CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 327995|Reply: 1415

Himpunan kisah seram ... sambungan kisah bro blues6909 kisah12 page 57

    [Copy link]
Post time 19-3-2011 05:17 PM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by zadzamusa at 11-5-2012 14:31

Mula-mula membaca cerita seram di ruangan CF dah terjatuh hati pandangan pertama.... Banyak ilmu yang dikongsi yang dapat dijadikan sebagai panduan hidup...
Keluarga saya ni adalah keluarga sama seperti keluarga biasa, apabila sudah bekerja masing-masing membawa haluan diri dan setiap kali bertemu sama-samalah berkongsi cerita tentang pengalaman masing-masing termasuklah yang berkaitan dengan makhluk di alam lain ni... Mungkin pengalaman keluarga saya tidaklah sehebat forumer yang lain... tetapi saya berharap dapat sama-sama berkongsi.. Ampun dan maaf sekiranya ada salah silap sepanjang saya menulis ini...

Cerita Pertama :
Cerita ni mengisahkan abah dan emak saya... Dah tak ingat bila berlaku... cuma kejadian ini berlaku ketika kami semua balik kampung sewaktu cuti semester sekolah... kampung di sebelah abah.... Abah ni memang ringan tulang... setiap kali ada kelapangan dia akan tolong arwah tuk wan dan tuk menoreh getah... Kalau disebelah utara kami panggil aktiviti "memotong"..

Sampailah pada cuti semester tu, abah seperti biasa membantu arwah tuk wan... kiranya hari ni arwah tuk wan boleh rilex2 la skit dengan tuk... Dan  kebetulan mak pun nak ikut, kononnya nak membantu abah...
Pada pukul 4 pagi maka bermulalah aktiviti memotong getah nih... Abah dan mak menaiki kereta ke kebun getah milik arwah tuk wan.. kebetulan pula masa tu motor arwah tuk wan buat perangai...
Tiba di kebun, mak tolong suluhkan lampu pada abah bagi memudahkan kerja-kerja abah... Hinggalah pada satu masa bila mak ternampak ada sebatang pokok getah seperti di goyang-goyang... 'mungkin angin kot' cerita mak... tapi kalau angin masakan hanya sepohon  yang bergoyang.. mak buat-buat tak peduli... abah masih lagi gigih menjalankan kerja-kerjanya tanpa menyedari kegusaran dan kerisauan mak...
Semakin lama semakin kuat goncangan pokok dan berpindah dari satu pokok ke satu pokok mengikuti ke mana sahaja mak dan abah pergi.. Mak dah mula rasa risau... memegang tangan  abah lalu menunjukkan pada pokok yang bergoyang... Abah hanya kata monyet je tu.. sambil meneruskan kerja-kerjanya... Mak mententeramkan dirinya dengan bacaan ayat-ayat suci Al Quran..
Sehinggalah sampai di satu tahap di mana makhluk tersebut menggoyangkan pokok yang ditoreh oleh abah.. terasa titisan air dari daun-daun getah mengenai mak dan abah... Dan pada ketika itu abah mengajak mak ke kereta... mengantuk sangat katanya... Sampai kat dalam kereta.. abah menyuruh mak tidur...  bila dah siang sikit abah akan menyambung kembali kerjanya...
Di luar kereta mak melihat pokok-pokok di goyang satu persatu.. mak terus memasang cd ayat-ayat suci Al Quran dan memejamkan matanya... Sampai satu ketika terasa seperti kereta digoyang-goyangkan...akhinya mak tertidur...
Mak terjaga bila kedengaran azan subuh.. mengejutkan abah lalu kedua-duanya pulang dan menunaikan solat subuh dan selepas tu abah meneruskan kerjanya yang terbengkalai tadi...
Bila dah balik ke rumah setelah selesai cuti semester barulah abah bercerita dengan mak... semasa pokok getah digoyang... abah ternampak satu susuk bewarna hitam dan berbulu... semenjak dari tu mak tak pernah mengikut abah  sebaliknya abah melaksanakan tugasnya seperti biasa... Last edited by zadzamusa on 14-2-2014 05:11 PM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-3-2011 05:32 PM | Show all posts
Sabar menunggu sambungan cerita....
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2011 05:33 PM | Show all posts
1st!
himpunan kisah seram...cam byk je tu...
trus citer yer tt..
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2011 05:44 PM | Show all posts
sambung lg ye TT....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-3-2011 07:05 PM | Show all posts
Kisah Kedua...
Kisah ni apa yang berlaku pada adik saya... (ni pun bila dah minta kebenaran pada dia... alhamdulillah dia bagi...)

Kisah ni berlaku pada tahun lepas... adik  kena menyiasat satu kes... kematian mengejut salah seorang peserta kem... (adik tak bagi dedahkan kem apa.. sori ye...) bila sampai di kem tersebut macam biasa la menyaisat apa yang patut dan menyoal apa yang berkaitan... sememangnya kematian peserta ni mengejutkan... meninggal dunia sewaktu tidur... sedangkan peserta tersebut sihat seperti yang diceritakan oleh rakan-rakan kem.
Setelah selesai segalanya, adik membawa jenazah ke hospital untuk dibedah siasat... Adik menyaksikan bedah siasat dilakukan.... Bedah siasat dijalankan secara terperinci.
Setelah selesai otopsi, adik membawa pulang kembali beberapa spesimen... dia pulang untuk membuka fail siasatan dan membuat beberapa laporan tentang kes yang telah disiasat.
Semasa sedang menulis laporan kedengaran pintu bilik adik diketuk berkali-kali... Adik suruh masuk kerana dia menyangka anggotanya yang mengetuk pintu... Lepas beberapa ketika suasana sunyi seketika... cuma seketika... ketukan lebih kuat terjadi selepas itu... Adik mula rasa lain pada ketika itu... walaupun begitu dia suruh anggotanya masuk... dan ketukan masih lagi berlarutan... "Masuklah... aku baru ja siasat kes mati... jangan main2....' dan akhirnya dia bangun dan membuka pintu.... tiada siapa-siapa di luar... adik meneruskan kerjanya...
Dan ketika ini... bukan sahaja pintu diketuk malahan juga pintu biliknya digocang-goncang berkali... Masa ni adik baru teringat akan spesimen yang dibawa pulang...
"Aku nak tolong hang nih.... jadi jangan kacau aku buat kerja" kata adikku lagi... suasana hening seketika...
Tak lama lepas tu... terdengar bunyi pintu dan tingkap kaca dicakar berkali-kali... adik memang cuak masa tu... tapi dia masih lagi meneruskan kerjanya...
"Janganlah kacau aku.... pi kacau la orang lain... Aku nak buat kerja nih"..
Kali ini goncangan pintu makin kuat... dan pintu hampir-hampir terbuka.. dengan sepantas kilat dia berlari keluar dan terus pulang ke rumah... di rumah dia membuka ayat2 suci Al Quran... nasib baik gangguan berhenti... Malangnya esok kena marah teruk dengan OC sebab tak selesaikan kertas siasatan....

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-3-2011 07:07 PM | Show all posts
Terima kasih medangmr kerana kredit yang diberikan...

nigerna, ladygempak,midory.... terima kasih  sebab sudi baca... n saya akan update cerita dari masa ke semasa....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-3-2011 07:36 PM | Show all posts
Menarik lah ceta TT ni.Teruskanlah TT.
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2011 08:34 PM | Show all posts
sambunglah citer lagi.....keluarga tu mesti banyak sorang je dah bapa kali kena campur lak mak,adik, abang, kakak, lagilah byk citernya kan zad sendiri pun mesti ada pengalaman jugak kan?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-3-2011 08:43 PM | Show all posts
citer banyak lagi yek..TT.....kalau boleh satu hari watlah dlm dua tiga citer...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-3-2011 08:46 PM | Show all posts
Kisah ketiga..
Kisah ketiga ini adalah kisah yang terjadi pada diri saya sendiri.... Terjadi sewaktu menghadiri program motivasi dan perkhemahan... beberapa kejadian aneh dan misteri telah berlaku....
Pada hari pertama semuanya berjalan lancar... cuma hati berdebar-debar bila teringatkan sessi burung hantu akan dijalankan lewat malam nanti... Akhirnya acara yang tak dinantikan tu tiba jugak... setelah fasilitator selesai memberikan taklimat kami diberikan password untuk diingati.. maka bermulalah episod yang tak pernah terjangkau oleh pemikiran kami..
Semuanya berjalan dengan lancar apabila fasi mula mengutip peserta setelah dibiarkan bersendirian beberapa ketika... bersyukur kerana tidak ada kejadian yang tidak diingini berlaku semasa ditinggalkan bersendirian hanya bertemankan cahaya lilin... Cairan lilin yang jatuh tidak disedari walaupun kalau terkena sedikit  rasa panas dan menyakitkan..
setelah itu kami berkumpul... agak lama jugak kami dibiarkan begitu... ada beberapa orang peserta merungut-rungut kerana sudah mengantuk...  Walaupun begitu kami masih lagi menanti dengan penuh sabar bila kami akan dibenarkan untuk pulang ke khemah masing-masing. Pada masa ini sempat juga kami bercerita mengenai pengalaman yang kami lalui bersama tadi...
Setelah beberapa ketika... masih tiada lagi tanda-tanda yang kami akan dibenarkan untuk kembali ke khemah... tapi mula terperasan dengan  fasi dan urusetia bercakap-cakap sesama mereka... Tak lama selepas tu kami nampak ada beberapa orang kampung berada bersama-sama dengan kami... Dan setelah itu seorang dari fasi memberitahu bahawa 2 orang rakan kami masih belum ditemui.... dan menyuruh kami membaca ayat2 suci Al Quran... masa tu memang seram yang teramat... Pencarian bersama-sama dengan orang kampung bermula... Tak lama selepas tu 2 orang peserta dijumpai... mereka dalam kebingungan... setelah itu mereka diberikan minum air yasin bagi memulihkan semangat mereka...
dan fasi bertanya pada mereka pergi ke mana dan mengapa tak mengikut arahan... sebaliknya mereka menjawab yang mereka memang berada di tempat  di mana mereka ditinggalkan... dan beberapa kali mereka namapak fasi lalu lalang di hadapan mereka.. dan beberapa kali mereka memanggil fasi2 tersebut.. dan tidak ada siapa yang menyahut panggilan mereka...
Kami ingatkan perkara tersebut habis disitu sahaja.. sebaliknya berlarutan sewaktu kami mengira berapa orang peserta setelah selesai aktiviti burung hantu dijalankan.. Kali ini lebih mencabar apabila bilangan peserta bertambah seorang.. pada mulanya kami menganggap tersalah kira... berulang kali dikira termasuklah menyebut nombor dan mengira satu persatu... jumlah masih lagi lebih seorang... akhirnya seorang fasi menyuruh kami yang beragama islam untuk membaca surah Al Fatihah dan ayat kursi... Selesai membaca barulah bilangan kami mencukupi... yang menjadi misteri di manakah makhluk Allah itu duduk semasa mengira jumlah peserta... huhuhuhuhu...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-3-2011 09:56 PM | Show all posts
voiletiris... terima kasih..
pinktriangle... hehehe... insyaAllah... akan dikongsi bersama...
ilahkhatibrani InsyaAllah tapi... saya tak leh lawan dengan ilahkhatibrani pasal cerita nihh... sebab ilahkhatibrani lagi banyak cerita... saya suka baca cerita2 ilahkhatibrani..
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2011 10:06 PM | Show all posts
Reply 10# zadzamusa

kawan zad 2 org yg sesat tu sibuk memanggil2 fasi yang ada tapi tindak menyahut tu entah2 benda tu semua duk mundar mandir dpn diorg huhu...
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2011 01:52 AM | Show all posts
salam zad,
seram lak cerita awk...pasal pglmn adik awk dan awk...
yg psl adik awk tu...akhirnya dapat tak keputusan hasil dari kertas siasatan tu? kematian semulajadi ke tak?

dan psl cerita awk tu...masa kira tu camne tau bilangan bertambah? sbb kan setiap sorang sebut nombor sendiri. ada yg sebut nombor terlebih ke? tak brp faham...tq
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-3-2011 05:55 AM | Show all posts
Post Last Edit by zadzamusa at 20-3-2011 05:58

Reply 12# pinktriangle
ikut cerita budak2 nih memang dia nampak urusetia lalu dan juga orang-orang kampung... bila dipanggil tak disahut mungkin ada sebab lain... tu yang mereka senyap ja.... tapi memang la misteri....kalau menurut urusetia, memang mereka tak nampak budak-budak nih... dah berkali-kali lalu di tempat budak2 nih dicari mungkin jugak disorok kot bagi tak nampak.. huhuhuhu... memang takut.. tapi semua ok tak ada yang kena histeria ataupun apa...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-3-2011 06:09 AM | Show all posts
Post Last Edit by zadzamusa at 20-3-2011 11:23

Reply 13# cmf_fatt

salam jugak tuk cmf-fatt..pasal kematian peserta tu, petang sebelum kejadian peserta ni makan buah rambutan, durian dan buah-buah lain.. maklumlah masa tu musim buah... lepas tu ada aktiviti berlari dan sebagainya... lepas bedah siasat doktor kemungkinan peserta ada asma.. sebab paru2 berair dan darah tak henti mengalir keluar dari hidung dan mulut...dan ya.. kematiannya diklasifikasikan sebagai kematian mengejut... (Normal) yang lainnya saya tak tahu...minta maaf ya...


pasal peserta bertambah tu.. urusetia dan fasi guna pelbagai kaedah pengiraan... termasuklah seorang-seorang menyebut nombor... kalau nak kata tersalah kira fasi dok pantau... bukan seorang je fasi yang mengira... termasuklah urusetia... bukan sekali dua tapi berkali-kali... pada mulanya memanglah anggap kami main2 dan salah sebut  nombor bila dan berkali2 kira, pastu jumlah yang ada pun sama....tu yang menjadi kebimbangan kami.. jumlah peserta pada malam tu tak la ramai sangat kalau tak salah dalam 34 orang macam tu la...
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2011 11:18 AM | Show all posts
..bagus citer tt.....x sabar nak tau sambungan nye.....jom minum {:1_144:}
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-3-2011 12:06 PM | Show all posts
Yeah another new thread....teruskan TT
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2011 12:16 PM | Show all posts
Reply 15# zadzamusa

oh begitu...tq zad sebab sudi menjelaskan..

risaula pas tahu rupanya makan sebarang buah campur2 pun boleh dtgkan mudarat...
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2011 01:10 PM | Show all posts
ceta adik  TT tu memang menyeramkan,lagi2 aku ni memang takut dgn org mati.
Agak2 si mati tu nak claim benda yg adik TT bawa tu tak.Ish2x kalau aku sekali ketuk bunyi pintu tu dah memecut aku lari.berani betul adik TT,
Menungu kisah seram TT yg seterus nya
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-3-2011 03:20 PM | Show all posts
terima kasih stars83 dan Pumpkinhead... kejap lagi saya akan update cerita baru...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 05:38 AM GMT+8 , Processed in 0.091285 second(s), 52 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list