CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2393|Reply: 10

[Jenayah] 'Kalau anak saya bersalah, hukumlah dia' - MB Perlis

[Copy link]
Post time 25-4-2024 08:41 PM | Show all posts |Read mode
KANGAR - Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli bersikap terbuka terhadap siasatan yang dilakukan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap anak lelakinya yang ditahan reman sejak Rabu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sanglang itu juga bersedia memberikan kerjasama sepenuhnya kepada SPRM berkaitan siasatan yang dijalankan.

Menurutnya, sekiranya hasil siasatan mendapati anaknya terbabit dalam kes mengemukakan dokumen dan tuntutan palsu bernilai RM600,000 sejak dua tahun lalu, SPRM berhak menghukum anaknya kerana tiada siapa yang kebal daripada undang-undang.

“Saya hadapi ujian besar ini dengan tenang, saya terima ujian ini. Kalau anak saya didapati bersalah (selepas siasatan dilakukan), hukumlah dia.

Saya sudah berikan ilmu secukupnya kepada dia, sebab itu saya tidak gundah gulana,” katanya ketika sesi penggulungan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis di sini pada Khamis.

Pada Rabu, media melaporkan anak kepada Menteri Besar Perlis antara enam individu yang direman SPRM bagi membantu siasatan pemalsuan dokumen tuntutan palsu berjumlah RM600,000.

Keseluruhan projek melibatkan kerja-kerja baik pulih, penyelenggaraan, pembekalan dan perkhidmatan bermula dari 2022 sehingga kini dianggarkan bernilai RM600,000.

Kesemua individu berusia antara 26 hingga 37 tahun direman pada Rabu dan dilanjutkan reman hingga Jumaat, namun hanya seorang suspek dibebaskan pada Khamis.

Dalam pada itu, Mohd Shukri melahirkan rasa kecewa terhadap SPRM berhubung prosiding kes berkenaan kerana hanya menyebut anak kepada Menteri Besar Perlis dan bukan nama sebenar individu yang ditahan.

Saya tiada prasangka kepada SPRM sehingga mereka habis siasatan. Cuma saya kecewa SPRM sebut dalam prosiding anak kepada Menteri Besar Perlis, tak sebut nama (sebenar) dia, sekadar sebut anak MB Perlis,” ujarnya.

Menurutnya lagi, kehadiran SPRM dialu-alukan untuk menjalankan siasatan dan pemeriksaan sehingga selesai agar dapat membuktikan kerajaan negeri pimpinannya bersih daripada unsur negatif ibarat kain putih.

Mohd Shukri memaklumkan, pegawai SPRM turut menggeledah rumahnya dan melakukan pemeriksaan ke beberapa Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) di negeri ini.

“Salah seorang anak saya ditahan selepas rumah digeledah tetapi tak jumpa apa-apa. Mereka juga geledah Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti) pun tidak ada jumpa apa.

“Selepas itu, SPRM bawa anak saya reman hingga esok (Jumaat). Saya ucap terima kasih kepada SPRM hadir ke Perlis, mudahan dengan kehadiran lebih 100 orang itu selepas selesai lakukan siasatan, tiada unsur negatif berlaku, harap semua akan senyap.

“Jika ada yang sangkut (ditahan SPRM), saya anggap itu pembersihan, kita terbuka dan buka pintu untuk siasatan,” jelasnya.

Menurutnya lagi, keluarganya juga tenang menerima ujian tersebut selain mendapat sokongan ramai kenalan agar tabah berdepan situasi tersebut.

“Terima kasih kepada rakan yang hubungi dan beri semangat serta doa, saya perlukan walaupun nampak tenang. Ujian besar buat saya dan saya hadapi dengan tenang diiringi doa para sahabat,” ujarnya.


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-4-2024 09:56 PM From the mobile phone | Show all posts
…..
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2024 09:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Kena dkt lobai terus jadi ujian
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2024 10:03 PM | Show all posts
kalau dapat lawyer yang pandai twist makan tahun la nak selesai kes ni. macam ada satu beruk ni siap masuk buletin utama sebab buat tuntutan palsu. dan makan dua tahun dah ni. last last kes tu hanging lagi sebab sorang saksi kena strok pulak. bodoh betul. padahal kes straight cut memang boleh kena punya.
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2024 10:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak sia2 undi walaun
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2024 11:43 PM From the mobile phone | Show all posts
pas ker? hihihi
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-4-2024 07:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Klu jd kat pihak lawan, confirm memekik² dh nusi
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2024 08:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Boleh tahan gk eddy onion letak proxy dia yer. Menantu eddy eh anak dia.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-4-2024 08:28 AM | Show all posts
apalah sangat dengan dugaan RM600K, itu semua ujian menuju syurga.
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2024 10:32 AM | Show all posts
iman bukan boleh diwarisi ;)
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2024 10:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Jeng jeng jeng


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-10-2024 12:10 AM GMT+8 , Processed in 0.398994 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list