CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4492|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Hilang kawalan selepas memotong, penuntut kolej maut tercampak keluar kereta

[Copy link]
Post time 24-4-2024 04:12 PM | Show all posts |Read mode

Antara kenderaan yang terlibat dalam kemalangan maut di Kilometer (km) 458.6 Lebuh Raya Utara-Selatan, Petaling Jaya, kelmarin.

PETALING JAYA – Seorang remaja perempuan maut apabila tercampak keluar dari kereta dinaikinya dalam kemalangan membabitkan lima kenderaan di Kilometer (KM) 458.6 Lebuh Raya Utara-Selatan, di sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, kemalangan pada pukul 8.40 malam itu berlaku ketika pelajar kolej swasta berusia 18 tahun tersebut menaiki sebuah kereta bersama dua rakan menuju ke arah Sungai Buloh dari Subang.

“Ketika kejadian, kereta jenis Honda City dinaiki mangsa bersama dua individu yang juga pelajar kolej swasta hilang kawalan ketika cuba memotong kereta jenis Toyota Vios.

“Honda City berkenaan memotong dari bahagian kiri lalu hilang kawalan ketika cuba masuk semula ke lorong kanan selepas selesai memotong,” katanya hari ini.

Tambah beliau, Toyota Vios dipandu lelaki tempatan berusia 36 tahun yang gagal mengelak telah melanggar Honda City yang terbabas berkenaan lalu hilang kawalan dan melanggar pembahagi jalan.

Katanya, akibat pelanggaran itu Honda City berkenaan berpusing lalu termasuk ke lorong kedua sebelum dirempuh oleh kereta dan sebuah motosikal yang tidak sempat mengelak.

“Mangsa yang maut serta semua yang cedera dibawa ke Hospital Sungai Buloh bagi proses bedah siasat dan rawatan lanjut,” katanya. – KOSMO! ONLINE.
https://www.kosmo.com.my/2024/04 ... mpak-keluar-kereta/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 02:28 PM GMT+8 , Processed in 0.050226 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list