CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4440|Reply: 0

Havertz mula tambat hati peminat Arsenal

[Copy link]
Post time 24-4-2024 10:23 AM | Show all posts |Read mode

Penyerang Arsenal, Kai Havertz (kanan) menjaringkan gol ketika aksi Liga Perdana Inggeris menentang Chelsea di Stadium Emirates, London. - Foto AFP

LONDON: Kai Havertz mengambil masa cukup lama untuk memenangi hati peminat Arsenal selepas berpindah dari Chelsea, tetapi kini ketajamannya di depan gawang terbukti selepas meledak dua gol ke atas bekas kelabnya.

Arsenal membelasah Chelsea 5-0 di Stadium Emirates untuk mendahului Liga Perdana Inggeris dengan kelebihan tiga mata ke atas Liverpool dan empat di depan juara bertahan, Manchester City.

Namun Liverpool bermain kurang satu perlawanan dan Man City mempunyai dua perlawanan untuk kembali memintas skuad kendalian Mikel Arteta.

Penyerang Jerman berusia 24 tahun itu meledak dua gol selepas rehat dengan Leandro Trossard membuka jaringan seawal lima minit di babak pertama.


Havertz terpaksa mengharungi 10 penampilan sebelum menjaringkan gol pertamanya untuk Arsenal dan sepanjang beberapa bulan awal di Emirates, peledak gol kemenangan Chelsea pada final Liga Juara-Juara Eropah itu bergelut mendapat sentuhan sebenarnya.

Kini Havertz mula selesa dan sudah meledak 12 gol dalam semua pertandingan serta menemui peranan paling berkesan di atas padang.

"Dia berhak diberi pujian. Dia cukup menyerlah sejak tiba di sini. Anda tidak menyedari betapa bagusnya dia sehingga anda bermain dengannya," kata Ben White - yang turut meledak dua gol - berkenaan Havertz.

Pengendali Arsenal, Mikel Arteta turut menaruh kepercayaan terhadap Havertz sejak awal musim dan dia kini menikmati ketajaman sebenar bekas penyerang Bayer Leverkusen itu.

"Sumbangan keseluruhannya di setiap fasa permainan sangat besar. Apabila anda mengambil kira dua gol jaringannya dan pembabitannya dalam permainan, ia adalah persembahan hebat," kata Arteta.

Dengan Liverpool akan bertandang ke Everton malam ini dan City menentang Brighton esok, Arteta perlu mengharapkan kedua-dua pesaing kejuaraan itu tercicir mata.

Bagaimanapun Arsenal turut berdepan cabaran getir di Tottenham Hotspur pada Ahad.

"Kami perlu menyempurnakan tugas kami. Kini kami perlu tunggu dan lihat (keputusan Liverpool dan Man City).

"Masih banyak perlawanan untuk diharungi. Ayuh nikmati malam ini dan kemudian kembali bekerja," katanya. - REUTERS
https://www.bharian.com.my/sukan ... ati-peminat-arsenal
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

8-5-2024 01:03 PM GMT+8 , Processed in 0.176015 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list