View: 2021|Reply: 8
|
[Dunia]
3 warga Rusia terjun dari stratosfera ke Kutub Utara
[Copy link]
|
|
3 warga Rusia terjun dari stratosfera ke Kutub Utara
DENIS Yefremov ketika menyertai misi terjun dengan payung terjun dari stratosfera ke Kutub Utara, minggu lalu. FOTO Reuters
Moscow: Tiga warga Rusia mencipta rekod dunia apabila melakukan terjunan dengan payung terjun dari stratosfera ke Kutub Utara, minggu lalu.
Stratosfera adalah lapisan atmosfera bumi yang terletak di antara 10 hingga 50 kilometer di atas permukaan bumi.
Penganjur aktiviti itu berkata, ia adalah misi yang juga berfungsi sebagai ujian prototaip sistem komunikasi baharu untuk digunakan di Artik.
Mikhail Korniyenko, Alexander Lynnik dan Denis Yefremov melakukan terjunan dari pesawat Ilyushin-76 pada ketinggian 10,500 meter (m).
Ketiga-tiganya terjun bebas kira-kira dua setengah minit sebelum membuka payung terjun mereka apabila berada pada ketinggian kira-kira 1,000 m.
Aksi itu dirakamkan dalam video yang menakjubkan.
Ketiga-tiga mereka mengalami sedikit (frostbite) luka beku di pipi, walaupun memakai topeng yang dipanaskan, kata penganjur, Nikita Tsaplin.
Ketika mereka menjunam pada kelajuan lebih 300 kilometer/ sejam, suhu udara di sekitar adalah -50 Celsius, tetapi terasa seperti -70 Celsius.
Ketiga-tiganya mendarat berhampiran pangkalan kutub Barneo milik Rusia, di mana Tsaplin berkata, mereka dapat menghidupkan pelayan menggunakan penjana diesel dan mewujudkan sambungan ke satelit.
Peralatan itu dijatuhkan lebih awal dari altitud yang lebih rendah.
Komunikasi di Artik berkemungkinan lebih penting kerana negara-negara termasuk Rusia, Amerika Syarikat dan China bersaing di sana untuk mendapatkan sumber, laluan perdagangan dan kelebihan ketenteraan.
https://www.hmetro.com.my/global/eropah/2024/04/1081772/3-warga-rusia-terjun-dari-stratosfera-ke-kutub-utara
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Dwdrum at 24-4-2024 04:23 AM
Berita dari russia ummah buat berita jump sama level dengan baumgartner space jump... |
|
|
|
|
|
|
|
kakikuDibibirmu replied at 24-4-2024 06:43 PM
Ivan Ivanovich Ivanovsky tu yang tak menahan tu {:mllaugh: ...
Ivan kuasa tiga.
|
|
|
|
|
|
|
|
Yg dulu2 ekspedisi Malaysia terjun kt kutub dgn proton saga tu kt kutub utara gak kan?? Adakah saing2 penerjun rusia ni atau kurang utara sgt yg Malaysia tu? |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Dwdrum at 24-4-2024 04:19 PM
lucky_peace replied at 24-4-2024 06:03 AM
Yg dulu2 ekspedisi Malaysia terjun kt kutub dgn proton saga tu kt kutub utara gak kan?? Adakah saing ...
Yang ini ka?.... Tidak jumpa di newswebsite tetapi ada di blog
https://www.google.com/amp/s/soscili.my/malaysia-pernah-mendaratkan-proton-wira-setinggi-600-meter-di-kutub-utara/%3famp=1?espv=1
Tempat sama.... Tetapi different altitute....rusky skydivers ini buat high altitute jump + etreme weather... same height commercial plane terbang... Heli/small planes tidak boleh reach this height perlu jet lebih besar + more equipments.... Chance kena frostbite tinggi..tempat biasa apabila terjun pun ada yang sudah reach - C (bukan wintertime) tidak same seperti di land |
|
|
|
|
|
|
|
Dwdrum replied at 25-4-2024 08:05 AM
Yang ini ka?.... Tidak jumpa di newswebsite tetapi ada di blog
https://www.google.com/amp/s/soscil ...
Ya betul.. lama dah ni, liputan luas gak ekspedisi ni masa surat khabar, majalah 3.. so yg rusia ni lagi extreme la terjunannya.. |
|
|
|
|
|
|
|
lucky_peace replied at 24-4-2024 04:35 PM
Ya betul.. lama dah ni, liputan luas gak ekspedisi ni masa surat khabar, majalah 3.. so yg rusia n ...
Yea rusky mission lebih extreme dari malaysia sebab depa buat testing communication service prototype... Require high altitute... Malaysia mission tidak perlu... |
|
|
|
|
|
|
| |
|