CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7286|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] KPN sasar rakyat baca 100 naskhah buku setahun

[Copy link]
Post time 23-4-2024 04:40 PM | Show all posts |Read mode

Aaron Ago (tengah) pada majlis perasmian Jom Baca Bersama 10 Minit di Sekolah Menengah Kebangsaan Putrajaya Presint 9 (2) hari ini. - Foto oleh FAIZ ALIF ZUBIR/KOSMO!

PUTRAJAYA – Kementerian Perpaduan Negara (KPN) menyasarkan tabiat membaca dalam kalangan rakyat Malaysia akan bertambah kepada 100 naskhah buku setiap tahun.

Menterinya, Datuk Aaron Ago Dagang berkata, perkara tersebut tidak mustahil untuk dicapai dalam masa yang terdekat berdasarkan lonjakan trend membaca dalam kalangan rakyat.

“Saya berharap dan optimis kita mampu melepasi sasaran purata seorang rakyat negara ini suka membaca 100 naskhah buku setahun.

“Sasaran ditetapkan itu mampu diraih berdasarkan kajian profil membaca rakyat 2022/2023 yang menyaksikan lonjakan kepada 24 naskhah setahun.

“Bayangkan ia meningkat agak ketara berbanding daripada purata hanya dua naskhah buku setiap tahun pada 2005 sebelum naik drastik kepada 15 naskhah pada 2014,” katanya selepas merasmikan Jom Baca Bersama 10 Minit bersempena Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia 2024 di sini tadi.

Katanya, peningkatan dramatik itu juga hasil daripada pelbagai program pemerkasaan dilaksanakan dari semasa ke semasa dengan kempen berterusan dan melibatkan kerjasama banyak pihak. – KOSMO! ONLINE

https://www.kosmo.com.my/2024/04 ... skhah-buku-setahun/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

9-5-2024 04:12 PM GMT+8 , Processed in 0.066311 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list