CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: transporter

UMRAH & HAJI X, PENGALAMAN KE TANAH SUCI MADINAH DAN MAKKAH (HARAMAIN)

   Close [Copy link]
Post time 24-3-2011 09:47 PM | Show all posts
Reply 38# norim


    insyaalah, semoga dipermudahkan perjalanan ayah nurin dan ramai yang sentiasa membantu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-3-2011 11:48 PM | Show all posts
Reply 38# norim


    insyaAllah slmt..doa2kn.. nenek sy pergi haji tahun lps pd usia 82tahun..xde sape2 pon teman..menumpang org sb prempuan.. alhamdulillah selamat..ujian tu biase la.. perjlnan kita dh tertulis sebagai mana yg Dia kehendaki..
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2011 02:29 PM | Show all posts
alhmadulillah...dah masuk umah baru... lama tak masuk sini.. sampai ramai kenalan yg dah pegi dan balik..sy gak tak sampai2 lagi... insyaAllah saya dah jumpa TA baru.. (setelah pakej ke Cairo dibatalkan) dan date yg sesuai iaitu pada 19/7/11 for 14 days.. kalau ada rezeki merasa la saya awal ramadhan kat sana...
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2011 05:25 PM | Show all posts
Reply  norim


    insyaalah, semoga dipermudahkan perjalanan ayah nurin dan ramai yang sentiasa ...
suriaa Post at 24-3-2011 21:47

Itulah yg saya harapkan, supaya ramai yg sudi membantunya. Dulu dia pernah pergi dengan arwah emak. Atau mungkin abah yg akan membantu orang lain, sebab walaupun abah saya berumur 84 tahun, tapi dia masih lagi cergas. Pagi2 masih lagi pergi ke kebun dengan menungang motosikal. Masih lagi larat untuk meracun rumput  dan mencangkul tanah. Apa pun moga abah saya dapat mengerjakan umrah dengan sempurna dan ada yang membimbingnya mengerjakan ibadah tersebut.
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2011 05:27 PM | Show all posts
Reply  norim


    insyaAllah slmt..doa2kn.. nenek sy pergi haji tahun lps pd usia 82tahun..xde  ...
eida76 Post at 24-3-2011 23:48

Pergi haji, lagi hebat. Itulah, moga doa anak dan cucu-cucunya dapatlah abah saya mengerjakan umrah dengan selamat.
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2011 05:28 PM | Show all posts
Oh ya, Abah pergi umrah dengan perbelanjaannya sendiri. Hasil duit kelapa sawitnya.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-3-2011 06:43 PM | Show all posts
Oh ya, Abah pergi umrah dengan perbelanjaannya sendiri. Hasil duit kelapa sawitnya.
norim Post at 25-3-2011 17:28


Ya pergi dengan titik peluh dan perbelanjaan sendiri....mmg terasa nikmatnya mengerjakan ibadah haji & umrah.
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2011 04:58 PM | Show all posts
Reply 36# ah_long


    pi carik kat kompleks pkns shah alam....

    kalau pi madinah dulu.... kat madinah pun byk....

    hari tu masa pi haji.... kat airport jeddah tu pun byk....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-3-2011 05:05 PM | Show all posts
Assalamualaikum kepada semua pengunjung.

Kesinambungan kepada thread I ~ IX bagi semua pencinta k ...
transporter Post at 21-3-2011 18:14



Walaikumusalam..
Alhamdulillah dah Rumah baru..
Tahniah kat transportet..Tuan Rumah baru..   
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2011 05:06 PM | Show all posts
"mohon pendpt semua, hotel mana yg dekat dgn masjid Hotel Kaki atau Hotel Rafeda Refada?"

...
transporter Post at 22-3-2011 19:46




rasanya duduk hotel mana mana pun tak kisah.... dekat n jauh bukan masalah.... kekadang lagi dekat lagi lambat pergi ke masjid........insyallah...kat sana tak terasa penatnya berjalan ke masjid...

cuma kalau time umrah.... cuba cuba le amalkan sembahyang kat dlam masjid, banyak fadhilat n hikmahnye, since orang pun tak seramai musim haji & ramadhan.... masa haji dulu ramai jemaah malaysia sembahyang kat depan hotel je.... alasan diorng...org ramai (sebelum dan dekat nak wukuf).... tapi selepas wukuf pun sama gak... sampai ustaz kena buat announcement suruh pi s'yang kat masjid......
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2011 05:07 PM | Show all posts
mautau.....saya duduk di hotel Assafwah
ainunaina Post at 22-3-2011 21:03



Assalamualaikum Kak Aina..
Alhamdulillah..bila pi Umrah..
Ceritalah pengalaman pi Umrah..
nak dengar jugak..
Selalu cerita Bandung je..   
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2011 11:45 PM | Show all posts
Salaam semua~~~

pas study2 as silent reader dalam thread umrah sebelum nie, finally tea dah register utk umrah hujung bulan June nie.... tea gi ngn family lah.. gi dengan TA Andalusia, insyaAllah btolak ke sana... 30 June 2011....

thread sebelum ni tak khatam sepenuh nye lagi... so, kena marathon serajin mungkin~~~
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-3-2011 06:44 AM | Show all posts
Post Last Edit by transporter at 30-3-2011 18:14

Senarai Jemputan Umrah tahun 2011.

BilJemaah
TarikhHari

1haziq_97
21.02.11
Isnin

2 Innova77
26.02.11
Sabtu

3
ainunaina
01.03.11
Selasa
4
ilacantik
11.03.11
Jumaat

5
cmf_gremlins
13.03.11
Ahad

6
LeyyaHanna
14.03.11
Isnin
7
jinak_merpati
14.03.11
Isnin
8
me_shhiza
16.03.11
Rabu
9
Nara_Gara
18.03.11
Jumaat
10
takumi_ae11
23.03.11
Rabu
11
mama_damia
23.03.11
Rabu
12
nurul_akmar
26.03.11
Sabtu
13
sabriina
27.03.11
Ahad
14
elle1011
30.03.11
Rabu
15
Zamnie
18.04.11
Isnin

16
aily
24.04.11
Ahad
17
babasai
Awal Mei


18
suriaa
31.05.11
Selasa

19
carold
31.05.11
Selasa
20
mautau
06.06.11
Isnin

21
green~tea
30.06.11
Khamis

22
nuris
Julai 2011


23
raze86
Akhir Ramadan


Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2011 08:56 AM | Show all posts
Salam.....saya mengikuti 1 blog sorang student M'sia yg dok UK.....dia akan menunaikan umrah harini...Dari London terus ke Jeddah....

salah 1 entry dr blog dia yg menyentuh hati.....ujian pada dia seblom ke Tanah Suci...


Nampaknya Allah sudah beri ujian pada aku sebelum aku tiba di Tanah Suci. Mungkin Dia mahu lihat bagaimana caranya aku menghadapi keadaan ini. Keadaan yang sangat 'dramatik' lagi mendebarkan. Cukup untuk aku katakan, aku hampir-hampir terpaksa menunda hasrat untuk ke Tanah Suci.

Rujuk entry ini untuk cerita awalnya. Sejak hari Jumaat aku menunggu passport yang telah di pos pihak travel and tours dari Stratford. Sepatutnya passport tu sampai kemarin hari Jumaat. Tunggu punya tunggu sampai ke petang, posmen tak juga datang. Pujuk hati, kalau bukan Jumaat, pasti Sabtu. Pagi tadi aku masih menanti posmen datang, hingga jam 10 pagi pintu masih belum diketuk. Aku ambil keputusan untuk call Royal Mail untuk tahu lokasi dokumen penting tu. Malangnya Royal Mail cakap mereka tak boleh track sebab pengirim guna 1st class Recorded, dan bukan Next Day Delivery. Mereka tak boleh jamin samada dokumen boleh sampai harini ataupun paling cepat hari Isnin. Aku resah. Pentingnya passport kerana aku dan housemate akan ke London menaiki flight pada pagi Isnin.. dan seterusnya ke Jeddah pada pagi Selasa.

10:05 pagi

Posmen masih belum tiba. Harini Sabtu, posmen kerja separuh hari. Kalau jam 12 tghari takda yang mengetuk pintuk. Aku redha. Pengirim call aku dan mohon maaf atas kesilapan method penghantaran, sepatutnya dia guna Special Next Day Delivery untuk jaminan sampai hari Jumaat. Aku tak menyalahkan dia, aku positifkan hati walaupun sebagai manusia biasa, dah tentu aku ada membebel-bebel jugak sebelum tu. hehe. Tapi bukan la membebel kat si pengirim, bebel dalam hati je :p

Pihak agent bagaimanapun beri beberapa alternative solutions sekiranya passport aku dan housemate tak sampai harini. Antaranya, menjadualkan semula penerbangan ke Jeddah untuk kami berdua. Masalahnya, kalau kami berdua yang perempuan ni pergi sendiri, sapa yang nak jadi 'mahram tumpang' nya pulak? Ahh sudahhh.. selain tu pihak agent kata mungkin boleh tunda sampai Umrah Musim Panas bulan 7 nanti kalau ditakdirkan passport tak sampai jugak harini. Aku redha.

Tapi lepas letak phone, air mata tak dapat ditahan-tahan lagi. Aku memohon doa tak putus-putus. Mungkin sebab aku ni terlebih excited, sebab tu Allah test aku macamni agaknya. Tapi sejujurnya aku sungguh-sungguh redha kalau passport tetap tak sampai harini, sudah pasti Allah ada perancangan yang lebih baik jika aku tak dapat pergi Selasa nanti. Paling-paling lewat, passport mesti ada dalam tangan aku sebelum jam 11 pagi Isnin. Flight ke London jam 1:50 ptg Isnin. Flight ke Jeddah jam 10:40 pagi Selasa.

12:10 tghari

Nampaknya waktu posmen bekerja dah tamat. Yang ditunggu masih tak kunjung tiba. Termenung aku memikirkan solusi yang lain. Tanpa passport aku tak boleh kemana-mana. Melangkah longlai untuk ambil wudhuk bersiap untuk solat Zohor yang akan masuk waktunya 10 minit lagi. Sebelum ku buka pintu toilet, aku mengintai dari celah pintu rumah, mana tahu kalau-kalau ada posmen kat luar tu..

Ya Allah! Posmen!!! Waktu aku intai tu, dia baru saja menjejakkan kaki ke anak tangga yang terakhir naik ke rumah ku. Argh! Rasa nak pengsan kat situ jugak! Tapi jangan pengsan dulu, pegi lari ambik kunci sekarang! Aku buka pintu dan tersengih-sengih depan posmen. Dia pun pelik agaknya dengan keadaan aku yang macam budak kecik dapat hadiah. "Ohhhh I really waiting for this since yesterday!", aku bagitau posmen walaupun dia tak tanya. Aku sign rekod penerimaan dan ya, Alhamdulillah! Passport telah berada di tanganku saat ini bersama visa Umrah.

Terima Kasih Allah.
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2011 06:20 PM | Show all posts
Assalamualaikum, alhamdulillah, perjalanan saya dan keluarga pada 11/3-22/3 berjalan dgn lancar.
Kepada sesiapa yg bawa warga tua, jgn terlalu risau, doa banyak2 semoga segalanya dipermudahkan. Saya bawa nenek yg berusia 84 thn pakai kerusi roda. Alhamdulillah semua sedia nak membantu esp bila tolak kat slope, tenaga perempuan mana sama dgn tenaga lelaki. Ada jer hamba Allah yg nak bantu.
Kalau boleh solatlah dlm masjid, banyak saf yg kosong esp kat tingkat dua. Masa pertama kali solat kat masjid, saya solat kat atas tangga di tingkat satu(belum explore masjid lagi). Lepas tu bila dah tau tingkat atas kosong, hari2 solat kat atas, peluang nak solat depan Kaabah lebih besar kat tingkat atas.
Tips dari saya, jangan selfish dan ikhlaskan diri semata-mata kerana Allah. Minta Allah uji kita dgn perkara-perkara yg baik. Bila kat sana, semuanya sama tak kira siapapun kita.
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2011 07:19 PM | Show all posts
Reply  jellybee

apa pendpt jellybee tentang hotel trsebut ya...skrg nie inshallah tarikh d ...
mautau Post at 23-3-2011 10:00


Opps sori ...... bukan duduk kat hotel ni.
Sekadar lalu dan tinjau aje. Pada 2003,
hotel ni kira hotel baru. Lobby besar.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-3-2011 08:19 AM | Show all posts
Assalamualaikum, alhamdulillah, perjalanan saya dan keluarga pada 11/3-22/3 berjalan dgn lancar.
K ...
ilacantik Post at 28-3-2011 18:20



    Salam ila.......

bg saya solat di dataran kaabah lg best......betul2 mengadap punya....
kalau kat tingkat 1 tu feel dia dah lain......

kalau anda baca buku travelog haji prof kamil.....dia mmg rebut solat kt dataran termasuk isteri, kakak dan adik dia....


ni hanya pandangan saya......
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2011 09:09 AM | Show all posts
Post Last Edit by ainunaina at 29-3-2011 09:10

Reply 51# aziefa


    Salam Aziefa..

ala...baru pegi sekali tak tau nak cerita banyak...takut tersilap....
sikit2 boleh la.....

kami pegi seramai dlam 30 orang, family trip,,,semua adaik beradik saya 10 orang pergi bersama isteri dan ada yang bawa anak2 bersama, cuma seorang je tak dapat pergi, ada hal. Mak pun kami bawa juga. mak saya memang tak boleh berjalan dan tak sihat...kami bergotong royong la bawa ke mana2...naik bas kami angkat sekali ngan kerusi roda.. kalau nampak sihat,,,kami bawa masuk masjid solat setiap kali waktu solat, kadang nampak tak berapa sihat, kami bergilir tunggu di hotel. Alhamdulillah di sana ramai yang demam dan batuk, mak saya sihat walafiat....
Saya belum pernah pegi sebelum ni, tak tau macamana kalau pergi sendiri, yang pasti pergi bersama seluruh ahli keluarga sangat gembira, dari kecil sehingga sekarang hubungan rapat sangat sampai ke tua2 ni dapat pegi ke Mekah bersama...tak tau nak cakap macamana, berlumba2 siapa paling banyak dapat buat umrah....akhirnya semua berjaya buat 7 kali ke atas....Alhamdulillah...
pengalam di Raudhah....kali ke 2 saya masuk ...orang ramai sgt,,bila sampai ke depan saya nak solat tiba2 di hadapan saya kosong, tak ada siapa pun melitas, saya dapat solat dengan selesa sangat...habis solat saya berdiri lagi dalam hati berkata"kenapa tak ada orang lalu, padahal kiri kanan orang berebut" terus saya solat lagi...alhamdulillah...habis 2 kali solat..tiba2 penuh orang di depan saya. Syukur....saya nampak Allah permudahkan sangat saya di sini.
Doa saya setiap waktu setiap hari di sana "minta Allah murahkan rezeki dan panggil lah saya ke sana lagi"

Tapi suatu pagi waktu keluar dari Masjid Nabawi...purse kakak ipar saya diambil orang, saya terasa ada orang tolak saya dengan kuat, terpikir juga kenapa, rupanya mungkin waktu itu dia sudah dapat purse kakak ipar saya dan nak lari, padahal beg sudah di kepit, cuma silapnya tak di letak di bahagian hadapan, habis semua duit dan dokumen penting, nasib baik passport di hotel.

di Madinah menginap di Dallah Taibah hotel dan di Mekah Hotel Assafwah.


yang lain2 seperti biasa yang orang lain jalani...dan balik dengan penuh harapan nak datang lagi secepat mungkin,,,mudah2an....
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2011 09:44 AM | Show all posts
Alhamdulillah..saya juga diberi peluang oleh allah menunaikan umrah tahun ni..Kami bertolak 3 Mac 2011...dan bertolak balik 16 mAc 2011..

pada pengalaman saya..bilik hotel tu tak penting sangat..coz untuk tido dan rehat semata2 shj. Bnayak masa akan dihabiskan di masjid. Faktor jarak pula..kita buleh ambik yg positif...kalau jauh pun..banyak lagi pahala..coz setiap tapak kita diberi ganjaran. Mula2..memnag rasa jauh...sket coz kita kat sini selalu main naik turun kereta..kat sana keja jalan kaki...Apa2 pun rezeki masing2..Redha dengan apa jua ketentuaan.

Bab sembahyang di masjidil haram, ini pendapat peribadi dan pengalam saya sendiri la... saya memenag bersetujju sgt dengan komen Mas916. Perasaan dia berbeza kalau sembahyang di dataran yg tak berbumbung...rasa terus...dengan allah...syahdu...meremang bulu roma... Rasa lebih puas kalau nampak kaabah diahadapn tanpa halangan.....>Perasaaan tu berkurang kalau kat tingkat atas..sebab tak nampak jelas kaabah. Begitu juga kalau terlindung ngan tiang2. Ni komen peribadi saya la..tapi ya la..time ramai2..tak semua kita berpeluang dapat tempat startegik..apa2 pun okla..kalau dapat sekali  2 peluang untuk rasa perbezaannya.


Bab dugaan, memang rasanya setipa org akan diuji allah di sana . Yang berbeza mungkin tahap ujian. Yang selalu didengar dan dipesan oleh org lain yg pernah ke sana ialah ujian suami isteri yg sama ke sana. Dan saya tak terkecuali, namun setiap ujian ada hikmahnya...dan kita akan rasa kemanisan selepas melepasi ujian tersebut..alhamdulillah.
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2011 09:48 AM | Show all posts
Post Last Edit by zamnie at 29-3-2011 10:06

Reply 58# ainunaina

Alhamdulillah.. seronok baca pengalaman ainunaina kat sana!! takde gambar terbaru ke?

hmm lg satu nak tanya kalao time solat jumaah, jemaah wanita solat kat mane eks? sy tgk dlm website manzlie solat jumaat baru2 nih terlalu penuh dgn jemaah lelaki... sy kalo boleh nak juga solat kat area masjidil Haram ni!!!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 10:12 AM GMT+8 , Processed in 0.103486 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list