mobile phone | Show all posts
shernazz replied at 23-4-2024 07:24 AM
Kan .rindu plak muo..
Sini nak kolumpo toll je dah nk dekat rm10
Nak mur..federal jelah

SG willing je nak bayar tol rm10 pon tapi dgn syarat xdak jam lah. Ini caj tol mahal gila, bila keluar exit atau nak enter highway, jam. So apa motip ada tol berbayar
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2024 07:06 AM From the mobile phone | Show all posts
AbukRokok replied at 23-4-2024 08:17 PM
Dibatalkan sebab bantahan penduduk dun bukit gasing

Bukit gasping ni kuat, org ade2. Kalau x ade2, memang bolayan
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2024 07:33 AM From the mobile phone | Show all posts
gigahertz replied at 23-4-2024 07:07 PM
i dah 28 tahun duduk selangor. memanjang naik motor.
i tak sanggup nak drive. tapi kat batu pahat  ...

Naik moto tak kena anxiety ke...i tgk org naik motor cilok sana sini pun dh boleh trigger my anxiety...mmg i takkan naik motor kat jln besar..takat ronda2 jln kampung tu ok lagi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-4-2024 07:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Semoga penduduk Taman Medan dapat hiway baru
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2024 06:26 PM From the mobile phone | Show all posts
SalenaGomez replied at 24-4-2024 01:38 AM
SG willing je nak bayar tol rm10 pon tapi dgn syarat xdak jam lah. Ini caj tol mahal gila, bila ke ...

Itu pasal.iols rasa tak berbaloi bayar toll tapi jem.mcm hape je..
Hahahaha...
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2024 11:42 PM | Show all posts
nw111 replied at 23-4-2024 11:33 PM
Naik moto tak kena anxiety ke...i tgk org naik motor cilok sana sini pun dh boleh trigger my anxie ...

cilok sebelah kiri. jangan cilok sebelah kanan.
kat federal highway tu 99% kenderaan slow.
sesuai utk di cilok
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-5-2024 04:27 AM GMT+8 , Processed in 0.747381 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list