CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 15282|Reply: 1

[Kedah] Jenazah Muhammad Faisol selamat disemadikan

[Copy link]
Post time 24-4-2024 11:27 PM | Show all posts |Read mode
Jenazah Muhammad Faisol selamat disemadikan



Oleh Noorazura Abdul Rahman - April 24, 2024 @ 10:46pm  bhnews@bh.com.my





SIK: Jenazah Pegawai Waran II, Muhammad Faisol Tamadun, 36, yang terkorban dalam nahas membabitkan dua helikopter di Lumut, Perak, semalam selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sik Masjid Al-Muhtadin Sik Dalam kira-kira jam 10.10 malam tadi.

Proses pengebumian dilakukan dengan istiadat Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Jenazah sebelum itu dibawa ke masjid berkenaan pada jam 9.20 malam untuk solat jenazah yang diimamkan oleh Ustaz Abdullah Taib.

Selesai solat, jenazah kemudian dibawa ke tanah perkuburan kira-kira jam 9.45 malam.

Jenazah Allahyarham disemadikan bersebelahan pusara ibunya, Fatimah Abdullah yang meninggal dunia pada usia 68 tahun Ogos tahun lalu, manakala bapanya, Tamadun Osman, 70, meninggal dunia pada Januari tahun lalu.

Lebih 1,000 jemaah mula memenuhi pekarangan masjid sejak petang tadi.

Terdahulu, jenazah Allahyarham tiba di rumah kakak sulungnya, Noryani Tamadun, 50, di Kampung Tanjung kira-kira jam 8.55 malam.

Suasana pilu menyelubungi pekarangan rumah Noryani sebaik sahaja jenazah tiba diiringi isteri Allahyarham, Nor Syuhada Jamil, 37, dan dua orang anaknya apabila saling berpelukan dengan ahli keluarga.

Jenazah dibawa masuk ke rumah kakaknya selama lima minit bagi memberi peluang kepada ahli keluarga memberi penghormatan terakhir.

Sementara itu, Noryani menzahirkan rasa bersyukur kerana urusan membawa pulang jenazah adiknya berjalan lancar sehinggalah Allahyarham selamat dikebumikan.

"Alhamdulillah jenazah adik saya sempurna, segalanya dipermudahkan Allah SWT, ramai yang hadir sejak semalam mengucapkan takziah, tidak putus-putus ahli keluarga dan rakan-rakan Dik Mat yang datang ke rumah.

"Pihak tentera juga berada di sini sejak jam 4 petang tadi mengadakan raptai sebelum ketibaan jenazah, terima kasih kepada semua yang membantu memudahkan urusan arwah Dik Mat," katanya ketika ditemui.

Allahyarham Muhammad Faisol yang juga anak bongsu daripada empat beradik meninggalkan seorang isteri dan dua orang anak perempuan berusia enam dan 10 tahun.

Semalam, media melaporkan seramai 10 anggota tentera maut dalam nahas dua helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang terhempas di Pangkalan TLDM Lumut, pagi semalam.



Jenazah Muhammad Faisol selamat dikebumikan dengan istiadat tentera di Tanah Perkuburan Islam Sik Masjid Al-Muhtadin Sik Dalam, kira-kira jam 10.10 malam tadi. - Foto NSTPNoorazura Abdul Rahman
Jenazah Muhammad Faisol selamat disemadikan (bharian.com.my)







Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 24-4-2024 11:28 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 01:23 AM GMT+8 , Processed in 0.048761 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list