CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3118|Reply: 0

Azeem teruskan misi buru catatan bawah 10s

[Copy link]
Post time 24-4-2024 05:49 PM | Show all posts |Read mode

Atlet pecut negara, Muhammad Azeem Fahmi. NSTP/ASYRAF HAMZAH

KUALA LUMPUR: Jaguh pecut negara, Muhammad Azeem Fahmi akan meneruskan misi memburu catatan bawah 10 saat dalam acara 100 meter (m) apabila beraksi di Kejohanan Olahraga LSY Invitational di Baton Rouge, Los Angeles, Amerika Syarikat Sabtu ini.

Pemegang rekod kebangsaan dengan catatan 10.09 saat (s) itu ketika ini sedang berusaha untuk melayakkan diri secara merit ke Sukan Olimpik Paris 2024.

Pengarah Kejurulatihan Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM), Robert Ballard, berkata badan induk itu akan terus memantau pencapaian Azeem yang mana dia berpeluang cerah untuk layak ke Paris.

Katanya, sekiranya penuntut Universiti Auburn di Alabama itu gagal melakukan catatan bawah 10s, dia masih berpeluang ke Olimpik menerusi kedudukan ranking dunia.


Azeem ketika ini berada di kedudukan ke-44 ranking kelayakan ke Paris dengan dia perlu berada dalam kelompok 56 terbaik sebaik tamat pusingan kelayakan hujung Jun depan.

"Ada beberapa lagi kejohanan yang Azeem akan sertai dan kami harap Azeem akan berlari lebih pantas sebelum dia kembali ke Malaysia.

"10.31s yang dicatatnya baru-baru ini adalah satu isyarat yang baik apabila dia menunjukkan peningkatan berbanding catatan 10.44s yang dilakukan sebelum ini.

"Jadi, kami berharap apabila Azeem tamat kejohanan terakhir di Amerika Syarikat, dia boleh menyertai Terbuka Malaysia. Apapun, saya meletakkan harapan cukup tinggi Azeem mampu capai 10s di AS," kata Ballard.

Ahad lalu, Azeem berjaya mencatat rekod peribadi terbaik musim ini selepas mencatat masa 10.31s untuk menduduki tempat ketiga dalam saringan satu di Kejohanan Olahraga Tiger Klasik di Alabama.

Selepas aksi di Los Angeles, dia akan beraksi di Kejohanan SEC di Gansville, Florida dari 9 hingga 11 Mei, NCAA Preliminaries, Lexington (22-25 Mei) dan Kejohanan NCAA, Eugene Orlando (5-8 Jun) sebelum kembali ke tanah air menyertai Kejohanan Terbuka Malaysia dari 14-16 Jun ini.
https://www.bharian.com.my/sukan ... u-catatan-bawah-10s
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 10:21 AM GMT+8 , Processed in 0.052974 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list