CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 964|Reply: 2

[Pulau Pinang] Video tular, polis terima laporan kekecohan berhampiran masjid

[Copy link]
Post time 25-4-2024 10:43 AM | Show all posts |Read mode

FOTO tular memaparkan insiden kekecohan antara orang awam dengan pemandu kereta yang membunyikan hon ketika jenazah mangsa korban kemalangan helikopter di Lumut, Perak, Allahyarham Muhammad Firdaus dibawa dengan penuh istiadat ke tanah perkuburan berhampiran Masjid Jamek Sungai Nibong Besar. FOTO Tular

Georgetown: Polis mengesahkan menerima laporan berhubung kekecohan berlaku berhampiran Masjid Jamek Sungai Nibong Besar di sini, semalam, membabitkan sekumpulan orang awam dengan pemandu kereta.

Kejadian kira-kira 8 malam itu berlaku ketika jenazah mangsa nahas helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Lumut, Perak, Allahyarham Muhammad Firdaus dibawa dengan penuh istiadat ke tanah perkuburan Islam berhampiran masjid.

Ketua Polis Daerah Timur Laut Asisten Komisioner Razlam Ab Hamid berkata, laporan berkenaan dibuat seorang lelaki yang juga pemandu kereta di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut, tengah malam tadi.

"Berhubung kejadian itu, polis sudah terima satu laporan daripada seorang lelaki yang juga pemandu kereta berkenaan.


"Kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan dan setakat ini belum ada tangkapan dibuat.

"Cermin kereta pada bahagian pemandu pecah, namun pemandu kenderaan itu tidak cedera," katanya ketika dihubungi Harian Metro, hari ini.

Terdahulu, insiden berkenaan berkenaan menjadi tular di media sosial menerusi beberapa klip video.

Menerusi ruangan komen, individu yang mendakwa berada di lokasi ketika kejadian, pemandu kereta terbabit disifatkan sebagai tidak sabar dan tidak menghormati urusan istiadat berkenaan.

Difahamkan lebih 1,000 jemaah hadir ke masjid berkenaan bagi menunaikan solat jenazah Pegawai Memerintah Skuadron 503 TLDM itu.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -berhampiran-masjid

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-4-2024 10:59 AM | Show all posts
harap pihak atm buat repot jugak, tuduh apek ni sbb tak hormat upacara pengebumian perajurit negara,

termasuk dlm rukun negara "kesopanan dan kesusilaan"

tapi type c ni kan kebal n bebal

Comments

betul.  Post time 25-4-2024 11:03 AM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 02:01 PM GMT+8 , Processed in 0.058621 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list