CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 6329|Reply: 67

Kes DSAI lagi - tolong komen dengan rasional

[Copy link]
Post time 21-3-2011 02:27 AM | Show all posts |Read mode
Salam,
aku tak biasa pos topik. Cuma aku nak pandangan semua tentang artikel ni.Sebagai umat Islam, mari kita musahabah diri dan bersifat terbuka. Membangkang tak semestinya menyokong pembangkang. Menyokong tak semestinya setuju semuanya.

Sila baca artikel di bawah. Artikel ini boleh pakai atau tak boleh? Macam aku penah kata, aku cuba nak mendokong apa yang UMNO perjuangkan tapi aku keliru dengan KES Liwat DSAI ni. Maklum la aku ni hijau dalam sepak terajang politik.
Sila komen selepas baca artikel ini
Terima kasih.

Kes liwat tuduhan palsu konspirator jahat
Mohd Rashidi Hasan
Mohd Rashidi Hassan          
SEJAK dari awal pertuduhan terhadap Dato' Seri Anwar Ibrahim yang didakwa meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan adalah konspirasi jahat Umno-Barisan Nasional semata-mata.

Umno-BN hanya mahu membunuh karektor peribadi Anwar, memalukan beliau dan menganiaya beliau dengan suatu pertuduhan yang jahat dan zalim.

Apabila kes liwat ke-2 berlaku, wujud tanggapan pihak-pihak tertentu yang menunjukkan keraguan terhadap bekas Timbalan Perdana Menteri itu.

Mereka menerima kes liwat pada tahun 1998, tetapi ada antara mereka yang meragui  Anwar selepas didakwa oleh Saiful yang menampilkan diri sebagai ikhlas, suci, dahi hitam dan bersumpah di Masjid Wilayah Persekutuan Jalan Duta.

Namun selepas perbicaraan berlangsung, semua konspirasi dan kedangkalan Umno-BN terbongkar, kejahatan Saiful mula terlondeh satu persatu.

Media talibarut Umno-BN menyembunyikan fakta sebenar. Menyembunyikan apa yang berlaku di mahkamah. Menutup segala ruang yang mendedahkan kejahatan pemimpin Umno dan hanya melaporkan laporan berat sebelah.

Anwar digambarkan sebagai pelaku seks songsang yang ganas. Didedah kononnya berlaku seks oral, penetrasi liwat melalui punggung dan sebagainya.

Anwar dan keluarga dimalukan dalam episod jahat yang memualkan, gara-gara kerakusan kuasa pemimpin Umno-BN.

Kejahatan mereka untuk menyembunyikan fakta akhir gagal ditutup dengan keterangan di mahkamah. Beberapa fakta besar yang dibongkar di mahkamah mendedahkan semua kedangkalan Umno-BN.

Pertama, menerusi keterangan pegawai penyiasat polis, Superitendan Jude Blacious Pereira jelas membuktikan pembabitan Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor.

Najib dan Rosmah seringkali menafikan pembabitan mereka, kononnya pertuduhan liwat hanyalah antarta masalah bekas kakitangan dan majikan.

Kerajaan dan Umno-BN tidak ada kena mengena kata Najib. Okay, itu dakwaan Najib, jika mereka berdua tidak ada kena mengena, mengapa pihak polis mengambil keterangan dari keduanya?

Supt Jude cuba mengelak untuk menyebut nama Najib dan Rosmah, tetapi selepas ditekan peguam Karpal Singh, beliau memperakui menyoal siasat Rosmah dan Najib dalam kes liwat.

Hari ini rakyat mahu tahu mengapa Najib dan Rosmah menemui Saiful pada 24 Jun 2008, manakala kejadian liwat didakwa berlaku pada 26 Jun?

Kemudian Saiful membuat laporan polis dan pemeriksaan doktor pada 28 Jun 2008. Apa kaitan kedua mereka dalam kes ini dan apakah keduanya menjadi perancang utama untuk memerangkap Anwar?

Najib dan Rosmah harus disapina ke mahkamah untuk digrill peguam Karpal.

Fakta kedua lebih mengejutkan. Dibongkar di mahkamah, terdapat sepuluh sampel profail DNA (Deoxyribo Nucleic Acid) yang berbeza pada rektum Saiful.

Wujud persoalan, jika Saiful seorang pendakwa yang genuine, apakah penjelasan yang harus beliau berikan dengan penemuan banyak spesimen DNA yang berbeza dalam usus beliau?

Yang media talibarut Umno-BN hebohkan adalah mengenai penemuan DNA yang ditanda lelaki Y (male Y) yang hendak dipadankan dengan Anwar. Namun segala spesimen yang didakwa milik male Y, yang diperolehi dari tuala Good Morning dan berus gigi ditolak oleh mahkamah.

Apa pula jawapan Umno-BN terhadap wujudnya spesimen male (lelaki)lain yang ditanda X, Z dan sebagainya? Ia milik siapa? Persoalan yang ditanya hari ini adalah, apakah Saiful seorang yang bersih atau dia memang kaki b****t?

Masalah besar yang dihadapi Umno-BN dalam kes ini antaranya adalah, apabila Saiful mendakwa membuat pemeriksaan doktor pada 28 Jun, bermakna pada waktu itulah duburnya diperiksa dan spesimen DNA yang didakwa milik Anwar diambil. Iaitu pada 28 Jun.

Tetapi mengapa sampel DNA yang dikatakan milik Anwar, disimpan dalam almari (tidak di dalam peti sejuk), oleh Superitendan Polis, Jude Blacious Prereira, ditanda pada 26 Jun 2008? Bagaimana spesimen itu boleh wujud dua hari lebih awal?

Isu yang ketiga adalah isu proforma atau laporan doktor setebal 18 muka surat, yang didakwa di dalamnya terdapat laporan mengenai dakwaan liwat.

Sebelum proforma doktor ini dikemukakan di mahkamah, Saiful mendakwa beliau telah diliwat oleh Anwar, tetapi dalam proforma yang ditulis oleh doktor tercatat di dalamnya perkataan attempt sodomy (percubaan meliwat).

Jelas di sini, dakwaan Saiful bercanggah dengan laporan perubatan doktor.

Perkara lain yang menimbulkan keraguan kepada proforma tersebut adalah tiga tulisan tangan yang berbeza. Bermakna ada kemungkinan ada tiga doktor yang menulis laporan perubatan tersebut.

Namun peguam Karpal berjaya membongkar salahlaku pihak terbabit di mahkamah, apabila dua orang doktor mengakui tulisan tangan mereka (dalam laporan proforma) hanya meliputi dua atau tiga muka surat sahaja.

Maka sekali lagi dipersoalkan, siapakah yang mengisi berbelas-belas laporan proforma doktor yang ditulis secara tulisan tangan?

Apabila dipadankan tulisan tangan dan laporan di mahkamah, maka sekali lagi dikejutkan bahawa orang yang mengisi laporan proforma terbabit adalah Supt Jude.

Apa punya gila sistem negara kita? Mengapa polis boleh mengambil alih tugas doktor untuk menulis laporan perubatan?

Semua keterangan ini hanya menunjukkan bahawa usaha Umno-BN untuk memerangkap Anwar, diadakan secara tergesa-gesa dan kelam kabut.

Sebab itu mereka menekan hakim supaya menafikan access peguam Anwar kepada segala dokumen pertuduhan terhadap beliau. Butiran dan segala keterangan yang mendakwa Anwar disembunyikan.

Sekali lagi dipersoalkan, jika pertuduhan terhadap Anwar sahih pada Umno-BN, kenapa hendak takut berikan dokumen pertuduhan terhadap beliau? Anwar kena tuduh, beliau berhak mengetahui butiran pertuduhan. Hanya 'pondan Siam' sahaja yang 'baling batu sembunyi tangan'.

Banyak lagi aspek-aspek teknikal yang boleh dipertikaikan. Semuanya merumuskan bahawa hujah pihak Umno-BN untuk mendakwa Anwar sebagai seorang peliwat sudah tumpul dan dimatikan.

Sebaliknya, yang terbongkar hanyalah konspirasi jahat Umno-BN untuk menganiaya Anwar. Sekali lagi rakyat akan menyaksikan Anwar dizalimi oleh Umno-BN dan PM Najib nampaknya seolah-olah mahu mengikuti jejak Dr Mahathir Mohamad.

Hakikatnya tuduhan terhadap Anwar hanyalah palsu. Tidak ada kes. Ia harus ditarik balik dan dibakul sampahkan.

Apa yang dilakukan Umno-BN terhadap Anwar hanyalah menambah kebencian rakyat dan keinginan rakyat meluap-luap untuk menjatuhkan kerajaan pimpinan Najib seberapa segera.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-3-2011 03:24 AM | Show all posts
anwart umpama bebola benang sementara 'geng2 umno' plak bagaikan anak2 kucing yg leka bermain bebola benang tersebut.

u tak perlu risau pasal kes anwart. biarkan mereka leka menyerang anwart. isu sebenar bukan sekadar sokongan terhadap anwart (spt yg fikirkan) tapi jauh lebih besar dari itu adalah isu 'rakyat semakin meluat dgn BN'

fenomena 'meluat terhadap BN' jelas kelihatan pd PRU-12 yg lepas contohnya keadaan kempen sekitar kg pandan ketika itu, kelihatan banyak kumpulan2 warga india bersorak sambil mengibar bendera PAS.

pada PRU-13 nih, satu fenomena baru semakin hangat di sekitar putrajaya. i sering dengar persoalan "apa kata kita pangkah selain BN dan kita tengok apa akan jadi pd putrajaya" hangat dibualkan di pejabat2 dan dikedai2 kopi.
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2011 08:15 AM | Show all posts
Sape AZRB yg dapat projek buat istana negara n istana terengganu serta lebuhraya DUKE dll?

Nape Agong ok jer lantik ketua hakim negara walaupun ada bantahan pihak pembangkang tentang latarbelakang keta hakim skrg?

nape nape nape?
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2011 08:57 AM | Show all posts
Sape AZRB yg dapat projek buat istana negara n istana terengganu serta lebuhraya DUKE dll?

Nape  ...
kekbelacan Post at 21-3-2011 08:15



    sebab dalam fasal 40 perlembagaan persekutuan berbunyi begini :

Yang Di Pertuan Agong hendaklah bertindak mengikut nasihat
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2011 09:11 AM | Show all posts
ok lah......kesian kat diaorg ni terikat TAPI kat ganu bole pulok dia tolak deris jusoh
pasal apa pulak tu?
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2011 09:32 AM | Show all posts
ok lah......kesian kat diaorg ni terikat TAPI kat ganu bole pulok dia tolak deris jusoh
pasal apa p ...
kekbelacan Post at 21-3-2011 09:11



    sebab tu pun nasihat..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-3-2011 11:00 AM | Show all posts
Post Last Edit by Al Lebam at 21-3-2011 11:01

ape susah????
buat jer 2 perkara ni tentu selesai secepat mungkin
1. Jangan asyik mitak tangguh perbicaraan. kalau asyik tertangguh sampai bila nak setel perbicaraan. hakim nak bagi penghakiman pun tak boleh

2. bagi jer sample utk analisis DNA tu..
kalau tak sama dgn profile DNA lelaki Y tu.. memang betullah anwar dianiaya dan dimalukan spt yang didakwa penulis.
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2011 12:10 PM | Show all posts
ape susah????
buat jer 2 perkara ni tentu selesai secepat mungkin
1. Jangan asyik mitak tangguh perbicaraan
2. bagi jer sample utk analisis DNA tu..
Al Lebam Post at 21-3-2011 11:00

1. sila desak hakim tolak permohonan tangguh.
2. sila desak hakim benarkan laporan DNA 1998 @ 2005 diguna.

sebarang masalah dgn keputusan hakim, sila tanya hakim.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-3-2011 12:14 PM | Show all posts
1. Jangan asyik mitak tangguh perbicaraan. kalau asyik tertangguh sampai bila nak setel perbicaraan. hakim nak bagi penghakiman pun tak boleh.Al Lebam Post at 21-3-2011 11:00

Tertudoh : Saya minta tangguhkan perbicaraan.
Tuan hakim :  Dengan ini Mahkamah bersetuju.

Yang berkuasa di sini siapa sebenarnya, mahkamah ke tertudoh ?   


2. bagi jer sample utk analisis DNA tu..
kalau tak sama dgn profile DNA lelaki Y tu.. memang betullah anwar dianiaya dan dimalukan spt yang didakwa penulis.

apasal kena bagi jer sample?
apasal nak bawa ke mahkamah dengan keadaan tak cukup bukti ?
apasal TAKDE PENETRATION tapi minta DNA?
takde penetration takde ler kejadian liwat.......Tak tengok CSI ke?


kesian mahkamah......takpe takpe ada DNA Y kan?
nanti PERKASA demo minta DNA anwar bole le tanam kat pungkok sifool....wakakakah
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2011 12:16 PM | Show all posts
Ya..kenapa kita mesti nak pening pala, tuduh berlaku konspirasi bagai...siapa punya lain2 DNA yg ditemui dibontot sepol?...mustahak sangat ka?.

Kan lebih baik dan lebih menyakinkan Anwar kasi je DNA dia dan padankan dgn DNA yg ada didalam bontot sepol tu....kalau Anwar tidak pernah meliwat Sepol maka DNA tu sudah tentu bukan Anwar yg punya..so..apa takut?....hari ni kasi DNA dia, besok Anwar sudah dilepaskan tanpa membela diri..lusa dia dah boleh mendabik dada bahawa dia akan jadi PM pada PRU13 nanti.

Tapi...kenapa dia enggan kasi DNA dia tu?...apa masalah dia?....budak2 tingkatan satu pun tahu jawapannya...dia salah la ayah ooi..kalau DNA yg ada didalam bontot sepol tu bukan dia yg punya..dulu lagi Anwar dah kasi..aaaa tengok..budak2 pun tahu jawapan dia..yg ada digree, yg ada master pun bodoh nak pk bende simple macam tu ke?...amik racun minum pi mati lagi baik lah..memalukan kaum je..
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2011 12:25 PM | Show all posts
Post Last Edit by kekbelacan at 21-3-2011 12:30
Tapi...kenapa dia enggan kasi DNA dia tu?...apa masalah dia?....budak2 tingkatan satu pun tahu jawapannya...dia salah la ayah ooi..kalau DNA yg ada didalam bontot sepol tu bukan dia yg punya..dulu lagi Anwar dah kasi..aaaa tengok..budak2 pun tahu jawapan dia..yg ada digree, yg ada master pun bodoh nak pk bende simple macam tu ke?...amik racun minum pi mati lagi baik lah..memalukan kaum je..
Anak_Nogori Post at 21-3-2011 12:16
itu lah lenkali nak bawa ke mahkamah bawa ler bukti yang cukup
tak pening mahkamah nak masuk kan anwar dlm penjara
ini kena reka DNA Y pulak
lepas tu tak tahu malu, PERKASA (UMNO) demo minta Anwar kasi DNA
senang ler kerja nak cakap DNA Y tu milek anwar
Dah lah tak de kejadian liwat berlaku
ini logik budak tadika nama nya
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2011 12:30 PM | Show all posts
Wayang tak abeh2 lagi ka..... rakyat dah penat laa.... bila la isu ni nak abeh.. takkan sampai pru13 kut..
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2011 12:36 PM | Show all posts
Wayang tak abeh2 lagi ka..... rakyat dah penat laa.... bila la isu ni nak abeh.. takkan sampai pru13 ...
d^_^b Post at 21-3-2011 12:30


wayang takkan habis, kalau asik minta tangguh2...kasi DNA hari ni minggu ni kes kompom selesai..
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2011 12:48 PM | Show all posts
kalau dah takde DNA anwar kat situ
kes dah selesai sepatut nya
Tertudoh sepatut nya di lepaskan
tapi dah mmg mahkamah malaysia ni pelik sikit  
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2011 12:50 PM | Show all posts
Tertudoh pun sepatutnya di lepaskan
sebab takde penetrasi berlaku
tak de penetrasi takde kejadian liwat berlaku
tapi mahkamah malaysia ni pelik sikit
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2011 01:19 PM | Show all posts
Anwar adalah gam/glue bagi Pakatan yang rapuh. Aku yakin kalau Anwar tak suruh, NIkAziz tak akan terima rombongan 'memujuk' haram loteri oleh DAP, PKR minggu lepas.

Anwar mesti di jel kan..dan PR akan bercakaran satu sama lain.

Anwar kena terima segala serangan ini sebab dia juga cakap,"KALAU TAKUT DENGAN RISIKO, JANGAN CAKAP PASAL PERJUANGAN." kalau dia senyap2 lepas keluar jail dulu,tak akan ada kes Liwat 2 ni.

Ibarat main bola, pasukan kita kena kuat jugak. Analogi aku = Katalah anda benci tengok pasukan lawan macam Manchester United (MU)=berlagaklah, jutawan lah,sombong,tak hargai peminat, tak guna.
Tapi kalau pasukan anda sendiri lemah,macamana nak kalahkan MU? MU kata, anda nak lawan? Silakan....

Kat Sarawak, kalau semua orang benci Taib Mahmud pun...tapi Pakatan lemah, tak ada duit, tak ada helikopter/boat nak kempen di pulau, cakaran sesama sendiri, asyik keluar masuk parti itu ini....boleh ke tumbangkan Taib?

setakat marah-marah kat Forum boleh la....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-3-2011 01:32 PM | Show all posts
anwar mmg dasyat..........

percakapannya,perbahasannya,perwatakannya..........

tapi takut ngan jarum........
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2011 01:39 PM | Show all posts
kat forum ni ramai yg tak faham undang2 di Malaysia, pi ambik kurus atau baca buku undang di Malaysia, banyak yg sebut DNA tapi tak faham apa tu DNA,   ...ni yg malas nak bagi pendapat....
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2011 01:45 PM | Show all posts
tu ler masalah nya
kan DNA lama dah ada?
apasal tak guna? DNA firaun pun bole guna lagi inikan pula DNA 1998
kan masa nak buktikan anak azmin ali si afifah tu bukan anak anwar
anwar dah kasi DNA?
tapi masa tu di palitkan kat tilam tak bercadar......adussss
mmg kena ketawakan mahkamah malaysia ni
dah takde bukti tak malu pulak bawa mahkamah
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2011 01:57 PM | Show all posts
bagi jer dna tuh
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 10:28 PM GMT+8 , Processed in 0.268821 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list