CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: zadzamusa

Himpunan kisah seram ... sambungan kisah bro blues6909 kisah12 page 57

    [Copy link]
 Author| Post time 23-3-2011 05:16 PM | Show all posts
citer ni berlaku kat utara ke?penang?

mana tahu? bijak2...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-3-2011 06:52 PM | Show all posts
Reply 61# zadzamusa
heheheh..td tgk kat bola kristall..huhuhu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-3-2011 08:01 PM | Show all posts
Reply 62# tenderfly


    dasyat.... baru siap cerita baru....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-3-2011 08:02 PM | Show all posts
Post Last Edit by zadzamusa at 23-3-2011 20:15

Kisah kesembilan.

Dalam duk sibuk-sibuk hari ni.. tiba-tiba dapat panggilan dari seorang kawan lama... Dah lama jugak tak dengar cerita pasal dia.... maklumlah dua-dua dah tinggal fast food punya line... Makin berjaya nampaknya cik kak nih... Masa nih teringat cerita kawan ni saya panggil dia Jaja (bukan nama sebenar)... sori ye... terkeluar dari tajuk... sepatutnya himpunan cerita seram keluarga saya... tapi boleh kan....

Jaja ni kawan yang saya kenal masa pergi training... Saya kena posting di utara dan dia kena Selatan... Salah seorang kawan yang tekun dan tekad dan yang paling disenangi adalah sikap baik hatinya...

Bila dah posting biasanya yang baru ni kena ikut ketua restoran punya shift... bila dah dua minggu baru la boleh running shift sendiri... Jaja memang excited... maklumlah baru nak rasa running shift sendiri, masa nilah nak test keupayaan projection, time management dan sebagainya... yang lebih penting... baru merasa nak jadi bos... macam gila kuasa skit.... Sepatutnya malam tu dia kena pegang shift dengan seorang supervisor.. malangnya pada hari tu supervisor ada hal... kalau tak salah isterinya bersalin...

Akhinya restoran ditutup,,, masa ni bermulalah nak berkemas, mencuci, buat report dan sebagainya... Hari ni macam off skit projection... adalah 2, 3 kes customer marah... tapi semuanya settle..Masa nak kira stock macam terkial-kial skit.. almaklumlah kali pertama katakan... nasib baik boss ada cakap apa2 hal boleh kol... habis jugak walaupun ambik masa....

Masa nih semua staff dah habis kerja.... nampak diaorang nih macam tergesa-gesa... semua dah nak balik... Jaja belum lagi update buku log dan key in stock... susah jugak... Jam dah dekat 12 tengah malam.. Pastu kumpulan terakhir staff dah balik sesangat dah... Jaja minta tolong temankan dia sebab keje tak habis lagi... pastu ada seorang staff lama cakap ... kalau tinggalkan keje tu pun tak pa katanya... boss takkan marah punya... confident je mamat tu... Takkan la hari pertama running shift malam  nak tinggal keje... nanti bos cakap apa pulak.. staff ni memang mati-mati tak mau tunggu... tapi tak pulak diaorang ni cakap mengapa... Jaja ni pujuk la budak-budak nih termasuklah nak belanja ais krim... last sekali buat tawaran blanja makan.. semualah....tak berjaya jugak... last sekali Jaja cakap kat staff dia, sampai ke hati nak tinggal dia sorang-sorang... main psiko pulak dia... barulah nampak lembut skit hati diaorang nih... Tapi diorang minta nak tunggu kat luar restoran... oklah asal ada orang tunggu pun tak pe lah... walaupun tunggu di luar...

Bila dah siap kerja, Jaja nak buat round restoran... nak check apa yang patut... takut nanti ada yang lupa tutup heat plate ke... tak pasal terbakar restoran... Jaja ni dia akan listkan senarai apa yang kena buat... dia akan check satu persatu... memang teliti cik kiah nih...

Masa dia nak buat round kat play land dia dengar bunyi macam ada orang berjalan... bunyi tapak kaki....  dia tengok buaian duk berayun...

"Tak padan dengan tua nak naik buai... buatnya patah hmm... siapa nak jawab nanti" sempat lagi Jaja kutuk staff dia..

Pastu Jaja pergi check coldroom... tempreature coldroom takde la sejuk sangat... dalam 2'C .. macam nak marah jugak la kat budak2 nih... kenapa nak defrost benda2 sejuk beku kat dalam coldroom... malas nak cakap banyak dan nak suruh... Jaja buat sendiri... dia keluarkan benda yang nak dinyah bekukan kat luar,,, pastu dia susun dekat work station..

Pastu Jaja  masuk ke dalam freezer room... yang nih memang gila2 puya sejuk -18"C.. Masa nak masuk ke dalam freezer room nih dia terasa macam ada benda yang lalu dibelakang dia... Bila Jaja tengok tak da apa-apa.. jadi dia buat tak tahu...

Masa tegah check product.. tiba-tiba pintu freezer room tertutup... Memang masa training dulu pernah kena dengan senior2 kena kurung dalam freezer room.. dan blajar jugak macammana nak bukak dari dalam... Jaja start panik bila beberapa kali percubaan dia nak bukak pintu freezer gagal...macam ada benda halang pintu tu dari dibukak... lagilah dia takut apabila lampu dalam bilik freezer tu terpadam... gelap dalam bilik tu rasa macam tutup mata... dalam hati Jaja..mesti kerja budak2 nih nak main2 kan dia... Airmata masa tu memang tunggu nak jatuh dah... Pastu Jaja tendang knob pintu freezer room sekuat-kuat hati.. barulah boleh bukak... Memang masa nih hati dia panas betul.... Siap la budak2 ni nanti...

Bila dah puas hati dengan keadaan restoran barulah Jaja tutup lampu yang sepatutnya dan mulalah mengunci restoran... Masa nih marah dia memang tak habis lagi...  dah siap kunci semua... dia pergi kat staff dia.. nak bagi a piece of mind la kot...

"Korang jangan la main2 dengan saya.. Saya tau la saya baru... tapi jangan la buat macam tu.." rasa sebak la pulak...

Staff ni semua terpinga-pinga...

"Kami buat apa Miss... Kami semua kat sini tadi...."

"Ye la tu... tak baik tipu tau..."

Pastu ada staff sorang tu ajak balik... Ada apa2 kita bincang esok... Budak tu kata dia dah ngantuk sangat... Masa tu jam pun dah tunjuk pukul 12.50... Tiba-tiba dengar bunyi jatuh dalam restoran.... Jaja nak masuk balik nak tengok apa benda... budak2 ni semua tarik tangan dia... esoklah kata diaorang.... Dah penat sangat nih... Mungkin tikus kot... Jaja pun ikut la... balik...

Malam tu memang Jaja tak boleh tidur... macam-macam yang dia fikirkan... Tapi tak apalah sebab esok dia kena shift pagi...

Esok tu.. Jaja sampai awal... sebelum bos dia datang, staff pun datang, sebab Jaja pegang kunci dia pun masuk dengan staff tu... Dia masuk dan buka semua lampu... masa nih staff dia datang... muka budak tu dah lain macam... Dia panggil Jaja ke belakang... Masa Jaja tengok dia rasa macam nak pengsan... Produk yang dia letak kat luar untuk nak nyah beku semalam semuanya berterabur...Bukan sahaja kat lantai tapi jugak kat dinding...  Plastik semuanya koyak rabak... macam digigit... Macam ada binatang buas masuk dan makan produk tu... memang kotor... kalau nak kemas nih ambik masa... Kebetulan pulak masa tu bos dia datang, mengucap panjang dia...

Jaja rasa macam nak nangis... confirm.. kena marah nih... Bos dia tanya siapa closing malam tadi... takkan dia dah lupa kot... kata produk yang nak kena nyabeku jangan letak kat luar... Masa ni... Jaja mengaku yang dia yang letak bukan staff dia... nampak boss dia mengeluh panjang....

Pastu Jaja tawar diri nak bersihkan semua...jadi yang lain boleh mula opening... Ok jugaklah bos dengan staff lain tolong, dah buang semua product dan basuh lantai dan mop semua lantai dan lap dinding... makan masa jugak la....

Bila dah siap semua... Jaja jumpa boss tawar diri dia nak bayar semua produk tu... sakit jugak la,, sebab produk ni harganya dekat beribu jugak.. Lama jugak boss dia fikir, pastu dia cakap tak mengapalah... sebab ni bukan salah Jaja jugak... Tapi dia pun ada salah juga..
Petang tu diaorang buat management meeting.

Masa meeting tu barulah Jaja tahu kenapa... Menurut boss Jaja, restoran ni memang keras, sebab dulu ada kes, ada manager perempuan bukan sahaja dirogol tapi juga dibunuh... diaorang jumpa manager nih kat freezer room dalam keadaan yang memang tak boleh nak cerita.. staff yang buat tu lari mungkin balik negera dia kot... Boss awal2 lagi dah warning staff tak bagi staff dia cerita apa2 kat Jaja... nanti takut Jaja tak nak datang keje macam yang lain2...

Sebab tu semua staff nak balik awal dan diaoang akan bersihkan semua lantai dan dinding betul... tak nak ada darah sikit pun...dan semua sampah dibuang dan tak ditinggal walau skit pun.. sebab tiap2 malam ada staff dan guard terjumpa dengan perempuan tu dok merayau-rayau dalam restoran... Kadang-kadang nampak dia kat playland... Paling menakutkan Cik Kak tu pernah melekapkan muka dia dekat cermin... pak guard complex yang nampak ni terus pengsan..Sebab tu kalau nampak apa2 diaorang akan buat2 tak namapak  dan sebab tu juga staff takkan tinggal apa2 kat dapur... takut kejadian ni berulang...

Masa ni barulah meremang bulu roma Jaja fikirkan apa yang berlaku pada diri dia malam tadi... pasal buaian berbuai sendiri...pasal dia terkurung dalam freezer room... Kalau dia tahu mesti dia pengsan dah semalam...

Tapi peringatan la buat Jaja kalau terjadi lagi memang dia kena bayar apa yang rosak macam tadi... Jaja pun tak lama kerja kat sini sebab tekanan memang tinggi... bukan sahaja dari pelanggan, staff, product, time management tapi jugak pada  kak yang ronda malam2 kat restoran tu....

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-3-2011 08:34 PM | Show all posts
Bila dah terlalu asyik dengan cerita hantu ni, benda-benda yang biasa di dalam hidup pun tiba-tiba boleh jadi luar biasa dan menakutkan.... Bila ingat-ingat balik mesti nak tergelak..

Malam tu closing macam biasa.. dalam office dah key in semua stock tinggal nak tulis buku log ja lagi... Dalam dok tulis tu tiba-tiba ada kertas terbang... Hmmm... angin kot...pastu terdengar seperti orang berbisik... dan beberapa ketika selepas tu berbau wangi... wah... takkan kot... kena cepat... kalau cik kak tu tunjuk muka tak ke naya.... huhuhu...masa nih terus tutup semua komputer, check apa yang patut dan terus lari keluar... sah muka pucat.. sebab staff tegur napa muka pucat.... senyum je.. nak control la konon...siapkan log di asrama...

Esok masa petang terjadi lagi... cuma buang kes kertas terbang... Hai.. takkan siang-siang pun nak buat hal.... tengok2 kat atas rupanya ada air freshner kat atas...keluarkan bau setiap setengah jam.... hehehehe... cis... pasang tak kasi tahu... nasib baik tak cerita kat bebudak... kalau tak malu yo.. muka den ni haa...
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2011 11:47 PM | Show all posts
Reply 65# zadzamusa


   
Heeheheheheh.. Kesian Zadz
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-3-2011 11:49 PM | Show all posts
Reply 64# zadzamusa


   

Benda tu mkn makanan jugak ke eh?
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2011 12:00 AM | Show all posts
hadoiiii..baru bace kisah pertama pun da seramm..terus tak baca kisah ke2..kena baca esok la gamaknyerr...

caya lah TT amek aaa munger tu ek...hehehe
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 25-3-2011 05:03 PM | Show all posts
Kisah Kesepuluh.

Malam tu mak tak boleh tidur, jadinya dia buat keputusan nak ke kantin awal... seawal pukul 4 pagi.. pergi bersendirian.. Masa ni mak berniaga kantin di IPD lama, tak takut sangat sebab kedudukan kantin mak cuma di belakang cawangan trafik... 24 jam ada polis yang bertugas.

Kebetulan pada hari tu ada kemalangan jalan raya, semasa mak sedang buat persiapan untuk hendak masak datang 2 orang pelanggan yang juga merupakan orang yang terlibat dengan kemalangan... walaupun tak berapa teruk tapi disebabkan tidak ada jalan penyelesaian maka tuan punya kereta membuat laporan.

Malam tu ada 2 orang anggota trafik yang bertugas, seorang di tempat kejadian, manakala seorang lagi kat pejabat. tingkap belakang trafik betul2 mengadap kantin mak, selalunya kalau nak minum... diaorang ni cuma melaung je kat tingkap tu...

Berbalik pada 2 orang tu tadi, diorang pesan minuman panas dekat mak... Sebelum buat air. adalah mak bersembang-sembang skit dengan 2 orang ni tadi... diaorang ni kena tunggu pegawai tu sekejap... sementara menantikan anggota yang satu lagi... memanglah prosedur dia memakan masa skit...

Bercerita pasal anggota yang bertugas kat pejabat hari ni. dia ni ada masalah kencing manis, jadinya kaki disebelah kirinya kena potong, dia pakai kaki palsu..

Tak lama lepas tu tingkap yang kat depan kantin mak dibuka, dan 2 orang nampak macam anggota tu panggil diaorang nih... Jadinya seorang pergi la masuk dalam pejabat cawangan trafik ni tadi... Yang sorang lagi masih lagi dalam kantin... sesekali memecah kesunyian dengan bersembang dengan mak..

Tak lama lepas tu, terdengar ada orang seret kaki ke tandas.. Bangunan tandas betul-betul di belakang kantin... jadinya kalau nak ke tandas memang kena melalui jalan disebelah kantin... maksudnya kalau nak ke tandas memang boleh nampak la siapa....

Lepas dengar orang yang seret kaki pergi tandas... mungkin anggota trafik tu nak ke tandas... Lepas pada tu orang yang pergi ke pejabat tadi keluar... macam terpinga-pinga skit... mana pergi anggota tadi... Kawan dia cakap... dengar macam orang pergi tandas.. YAng sorang lagi macam hairan... anggota tu keluar kat mana?

Yang sorang lagi tu decide nak tunggu anggota tu keluar sambil minum dengan kawan yang sorang lagi... Tunggu punya tunggu dah dekat 1/2 jam tak keluar-keluar lagi... Sambil bergurau yang sorang lagi kata lebih baik pergi tengok mana tau anggota tu tadi lemas ke apa... sambil ketawa...

Kawan dia nih terus pergi ke tandas... balik dengan muka yang sedikit cuak.... Tak ada siapa pun kat sana... Mak kata..mungkin tak sedar kot bila dia keluar (berprasangka baik kata mak...)

15 minit lepas tu anggota tu muncul dari kawasan tempat letak kereta yang kemalangan, yang sorang ni tanya... bila keluar dari tandas... tak nampak pun... Anggota ni pun heran... bila dia pergi tandas..

Dia pergi kat guard kat depan ada hal sikit... termasuk mak dengan 2 orang tadi.. semua terdiam... apa yang lalu tadi... dan apa yang bukak tingkap tadi..... mak terus duduk dengan 2 orang tadi sambil sembang2 sementara tunggu pekerja dia datang... Semenjak tu dia tak berani dah pergi ke kantin awal2 pagi....

Memang la anggota trafik tu bercerita yang selalu diaorang ni kena ganggu... tapi buat2 tak tahu... tingkat 2 hanya diorang akan naik bila jam dah menunjukkan 7.40 pagi dan ke atas.....

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-3-2011 05:05 PM | Show all posts
Post Last Edit by zadzamusa at 25-3-2011 17:08
Reply  zadzamusa


   
Heeheheheheh.. Kesian Zadz
AlienGurlz Post at 24-3-2011 23:47



    Hehehe... sebab tu sekarang nih lebih kepada rileks skit... tak nak fikir sangat dan buat2 tak tahu je.... 2, 3 kali gak kena macam nih... ku sangkakan makhluk tu... rupanya bukan... hehehehe
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-3-2011 05:11 PM | Show all posts
hadoiiii..baru bace kisah pertama pun da seramm..terus tak baca kisah ke2..kena baca esok la gamakny ...
juliyanarayhan Post at 25-3-2011 00:00



    Terima kasih... tapi tak lah seseram juliyanarayhan.... real tu dapat suara lagi...
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2011 05:22 PM | Show all posts
dah lama tak cek in sini... hai zadz!!! yang cerita jaja tu seriyes seram... nasib baik dia tak tahu masa kejadian tuh
dia berenti sebab mende alah tu ke?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-3-2011 05:34 PM | Show all posts
Terima kasih sebab sudi menjenguk  

Salah satu sebab la... biasalah kerja kat fast food nih tekanan dia memang hebat... Time orang cuti tak boleh cuti...susah skit la...
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2011 05:54 PM | Show all posts
seramnye kisah yg kat store tu...

hosmet aku ada sorang yg keje cam jaja ni..balik tengah2 mlm, awal pagi..bila balik sure terbongkang kepenatan. kesian gak tgk dia..cam takde life, nak cari pakwe pun cam x sempat
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-3-2011 06:09 PM | Show all posts
seramnye kisah yg kat store tu...

hosmet aku ada sorang yg keje cam jaja ni..balik tengah2 mlm, a ...
bottombikini Post at 25-3-2011 17:54



   Betul... memang tak da life... kalau nak cari pak we pun memang kena cari yang betul2 understanding...
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2011 04:55 PM | Show all posts
Kisah ketiga..
Kisah ketiga ini adalah kisah yang terjadi pada diri saya sendiri.... Terjadi sewakt ...
zadzamusa Post at 19-3-2011 20:46


Salam...saya newbie dlm forum CARI ni...terbaca lak pasal thread ni, pengalaman awak lebih kurang 50% sama dgn pengalaman saya masa sekolah dulu... sessi burung hantu jugak, cuma yg bezanya saya jadi incharge(pengakap) untuk letak dan ambil budak2/pelajar lain...masa tu perkhemahan unit beruniform sekolah saya, semua bergabung buat perkhemahan tahunan....yg bezanya selepas dikira budak2 yg ada, memang terlebih sorang(memang "makhluk" tu depan mata...)"...last2 kami ambil keputusan untuk letak balik budak2/pelajar ni ke tempat masing2(masa sesi burung hantu), "makhluk" tu saja kami letakkan ditempat yg keras(kebetulan kt kelas saya)...biarkan 15minit, bila kami pergi tgk makhluk tu dah xde...errr, dia menyerupai pelajar sekolah saya dgn lengkap berpakaian track dan bertudung hitam...muka x nampak(bila ditanya hanya angguk dan geleng aje, x bersuara)...huhuhu..
dan banyak lagik kisah2 saya ternampak "makhluk"2 ni, cuma x reti nak karang....hehehehehe


p/s: errr...best jugak baca pasal misteri2 ni, teringat balik pengalaman yang seram2 sejuk nih....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 26-3-2011 07:02 PM | Show all posts
Reply 76# eijamsya


last2 kami ambil keputusan untuk letak balik budak2/pelajar ni ke tempat masing2(masa sesi burung hantu), "makhluk" tu saja kami letakkan ditempat yg keras(kebetulan kt kelas saya)...biarkan 15minit, bila kami pergi tgk makhluk tu dah xde...errr, dia menyerupai pelajar sekolah saya dgn lengkap berpakaian track dan bertudung hitam...muka x nampak(bila ditanya hanya angguk dan geleng aje, x bersuara)...huhuhu..

Salam eijamsya...selamat datang..

Hampir sama la.... perkhemahan buat kat mana?....... Waaa.... berani betul... bila dah hantar tak rasa apa2 ke?


dan banyak lagik kisah2 saya ternampak "makhluk"2 ni, cuma x reti nak karang....hehehehehe



cerita la.... mesti best... sama-sama kita kongsi pengalaman....
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2011 07:56 PM | Show all posts
Terima Kasih, zadzamusa.... pengalaman tu masa sekolah dulu dalam tahun 1994 - 1998 (tgkt 1-5 )...masa tu tgktn 4 kot kalo x silap...sekolah saya di utara Perak, pekan sempadan dgn Siam dan Kedah...kt sana la saya byk nampak "makhluk2" ni....sebelum kejadian terlebih sorang tu pun, saya dah dinampakkan dgn benda putih(kisah lain plak...) melayang masa tgh sedap2 baring2/lepak kt tgh padang sementara tunggu nak amik bebudak yg join sessi burung hantu dalam jam 2 pg...masa tu cuak dah. mesti ade benda nak jadi ni...

   Alih2 memang ada benda jadi pun ->terlebih sorang dalam group bebudak/pelajar, masa tu mmg havoc tak ingat la, tp masing2 membisu je, saya dgn geng incharge lain dah naik cuak, nak lepaskan bebudak msuk tidur, mau ade yg kena sakat nanti, huhuhu, last2 buat keputusan jalankan balik sesi dalam 15minit...budak2 pompuan semua dah nak start nangis bila disuruh jalankan balik sesi burung hantu tu, yg lelaki pakat duk tanya pasal ape, padahal makhluk tu duk kt blakang dorg je("menda" tu duk dlm barisan jgk, last sekali...)...nak gtau kang takot jadik pape plak, nak tak nak kena la mula balik sesi tu...kami hantar makhluk tu pun beramai2(4 hantar 1) kt tmpt keras tu, ...

nanti2 saya akan ceritakan pengalaman saya, kena buat karangan dulu nih....
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2011 08:41 PM | Show all posts
Reply 78# eijamsya


   
Bestnya kisah Eija ni.. Harap2 dapat ceritakan lagi ye..
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2011 09:03 PM | Show all posts
Reply 78# eijamsya


    Dapat dibayangkan keadaan ketika itu.....berani betul eijamsya,siapa yang detect "dia" duduk belakang sekali....citerlah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 09:13 PM GMT+8 , Processed in 0.253420 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list