CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5197|Reply: 0

[Kelantan] Rumah terbakar, tujuh sekeluarga tinggal sehelai sepinggang

[Copy link]
Post time 23-4-2024 03:50 PM | Show all posts |Read mode
Rumah terbakar, tujuh sekeluarga tinggal sehelai sepinggang

OlehHAZELEN LIANA KAMARUDIN

23 April 2024 11:29am




Tujuh sekeluarga tinggal sehelai sepinggang selepas rumah mereka terbakar di Kampung Limau Purut, Rantau Panjang pada Ahad.




RANTAU PANJANG - Sebuah keluarga tinggal sehelai sepinggang selepas rumah dihuni sejak empat tahun lalu di Kampung Limau Purut, di sini musnah dalam kebakaran awal pagi Ahad.

Noraini Mohammad, 32, berkata, semasa kejadian dia, suami, Mohd Solah Ismail, 42, serta lima anak berusia sembilan bulan hingga 16 tahun tiada di rumah ketika kejadian berlaku.


Noraini bersama suami dan anak-anak di hadapan rumah mereka yang musnah dalam kebakaran di Kampung Limau Purut, Rantau Panjang pada Ahad.






"Kebetulan pada petang Sabtu kami sekeluarga terpaksa ke rumah mak di Kampung Parit Air kerana air telaga telah kering.

"Saya sempat bawa baju sekolah anak-anak untuk dibasuh, namun kasut serta beg dan buku-buku mereka semua ada di rumah dan telah musnah dalam kejadian itu," katanya ketika dihubungi pada Selasa.



Dia yang merupakan suri rumah berkata, kejadian itu disedari oleh abang dan kakak iparnya yang kebetulan rumah mereka terletak berhampiran.
"Namun mereka tidak dapat berbuat apa-apa kerana air telaga kering, malah kejadian itu berlaku pada awal pagi.
Noraini memberitahu, lebih menyedihkan apabila kelengkapan sekolah tiga anak yang berusia 10, 11 dan 16 tahun turut musnah dalam kejadian yang berlaku jam 1.20 pagi itu.




"Selain kehilangan rumah, anak-anak paling terkesan kerana kelengkapan sekolah, baju serta kasut raya mereka juga terbakar.

"Mereka asyik tanya mana baju, kasut raya mereka," katanya.

Ujar dia, buat sementara waktu, mereka terpaksa menumpang di rumah ibunya.Orang ramai yang ingin membantu boleh menyalurkan sumbangan ke akaun Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) 03072020999796 Noraini Mohammad.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 02:36 AM GMT+8 , Processed in 0.059307 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list