CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 15257|Reply: 0

[Kedah] Noor Rahiza selamat dikebumikan berhampiran pusara ibu

[Copy link]
Post time 25-4-2024 02:13 AM | Show all posts |Read mode
Noor Rahiza selamat dikebumikan berhampiran pusara ibu


Oleh Zuliaty Zulkiffli - April 24, 2024 @ 11:09pm bhnews@bh.com.my




Anak Allahyarham Noor Rahiza hadir pada pengebumian ibu mereka di Tanah Perkuburan Islam Masjid Haji Nyak Gam, Kampung Ruat. - Foto NSTP/Zuliaty Zulkiffli





YAN: Jenazah Bintara Muda TNL Noor Rahiza Anuar, 39, selamat dikebumikan berhampiran pusara ibunya, Ratipa Yahaya pada jam 9.55 malam tadi di Tanah Perkuburan Islam Masjid Haji Nyak Gam, Kampung Ruat, di sini.

Jenazah mangsa nahas helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) sebelum itu tiba di rumah bapa arwah di Taman Perumahan Awam 2, Jalan Pantai Murni pada jam 8.40 malam untuk keluarga memberi penghormatan terakhir.

Jenazah kemudian dibawa ke Masjid Haji Nyak Gam Kampung Ruat, jam 9.07 malam dan dikebumikan dengan penuh istiadat ketenteraan yang turut dihadiri Timbalan Panglima Pendidikan dan Latihan TLDM Lumut, Laksamana Pertama Azhar Adam.

Suami Noor Rahiza, Mohd Azinor Azizan mengiringi perjalanan pulang isterinya bersama empat anak mereka iaitu kembar, Nur Qistina Awliyah dan Nur Qistina Auni, 16; Muhammad Qisti Afif, 15; dan Nur Qisina Balqis, 6,

Lebih 500 orang hadir menyaksikan pengebumian itu, dengan masjid turut mengadakan tahlil selepas solat Mahgrib yang diimamkan Rosli Hassan.







Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 05:10 PM GMT+8 , Processed in 0.051052 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list