CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 16504|Reply: 149

Bukit Bintang seperti Hatyai

  [Copy link]
Post time 21-3-2011 08:44 AM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by Anak_Nogori at 21-3-2011 08:51

Bukit Bintang seperti Hatyai

GELAGAT wanita tukang urut mencari pelanggan di kawasan Bukit Bintang, Kuala Lumpur, baru-baru ini.


WALAUPUN jelas melanggar undang-undang,pelbagai taktik digunakan untuk menjalankan perniagaan pelacuran oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Trend terkini, mereka memilih kawasan-kawasan strategik yang menjadi tempat tumpuan awam atas nama spa dan refleksologi bagi menjalankan operasi, sekali gus mengaburi mata pihak berkuasa.

Tindakan itu secara tidak langsung mencalarkan reputasi pihak-pihak lain yang menawarkan perkhidmatan mengurut atau refleksologi secara betul dan bersih.

Seorang tukang urut yang hanya mahu dikenali sebagai ‘Alex’ berkata,pelanggan boleh memilih urutan yang diperlukan dan perkhidmatan akan diberi bergantung kepada permintaan mereka.

“Sekarang you (awak) masuk tempat yang betul, tempat ini kita hanya mengurut kaki tetapi tempat-tempat lain seperti di Bukit Bintang, ada banyak tempat sedia service (perkhidmatan) tidak betul,” katanya ketika ditemui di salah sebuah pusat mengurut di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Bahagian akhir laporan khas ini berkisar tentang pengalaman yang dialami sendiri oleh wartawan TERMIZI CHE ANUAR dan MUHAMMAD AMIRULAFIQ MASTOR serta jurugambar, AMIN FARIJ HASAN ketika membongkar kisah di sebalik tirai gelap dan aroma wangi minyak terapi itu.

SUASANANYA tidak ubah seperti di Hatyai, Thailand. Bagi sesiapa yang pernah melancong ke sana, sudah pasti mengetahui apakah sebenarnya yang digambarkan oleh penulis pada ketika itu.

Bezanya cuma lokasi tersebut bukannya di Thailand tetapi di ibu kota Kuala Lumpur.

Terdapat berpuluh-puluh rumah urut di Bukit Bintang, membuatkan pengusaha melakukan pelbagai cara untuk menarik para pelanggan.

Ada menunjukkan album gambar wanita cantik yang boleh ditempah untuk mengurut serta senarai urutan eksotik yang tidak terfikir oleh akal fikiran bagi yang tidak mengetahui perkara ini.

Dari mandi kucing, badan ke badan, urutan tilam air, urutan gunung berapi, urutan berpusing dan bermacam-macam jenis urutan lagi ditawarkan di kawasan itu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-3-2011 08:48 AM | Show all posts
Malaysia ni nama je negara Islam!
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2011 08:49 AM | Show all posts
Bukit Bintang seperti Hatyai
WALAUPUN jelas melanggar undang-undang,pelbagai taktik digunakan untuk ...
Anak_Nogori Post at 21-3-2011 08:44



    mmg betol Cik AN.... BB bukan ramai dgn tourist or pengemar shopping tapi ramai warga Bangla, Indon, warga China.... dan segelinter anak2 muda dikalangan rakyat marhain yg dok jadi minah2 and mat2 poster kat tepi2 jalan....   ade yg terpekik terlolong mcm tarzan...

Kadang2 tu rase takut pon ado bile jalan kat situ..... kalo jalan ramai2 ok la tak ler rase gerun sgt...
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2011 08:53 AM | Show all posts
Post Last Edit by yumeina at 21-3-2011 08:55

padahal bukit aman dekat jek...dr bgn bkt aman tuh blh jek teropong....
tapi apa blh buat...cukup bulan dorang bayar....sewa maaaa
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2011 08:58 AM | Show all posts
sepatutnya pihak kerajaan kena sedar akan perkara seperti ini......sesuatu perlu dilakukan....perkara ini terselindung disebabkan politik umngok.....rata-rata yang berpakaian menjolok mata....semua anak melayu.....
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2011 08:58 AM | Show all posts
penguatkuasa mana?:re:
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-3-2011 08:59 AM | Show all posts
hidup DAP...............
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2011 09:12 AM | Show all posts
dah lama dah benda mcm nih

kekadang nak jalan pun ada apek2 ganggu

sbb tu aku malas nak jalan2 kat area bb

kalo pg kat b bintang...park keta kat tmpat mana yg nak pegi..terus masuk bangunan tuh

xyah layan "amoi2" jalanan nih

low kelasssssssssssssss
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-3-2011 09:14 AM | Show all posts
sebelum sesuatu malapetaka berlaku......baik cegahnya....kerajaan perlu ambil serious hal ini....
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2011 09:19 AM | Show all posts
biar malapetaka turun kat BB tu, manalah tau yg yg beringat nanti
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2011 09:22 AM | Show all posts
dah lama dah benda mcm nih

kekadang nak jalan pun ada apek2 ganggu

sbb tu aku malas nak jalan ...
TanSriJess Post at 20-3-2011 19:12



    baik lepak kelantan delight kl sentral gathering khen..
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2011 09:22 AM | Show all posts
urutan gunung berapi,

camne cara amoi tu mengurut urutan ni ye?

tak dpt pk plak..
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2011 09:23 AM | Show all posts
sana tu pak arab bengong melambak2.. menyampah tul...........hipokrit.............
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2011 09:27 AM | Show all posts
baik lepak kelantan delight kl sentral gathering khen..
cmf_kunyit Post at 21-3-2011 09:22 AM



    Bkt bintang pun ok jer sbenarnya...tp xleh berkeliaran sgt kat luar tuh
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2011 09:30 AM | Show all posts
Bkt bintang pun ok jer sbenarnya...tp xleh berkeliaran sgt kat luar tuh
TanSriJess Post at 20-3-2011 19:27



    berkeliaran waktu siang ok lagi, pegi lowyat servey gadet lagi bagus..
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2011 09:37 AM | Show all posts
i walked there at night with my girl for the first time in many many years last year. and i told her to walk behind me and watch bapak ayam approach me. but takde pon bapak ayam macam yang aku ingat dulu. yang ade orang offer urut. ler, rupanya skrg ni dia punya tektik dia camtu ke?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-3-2011 09:38 AM | Show all posts
spt biasa esok lusa ada la serbuan dari pihak berkuasa
nk menunjukkan mereka serius
bulan depan business berjalan la spt biasa
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2011 09:58 AM | Show all posts
berkeliaran waktu siang ok lagi, pegi lowyat servey gadet lagi bagus..
cmf_kunyit Post at 21-3-2011 09:30 AM



    tmpat yg mendedahkan kita kpd unsur2 maksiat haruslah kita jauhhi

x kira siang ataupon malam
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2011 10:00 AM | Show all posts
dah lama dah...baru tahu ke?
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2011 10:00 AM | Show all posts
Reply 7# evolutionary


    saya setuju dengan evoluntionary mmg kawasan BB adalah kawasan DAP.  Kuat tul DAP @ BB.  Tetapi mmg perlu diambil tindakan atas kerja2 yang tidak bermoral di lakukan dia kawasan BB.  Tetapi kebanyakan yg lakukan kegiatan tersebut adalah pekerja luar dari Malaysia. Mungkin ada segelintir rakyat tempatan yang terlibat.  
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 11:44 AM GMT+8 , Processed in 0.110752 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list