CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 884|Reply: 0

[Sabah] Enam rumah musnah terbakar di Lahad Datu

[Copy link]
Post time 24-4-2024 06:56 PM | Show all posts |Read mode


MUSNAH: Pasukan bomba menjalankan operasi memadam kebakaran supaya tidak merebak ke kawasan lain.

LAHAD DATU: Sekurang-kurangnya enam buah rumah jenis separuh kekal di Kampung Unta, di sini, musnah dalam kebakaran, awal pagi tadi.

Pegawai Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kebakaran itu pada jam 7.40 pagi.

Katanya, sepasukan 14 anggota dan pegawai bersama dua jentera, Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lahad Datu digerakkan ke tempat kejadian.

“Operasi turut dibantu anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) dan Jabatan Air Negeri Sabah (JANS).

“Pasukan bomba menganggarkan enam buah rumah terbakar 100 peratus dan usaha memadamkan api kebakaran terus dijalankan,” katanya dalam kenyataan media, di sini hari ini.

Menurutnya, pasukan operasi menggunakan empat pancutan daripada sumber air terbuka iaitu sungai berhampiran dan jentera bomba.

“Setakat ini, kebakaran hanya membabitkan kemusnahan harta benda sahaja, tiada sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan berlaku.

“Pasukan bomba menjalankan pemeriksaan akhir bagi memastikan lokasi kebakaran selamat, sebelum operasi ditamatkan pada jam 11 pagi,” katanya.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 11:05 AM GMT+8 , Processed in 0.055149 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list