CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 651|Reply: 0

[Sarawak] TSI anjur pertandingan pengucapan awam bertemakan ‘Suara Belia Sarawak’

[Copy link]
Post time 25-4-2024 08:10 PM | Show all posts |Read mode


Saksikan pusingan awal pertandingan pengucapan awam TSI bertemakan ‘Suara Belia Sarawak’ melalui platform Zoom pada 27 April ini.

KUCHING: The Sarawak Initiative (TSI) akan menganjurkan pertandingan pengucapan awam bertemakan ‘Suara Belia Sarawak’.

Pendaftaran untuk pertandingan ditutup pada 20 April dengan pusingan awal akan diadakan pada 27 April ini menerusi platform Zoom.

Pengerusi penganjur Telford Tan berkata, objektif pertandingan ini adalah untuk memanfaatkan potensi belia Sarawak yang masih belum diterokai.

Selain itu ia juga sebagai platform bagi individu muda dari bandar dan luar bandar untuk menyuarakan pemikiran mereka tentang isu-isu utama.

Pusingan awal dijadualkan pada 27 April melalui Zoom dengan hanya lima peserta terbaik bagi setiap dua kategori mewakili institusi mereka dalam pertandingan yang terbuka kapada orang ramai pada 22 Jun untuk pertandingan akhir.

Secara keseluruhannya,  seramai 95 peserta mendaftar bagi pertandingan ini di mana 75 daripadanya merupakan peserta remaja (13-17 tahun) dan 17 peserta belia (18-24 tahun), melibatkan 22 sekolah dan empat institusi pengajian tinggi.

Tiga hakim tempatan Sarawak akan mengadili pengucapan awam ini iaitu bekas pensyarah undang-undang SEGi Sarawak Samuel Desmond Tuah bersama penyandang Presiden Toastmaster Pei Chai dan Ahli Jawatankuasa Eksekutif SABERKAS Negeri Sarawak Albert Loi.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

8-5-2024 03:36 PM GMT+8 , Processed in 0.086460 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list