CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: zadzamusa

Himpunan kisah seram ... sambungan kisah bro blues6909 kisah12 page 57

    [Copy link]
 Author| Post time 29-3-2011 11:00 PM | Show all posts
Post Last Edit by zadzamusa at 29-3-2011 23:01

double posting lak... sori...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 29-3-2011 11:00 PM | Show all posts
Reply 160# tmx_elmo


    memang betul.. diakui sendiri oleh tuan punya badan...
Ingat lagi arwah Tuk cakap.. Pak Lang kamu tu memang tak senonoh...
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2011 11:59 AM | Show all posts
ingatkan kene gomol ngan cik kak tu...
kehkehkehkeh....
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2011 05:19 PM | Show all posts
Reply 162# zadzamusa


    bukannya aper tu.... akupun pernah dengar orang tua2 kata... sbb cik pon tu betina.... jd bila dia tengok orang lelaki tu telanjang bulat...dia maluuu.....   agaknya kalau orang pompuan pulak yg wat cam paklang ko buat... mau berguling2 cik pon tu gelak kut ekkk.....  harus pakat2 compare saper lagi seksi gamak nyerrr....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-3-2011 08:02 PM | Show all posts
Reply 163# ice98
matilah... kalau pak lang tahu hal nih... huhuhuhu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-3-2011 08:06 PM | Show all posts
Reply 164# twins

  dari seram dah jadi cite.....
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 30-3-2011 08:50 PM | Show all posts
Kisah keenam belas.

Mak berniaga sebab nak tolong abah, dengan gaji yang kecik, pastu ada anak ramai,maka mak buat keputusan untuk nak meniaga... mula-mula buat-buat kuih jualan secara kecil-kecilan ke berniaga buah dan air di kilang sehinggalah membuka kantin...

Disebabkan kesibukkannya berniaga, maka jarang-jarang sekali dia dapat bersembang dengan jiran-jiran. Dan disebabkan itu jugalah mak selalu kena sindir dengan jiran-jiran... katanya tak campur masyarakat dan sebagainya... sedangkan setiap kali adanya kenduri dan kendara, mak akan tolong dari pagi sehinggalah membawa ke malam dan berhari-hari pulak tu dan kami anak-anaklah yang kena menggantikan tempatnya berniaga.

Jiran-jiran nii selalunya melepak di luar rumah, mencari topik-topik hangat untuk diperbualkan... gosip anak siapa dengan siapa, anak siapa kena tangkap.... siapa beli perabot baru... siapa kawin dua, siapa  bercerai... mengalahkan wartawan ruangan gosip pulak...biasanya mereka akan berkumpul bila pak cik jual ikan datang dalam pukul 10 pagi... dan akan bersambung lepas asar...kadang-kadang dah azan maghrib pun masih lagi bersidai di tempat perhimpuan biasa mereka ini... Kami adik beradik menggelarkan mereka ni kumpulan membuat ketupat (kumpulan mengumpat).

Sehinggalah ke satu hari ini, salah seorang ahli majls tertinggi kumpulan ketupat ni meninggal dunia disebabkan sakit (dh lupa).. Macam biasa mak pun pergi menolong macam biasa. Sebab arwah yang meninggal ni bukan sesiapa... jiran masa di Ipoh dan suami arwah merupakan rakan sekerja abah.

Pada malam tersebut mak tidur awal sebab keletihan...  Esoknya mak berniaga macam biasa... tapi tengok mak macam keletihan dan macam memikirkan sesuatu... Hari tu mak balik awal.. dan kantin pun ditutup awal....

Kejadian yang sama jugak berlku pada esok harinya... Bila bertanya..tak mahu pulak dia bercerita... abah tanya tanya pun dia diam sahaja... Masuklah hari ketiga... macam tulah keadaan mak... Kebetulan pulak masa di kantin  ada seorang ustazah yang mengajar mengaji... nampak mak berbisik-bisik dengan ustazah tersebut...

Selesai ustazah tersebut makan baru mak duduk disebelahnya... masa nilah saya duduk berhampiran dengan meja mak, berpura-pura membaca suratkhabar...

Rupanya mak berminpi jiran yang meninggal tu datang ke rumah, tapi dia hanya duduk di luar pagar... muka arwah tersebut sayu... dan mak akan terjaga selepas tu... Mulanya mak merasakan mimpi dia disebabkan oleh teringat akan arwah... tapi apabila termimpi arwah 3 malam berturut-turut mak rasa mungkin ada perkara yang tak betul kot...

Pada ustazah tu, dia tak berani nak bagi pendapat apa-apa.. cuma katanya, mungkin jygak arwah ada tercakap benda-benda atau perbuatan dia pada mak... Dia suruh mak maafkan apa sahajalah yang arwah buat pada mak sama ada mak tahu ataupun tidak.

Balik dari meniaga mak terus pergi ke rumah waris arwah.. mak cerita apa yang berlaku dan mak kata dia maafkanlah semua kesalahan arwah. Mak balik dengan mata yang bengkak... Tapi syukur selepas dari itu mak tak ada lagi mimpi pasal arwah....

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2011 09:20 AM | Show all posts
Reply  zadzamusa


    bukannya aper tu.... akupun pernah dengar orang tua2 kata... sbb cik pon  ...
twins Post at 30-3-2011 17:19

eh,  ice rase lagi terok pompuan tu kene rasuk... sbb cik pon cemburu pompuan tu lagi cantik & seksi dr die...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-3-2011 09:21 AM | Show all posts
Reply  ice98
matilah... kalau pak lang tahu hal nih... huhuhuhu
zadzamusa Post at 30-3-2011 20:02

insya ALLAH die tak tau nye!!
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2011 09:25 AM | Show all posts
eh,  ice rase lagi terok pompuan tu kene rasuk... sbb cik pon cemburu pompuan tu lagi cantik & sek ...
ice98 Post at 31-3-2011 09:20



    hikhikhik....harus kah....  adoyyaiii...nasib baik la aku ni mata lembu... alhamdulillah takat ni amender yg diluar dunia manusia ni aku tak pernah ternampak pun....
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2011 09:42 AM | Show all posts
mesti besor mate ko kan, twins....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-4-2011 09:44 PM | Show all posts
Post Last Edit by zadzamusa at 1-4-2011 21:51

Kisah ketujuhbelas.

Selepas peperiksaan SPM, saya dengan sepupu  telah memohon untuk bekerja di sebuah kilang di bandar kami. Dan Alhamdulillah kami berdua berjaya... Walaupun begitu kami tidak diletakkan pada section yang sama... lebih menyedihkan shift pun tak sama.... Kalau saya shift siang dia pulak shift malam...

Tak lama selepas tu.... sepupu (juliana) dipindahkan ke section saya.. cuma shift sahaja yang berlainan... Masa masuk kerja kalau shift pagi 8pagi - 7mlm dan kalau malam pulak 9mlm - 8 pagi....

Pada malam tu, juliana buat Ot sampai pukul 10 malam...masa tu memang sempat la nak menyembang dan melawak semua.... Sembang punya sembang dia terlajak sampai pukul 10.30mlm....

Nk cite pasal Juliana pulak... Juliana adalah seorang yang happy go lucky... kalau ada peluang suka nak menyakat orang... dan juga terkenal sebagai orang yang suka buat lawak.

Selepas habis OT, juliana ke tempat changing room, sebab tak dibenarkan memakai uniform kalau nak keluar dari kilang... Disediakan changing room untuk para pekerja. Keluasan bilik tu adalah lebih kurang besar skit dari dewan.

Semasa Juliana masuk ke dalam bilik changing room ada beberapa orang yang masih lagi menukar baju... Tak adalah takut sangat pada masa tu.. Dan tak berapa lama lepas tu dengar budak-budak perempuan tadi keluar... suasana menjadi sepi... Juliana memang rasa seram pada ketika itu... dia pun cepat2 menukar bajunya... Dalam duk tergesa-gesa tu dia terdengar suara 2 orang baru sudah selesai shift... budak- budak tu pun bunyi macam tergesa-gesa... Dengan ada niat hendak mengusik Juliana menghempas kasut ke lantai... Suasana sunyi seketika... tak lama lepas tu terdengar budak-budak ni bersembang lagi...

"Hang dengaq dak apa ku dengaq..."

"Aku dengaq... tak pa2  aku ada..."..

Juliana tahan rasa nak gelak... tiba-tiba ja Juliana bagai ditarik-tarik nak meneruskan lagi usikan dia... dia menghempas pintu loker kuat-kuat.. serentak dengan itu kedengar kedua-dua budak tu lari keluar sambil menjerit.... Juliana ketawa dalam hati.... Lepas tu dibukanya kembali pintu loker... nak mengambil beg... Dalam pada itu baru dia terasa sekarang nih dia tinggal bersendirian di sana.... timbul lak rasa menyesal yang amat sangat...

Tak lama lepas tu, kedengaran tapak kaki masuk ke dalam changing room... lega rasanya bila dia tidak bersendirian... bunyi tapak kaki tersebut menuju ke loker dia... Best la... ada orang teman... terdengar bunyi orang membuka loker disebelahnya... Konon nak berbahasa basi dengan orang tu.. mungkin jugak dia kenal... Ditutupnya pintu loker, dilihatnya ada seorang berbaju putih tanpa kepala.... Lepas pada tu Juliana tak sedarkan diri....

Bila dia bukakan mata dia... dah ada di hospital... Katanya dia dijumpai oleh Pak Guard dan 2 orang budak perempuan yang diusik tadi....Menang dia berterima kasih banyak2 pada 2orang budak perempuan tu... tapi sehingga sekarang budak2 perempuan tu tak tahu kata dia yang mengusik mereka. Masa di hospital doktor katakan yang Juliana ni mengidap tekanan perasaan..... Teruk jugak Juliana nak berubat... nak pulihkan balik semangat dia...
Dalam pada tu sempat juga dia buat lawak... nasib baik dia tak tunjuk muka kalau tidak....  juliana... juliana...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-4-2011 09:45 PM | Show all posts
Reply 169# ice98


    harap - harap la ice98.... rasanya dia tak marah kot....hehehehe.....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-4-2011 09:48 PM | Show all posts
Reply 170# twins

hehehehe...takkan mata lembu pulak kot twins...
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2011 10:36 PM | Show all posts
Reply 172# zadzamusa

giler ahh... sape2 pon pengsan kot klu jumpe... tp mmg la klu mnyakat org, insya ALLAH die boleh kene. tu yg ice serik!
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2011 10:37 PM | Show all posts
Reply 174# zadzamusa
mate kerbau pon boleh.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 2-4-2011 10:01 AM | Show all posts
Reply 175# ice98

serik ice98... haaaa... pernah usik sesapake?   cecite... cecite... nak dengar sama...
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2011 10:55 AM | Show all posts
seronok baca ceta TT,anyway aku nak tanya forumer2 semua.camana rupa pontianak?mungkin pelik kalau aku katakan yg aku teringin nak tgk rupa kak pon
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-4-2011 12:35 PM | Show all posts
Post Last Edit by zadzamusa at 2-4-2011 12:39

Reply 176# ice98

KIsah kelapanbelas

Cerita pasal lembu nih teringat cerita adik...
Malam tu selepas taklimat, adik and the gang bersiap-siap nak pergi buat serbuan judi... Naik van... Masa pergi adik duk dihadapan sekali...masa on the way ke tempat serbuan ada la seorang anggota bukak cerita pasal tangkapan yang lepas... agak2 mencuit hati lah...masa buat serbuan salah seorang OKT bersembunyi di dalam hutan lalang di tengah malam... Nasib baik masa tu bulan mengambang.. boleh nampak la... serbuan pada hari tu adalah beberapa yang terlepas... Dalam duk mencari-cari... adik tergelak bila dia tengok ada lalang bergerak2.. mesti ada yang bersembunyi di dalam... dia pun mencuit la anggota dia, secara bisik2 dia tunjuk kat hutan lalang tu... Ramai-ramai ambik posisi yang masing-masing sebelum ramai-ramai sergah OKT tu... memang dia terperanjat sehinggakan tekucil dalam seluar....


Dalam duk gelak-gelak dan ralit bersembang pasal kenangan mereka yang lepas, tiba-tiba nampak seekor lembu yang bewarna  putih melintas di hadapan... tak ada pilihan yang boleh dibuat melainkan melanggar sahaja lembu tu... Adik cerita sekiranya mengelak alamat jatuh dalam tali air, sebab di kiri dan kanan jalan adalah tali air...


Yang menghairankan impact pelanggaran tu tak la terasa... melainkan masing-masing tersembam ke hadapan kerana impact brek...masing-masing terdiam... anggota yang belakang sekali cakap tak ada apa-apa pun di belakang... semua kehairanan... pastu salah seorang anggota cakap suruh teruskan perjalanan... adik pun setuju.. apa2 hal esok diaorang akan check balik..
Dalam perjalanan masing-masing terdiam... tak ada sesiapa pun yang nak bersembang seperti tadi.... adik cerita masa tu dia baca ayat dan surah yang terlintas dekat fikiran dia... orang lain dia tak tahu...Selesai operasi mereka balik ikut jalan yang lain....


Pada keesokkan harinya adik dan seorang anggota lagi menaiki motor ke tempat kejadian di mana pelanggaran misteri berlaku... sebaliknya tidak ada apa2 di sana... kerana tak puas hati dia pergi tanya pada kedai makan yang tak jauh dari situ... tanya pasal ada tak lembu yang mati kena langgar.... jawapan orang tu... x da nampak apa-apa pun kat situ...


Masih lagi tak puas hati... adik bertanyakan pada housemate adik... dia cawangan trafik... kalau ikut cerita kawan dia... kat situ selalu berlaku kemalangan maut... Kebanyakkan mati sebab jatuh dalam tali air.... masa tu adik cite dia memang tak leh nak cakap apa-apa, cuma pengajaran buat dia berhati-hati di jalan dan jangan seronok sangat... berpada-pada...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2011 01:31 PM | Show all posts
wahhh...best2 citer kt thread nie..seram pun ye jugak nih!!!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 11:13 PM GMT+8 , Processed in 0.082454 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list