CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 606|Reply: 0

[Sarawak] https://www.utusanborneo.com.my/2024/04/25/mdm-laksana-kempen-sempena-hari-bumi-sedunia

[Copy link]
Post time 25-4-2024 08:34 PM | Show all posts |Read mode


KUCHING: Seorang lelaki warga emas berusia 81 tahun diperintahkan oleh Mahkamah Majistret hari ini untuk menjalani bon berkelakuan baik selama setahun selepas mengaku bersalah memandu secara tidak cermat, enam tahun lalu.

Majistret Mason Jaro Lenya Barayan ketika menjatuhkan hukuman turut memerintahkan tertuduh, Eng Cheng Teng@Vun Cheng Teng untuk diberi jaminan RM1,000 (tidak didepositkan).

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan boleh dihukum di bawah Akta sama yang sabit kesalahan, boleh didenda minimum RM4,000 dan maksimum RM10,000 dan boleh dipenjara tidak melebihi 12 bulan, jika sabit kesalahan.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh yang berusia 75 tahun pada waktu kejadian didakwa memandu sebuah van dalam keadaan tidak cermat iaitu cuai memasuki simpang sehingga berlanggar dengan sebuah motosikal yang sedang bergerak lurus.

Kesalahan itu didakwa dilakukannya pada 3 Februari 2018, sekitar jam 9 malam di Batu 22, Tapah, Jalan Kuching-Serian.

Fakta kes mendedahkan akibat pelanggaran tersebut, mangsa lelaki yang kini berusia 28 tahun mengalami kecederaan parah iaitu patah kaki kanan manakala tertuduh tidak mengalami sebarang kecederaan.

Selain itu, kenderaan tertuduh dilaporkan rosak di bahagian pintu hadapan dan belakang sebelah kiri, sementara motosikal mangsa rosak di bahagian hadapan.

Terdahulu sebelum dijatuhkan hukuman, tertuduh menerusi peguamnya Ralph Lee merayu agar tidak dijatuhkan hukuman berat atas alasan tertuduh tidak lagi memandu dan tidak memperbaharui lesennya.

Mangsa juga katanya, menunggang motosikal tanpa lesen dan tidak menghidupkan lampu hadapan motosikalnya semasa kejadian.

Ralph juga memohon mahkamah mengambil kira usia tua dan masalah kesihatan dihadapi tertuduh sekarang iaitu penyakit asid urik tinggi, kencing manis, tekanan darah tinggi, katarak dan rheumatoid arthritis.

Jelas Ralph, berikutan faktor ini, adalah tidak sesuai bagi tertuduh untuk dijatuhi hukuman berat mahupun menghadiri sebarang prosiding perbicaraan secara berterusan.

Pendakwaan dilakukan oleh Pegawai Pendakwa Inspektor Iman Ho Min Yi.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

9-5-2024 01:14 AM GMT+8 , Processed in 0.047660 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list