View: 11493|Reply: 64
|
Adira sah cerai talak satu
[Copy link]
|
|
Edited by Mimo.mimo at 24-4-2024 10:21 AM
KUANG: Perkahwinan dibina selama sembilan tahun akhirnya terlerai apabila penyanyi Adira Suhaimi dan suaminya, Datuk Seri Adnan Abu atau Datuk Red sah bercerai talak satu.
Datuk Red, 46, melafazkan talak di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat, Rawang, di sini, pagi ini.
Kes tersebut didengar di hadapan Hakim Syarie, Abdul Hadi Omar sekitar jam 9.39 pagi mengesahkan lafaz tersebut adalah sah mengikut hukum syarak.
"Bahawa saya Adnan Abu menceraikan Adira Suhaimi dengan talak satu," lafaz Datuk Red.
Ketika kes dibacakan Datuk Red kelihatan tunduk sayu dan Adira yang kelihatan tenang juga bersetuju tidak menuntut nafkah. Pasangan itu bersalaman dalam dewan bicara sebelum bersurai.
Pada 5 Mac lalu, Adira dan Datuk Red hadir bagi keputusan laporan Jawatankuasa Pendamai (JKP) yang dilantik Adira dan suaminya berhubung proses perceraian mereka.
Datuk Red melantik sahabat baik sendiri sebagai wakil JKP, manakala Adira selaku plaintif melantik kakaknya, Emma Suhaimi untuk prosiding berkenaan.
Semalam, Datuk Red yang mahukan isteri pertama, Datin Seri Sharifah Norshafila Hassim dan isteri kedua, Adira menarik balik permohonan cerai mereka.
Pada 25 Oktober tahun lalu, Adira memfailkan perceraian berikutan tiada persefahaman. Sebelum ini, Adira pernah memfailkan perceraian pada 2019, namun menarik semula demi anak-anak.
Adira dan Datuk Red berkahwin di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015 sebagai isteri kedua.
Hasil perkahwinan, pasangan itu dikurniakan empat cahaya mata, Anggrek, 6, Asan, 5, Anggun, 4, dan Ayob yang kini berusia setahun.
Perkahwinan Datuk Red dengan isteri pertama, Datin Red mempunyai lima cahaya mata.
Sebelum itu, Datuk Red pernah berkahwin ketika berusia 20 tahun dan berpisah lima tahun kemudian.
Hasil perkahwinan itu, Datuk Red dikurniakan dua cahaya mata dan secara keseluruhan mempunyai 11 anak menerusi tiga perkahwinan.
Kredit: Berita Harian |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
semoga dipermudahkan urusan |
|
|
|
|
|
|
|
9 tahun lama juga sheols bertahan dgn tok bured
|
|
|
|
|
|
|
|
dah mcm soalan matematik darjah 3 daaa
last sekali berapakah jumlah keseluruhan anak datuk red?
jawapan dia = 11 |
|
|
|
|
|
|
|
Simple je adira turun court dgn tudung senget benget panjang sebelah...tehtap nampak cantik n glowing....xperlu mekap sekati macam badut pon |
|
|
|
|
|
|
|
Takziah.
Sebab Adira tak nak tuntut nafkah ke akhirnya tok red rela lepaskan? |
|
|
|
|
|
|
|
Atleast tak tangguh lagi, memudahkan urusan org lain.
Aritu sapa kata konon nnt tak jadi serai sbb nampak cam baik je hakikatnya yg nampak baik lebih senang nk serai sbb tak byk kerenah berbanding yg nampak bermusuhan sbb ada dendam kesumat nk nyusahkan bini tu. |
|
|
|
|
|
|
|
Tin red dh jd the only one, tp tu la nk syok lebih2 pn tok red dh misiken pulok |
|
|
|
|
|
|
|
Tgk kat reels td reporter pakat kerumun tokred suruh bagi komen
Org tu tgh menahan air mata lg diasak2 |
|
|
|
|
|
|
|
abangadek replied at 24-4-2024 11:05 AM
Tin red dh jd the only one, tp tu la nk syok lebih2 pn tok red dh misiken pulok
Kalau the only one pun... Rasanya laki dia macam tak kisah ke dia pun...
Kata nak bagi baju... Tapi tak bagi pun...
Raya pun macam tak balik...
Laki dia mcm lebih ke adira... |
|
|
|
|
|
|
|
sukacactus replied at 24-4-2024 11:07 AM
Tgk kat reels td reporter pakat kerumun tokred suruh bagi komen
Org tu tgh menahan air mata lg diasa ...
Baru dia rasa perasaan bila di tinggal kan...
Sblm ni nak kahwin ramai sangat... |
|
|
|
|
|
|
|
miss_perfect replied at 24-4-2024 10:50 AM
Takziah.
Sebab Adira tak nak tuntut nafkah ke akhirnya tok red rela lepaskan?
Macam tu la kat Malaysia kan...
Kalau nak senang bercerai, tak payah tuntut apa2... |
|
|
|
|
|
|
|
kenapa kuang? dorang stay kat area rawang kah?
|
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 24-4-2024 11:45 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
timah03 replied at 24-4-2024 11:38 AM
Kalau the only one pun... Rasanya laki dia macam tak kisah ke dia pun...
Kata nak bagi baju... Tap ...
Padahal tokred kata balik je raya ketiga la tapi. Raya pertama kedua dengan adira kat kuching |
|
|
|
|
|
|
|
time tu tgh pulun nak amik hati adira tu
mana peduli lah nombor2 yg sedia ada
cuba dah takde..
nt nombor yg satu2nya tggal tu lah dia hadap sampai licin berkilat
tu pun kalo masih papa kedana la
kalo dah kaya harus balik ke tabiat asal
|
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 24-4-2024 11:47 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
justchu replied at 24-4-2024 11:44 AM
kenapa kuang? dorang stay kat area rawang kah?
Rumah adira kat kuang raya. Hujung kampung nun. Tapi nak naik highway latar dekat la |
|
|
|
|
|
|
|
gigih ke kuching membontot nohhh
hujung2 serai jua, balik ngdap jugak muka tinred
alohh kalo aku, campak kan je dlm longkang
|
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 24-4-2024 11:49 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
justchu replied at 24-4-2024 11:47 AM
gigih ke kuching membontot nohhh
hujung2 serai jua, balik ngdap jugak muka tinred
Diorang pestime raya sama kalau tak silap. Raya terakhir sebagai suami isteri lah. Now dah serai |
|
|
|
|
|
|
|
owhhh belah2 nk ke rahman putra tu ek
|
|
|
|
|
|
|
| |
|