View: 1786|Reply: 0
|
Mateta buat Magpies derita
[Copy link]
|
|
MATETA meraikan jaringan bersama rakan sepasukan di Selhurst Park, London.
London: Crystal Palace hampir pasti kekal di Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas menang 2-0 ke atas Newcastle United di tempat sendiri menerusi dua jaringan Jean-Philippe Mateta, awal pagi tadi.
Ia kemenangan selayaknya buat skuad tuan rumah manakala impian Eropah Newcastle semakin suram selepas tewas kali ke-10 di tempat lawan.
Mateta meletakkan Palace di depan minit ke-54 selepas gerakan satu-dua dengan Jordan Ayew dan dia mengesahkan tiga mata milik Palace susulan gandingan baik Will Hughes dan pemain gantian Jeffrey Schlupp.
Palace kini di tangga ke-14 dengan 39 mata daripada 34 perlawanan, 14 mata di depan Luton Town di tangga ke-18 yang turut berbaki empat perlawanan.
Dalam perlawanan lain, Bournemouth menamatkan kemarau tiga perlawanan aksi liga tanpa kemenangan selepas menang 1-0 ke atas Wolverhampton Wanderers menerusi jaringan penyerang Antoine Semenyo.
Kemenangan itu membolehkan Bournemouth melonjak ke tangga ke-10 dengan 45 mata manakala Wolves yang hanya meraih dua mata daripada enam aksi terakhir kekal di tangga ke-12 dengan 43 mata.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... buat-magpies-derita |
|
|
|
|
|
|
| |
|