CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 993|Reply: 0

[Sabah] Enam cedera dalam kemalangan empat kenderaan

[Copy link]
Post time 24-4-2024 06:51 PM | Show all posts |Read mode


TERBALIK: Keadaan salah sebuah kenderaan yang terbalik selepas kemalangan berkenaan.

PENAMPANG: Enam individu berdepan detik cemas selepas terlibat dalam kemalangan membabitkan empat buah kenderaan di Jalan Beverly Bundusan di sini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP ) Penampang Zeno Tinggalan berkata, kesemua mangsa berumur 20 hingga 48 tahun itu bagaimanapun hanya mengalami kecederaan ringan dalam kejadian jam 9 pagi semalam.

“Kemalangan membabitkan empat buah kenderaan iaitu kenderaan utiliti sukan (SUV) ,kenderaan kompak ,sedan dan kenderaan pelbagai guna (MPV).

“Kesemua mangsa mengalami kecederaan dan berjaya dikeluarkan oleh orang awam sebelum ketibaan pasukan bomba di lokasi,” katanya.

Beliau berkata, Pasukan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dan Ambulans Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kemudian membawa mangsa ke Hospital Queen Elizabeth (HQE) untuk menerima rawatan susulan.

“Sebaik memastikan tiada unsur bahaya lain di lokasi, operasi keseluruhan ditamatkan pada jam 9.57 pagi,” katanya.

Tambahnya operasi menyelamat dijalankan sepasukan bomba dari BBP Penampang dengan bantuan BBP Kota Kinabalu.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 02:26 PM GMT+8 , Processed in 0.060150 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list