CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4060|Reply: 0

[Kedah] Kedah arah peniaga pasar malam henti niaga seketika pada waktu Maghrib

[Copy link]
Post time 23-4-2024 12:35 PM | Show all posts |Read mode
Kedah arah peniaga pasar malam henti niaga seketika pada waktu Maghrib


Oleh Noorazura Abdul Rahman - April 23, 2024 @ 12:24pm bhnews@bh.com.my




Notis yang dikeluarkan oleh Majlis Perbandaran Kulim Kedah





ALOR SETAR: Semua penjaja pasar malam di negeri ini diarah memberhentikan operasi perniagaan seketika, bagi menghormati waktu solat Maghrib bermula 1 Mei ini.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Kesihatan negeri, Mansor Zakaria, berkata tempoh itu adalah bermula lima minit sebelum masuk waktu dan 10 minit selepas masuk waktu solat Maghrib.

"Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah yang bersidang pada 21 Februari 2024 bersetuju untuk memberhentikan operasi perniagaan semasa waktu Maghrib.

"Berdasarkan keputusan itu, pihak berkuasa tempatan (PBT) memberi notis kepada semua penjaja pasar malam untuk mematuhi arahan tersebut bermula 1 Mei depan," katanya ketika dihubungi BH di sini, hari ini.

Mansor yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Ketil berkata, arahan itu dikeluarkan bagi menghormati waktu Maghrib dan memberi ruang kepada peniaga dan orang ramai untuk mendirikan solat.

Terdahulu tular notis pemberitahuan berkenaan kepada penjaja pasar malam di sekitar daerah Kulim.

Arahan itu dikeluarkan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kulim melalui pekeliling bertarikh 21 April 2024.







Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 12:09 PM GMT+8 , Processed in 0.486033 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list