CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: transporter

UMRAH & HAJI X, PENGALAMAN KE TANAH SUCI MADINAH DAN MAKKAH (HARAMAIN)

   Close [Copy link]
Post time 29-3-2011 10:52 AM | Show all posts
Reply 60# zamnie


    untuk solat jemaah, memang ada kawasan ditetapkan untuk muslimah. kalau nak selesa  and lapang tingkat atas ..atau ground floor...Tapi kalu tingkat yang biasa tu..memang ada kawasan macam lindung2 sket. Tapi time dah nak sembahyang..most yg kat jln or tangga tu...or..area nak ke SAEi tu ...dipenuhi okleh muslimah. Jangan terkejut pulak...kalau nampak lelaki kadang2 main hentam ja..dok sama ..or lalu...tengah saf....

Ubntuk yg dataran, ada satu partion sebelah belakang makan nabi ibrahim. Tempat ni selalu penuh.

Untukl jemaah malaysia, memnag risau la takut terkena kulit...batal lak..but untuk setengah mazhab may be buleh.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-3-2011 11:39 AM | Show all posts
maaf, silap .....bukan 24/03 tp hari jumaat 25/03...10 org semuanya, bonda, bapa sedara, mak sedar ...
frapamocha Post at 23-3-2011 23:59



    kalo tarikh tu, mungkin sama ngan mertua dan adik ipar saya (salah sorang ahli kumpulan nasyid Mestica).. flite malam 8 lebih dan transit ke Bahrain... 7hb balik Malaysia, dijangka sampai jam >< 9 pg
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2011 11:44 AM | Show all posts
Reply 58# ainunaina


Allahuakbar..
Masyallah...
Seronoknya pergi rombongan keluarga..
Besar pahalanya siapa yg menguruskan dan memberi idea utk pergi 30 sekeluarga  ..
Kuat ukhuwah..Alhamdulillah..
Amin..Amin..Ya Rabbalalamin..
Moga Kak Aina dapat pergi dan pergi lagi mengerjakan Umrah..
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2011 12:26 PM | Show all posts
Reply 60# zamnie

solat jumaat baru2 nih terlalu penuh dgn jemaah lelaki.



Kalau kat Madinah senang nak solat jumaat sebab ruang wanita dan lelaki terpisah. Tapi kat Makkah kalau rasa ada ruang cubalah solat jumaat sekali tapi kalau rasa ruang terhad eloklah dibiarkan je kaum lelaki yang solat sebab wajib bagi mereka.  

Copypaste dari says.my question


Solat Jumaat merupakan solat yang ditunaikan pada hari jumaat. Kewajipan menunaikannya adalah perkara yang telah diijmakkan oleh seluruh ulama muslim.

Solat jumaat hendaklah ditunaikan dengan berjamaah. Kewajipan menunaikannya diberatkan kepada muslim, lelaki, berakal, merdeka, baligh, bermukim dan berkemampuan untuk menunaikannya[2].

Adapun yang lain dari itu, tidak diwajibkan kepada mereka solat jumaat, bahkan yang wajib bagi mereka adalah menunaikan solat zohor.

Sabda Nabi SAW;

&#1575;&#1604;&#1580;&#1605;&#1593;&#1577; &#1581;&#1602; &#1608;&#1575;&#1580;&#1576; &#1593;&#1604;&#1609; &#1603;&#1604; &#1605;&#1587;&#1604;&#1605; &#1601;&#1610; &#1580;&#1605;&#1575;&#1593;&#1577; &#1573;&#1604;&#1575; &#1571;&#1585;&#1576;&#1593;&#1577;: &#1593;&#1576;&#1583; &#1605;&#1605;&#1604;&#1608;&#1603;&#1548; &#1571;&#1608; &#1575;&#1605;&#1585;&#1571;&#1577;&#1548; &#1571;&#1608; &#1589;&#1576;&#1610;&#1548; &#1571;&#1608; &#1605;&#1585;&#1610;&#1590;

Maksudnya;
“Jumaat adalah hak yang wajib atas setiap muslim dengan jamaah melainkan empat, iaitu hamba yang dimiliki, atau perempuan, atau kanak-kanak, atau orang sakit[3]”

Sabda Nabi SAW lagi;

&#1605;&#1606; &#1603;&#1575;&#1606; &#1610;&#1572;&#1605;&#1606; &#1576;&#1575;&#1604;&#1604;&#1607; &#1608;&#1575;&#1604;&#1610;&#1608;&#1605; &#1575;&#1604;&#1570;&#1582;&#1585;&#1548; &#1601;&#1593;&#1604;&#1610;&#1607; &#1575;&#1604;&#1580;&#1605;&#1593;&#1577; &#1573;&#1604;&#1575; &#1575;&#1605;&#1585;&#1571;&#1577; &#1608;&#1605;&#1587;&#1575;&#1601;&#1585;&#1575;&#1611; &#1608;&#1593;&#1576;&#1583;&#1575;&#1611; &#1608;&#1605;&#1585;&#1610;&#1590;&#1575;&#1611;

Maksudnya;
“Barangsiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia menunaikan solat jumaat melainkan perempuan, orang bermusafir, hamba dan orang yang sakit[4]”

Walaupun begitu, sekiranya perempuan atau muslimat menunaikan solat jumaat bersama dengan kaum lelaki, maka tidak perlu lagi mereka menunaikan solat zohor, bahkan memadai dengan solat jumaat yang mereka tunaikan[5].

Keadaan ini disandarkan kepada wanita-wanita di zaman nabi yang hadir di masjid dan menunaikan solat jumaat bersama baginda SAW[6].

HUKUM MUSLIMAT SOLAT JUMAAT

Melihat kepada ulasan di atas, didapati bahawa, muslimat tidak diwajibkan menunaikan solat jumaat. Lalu, apakah hukum muslimat yang tetap menghadirkan diri mereka untuk menunaikan solat jumaat?

Menurut Al-Fadhil Dr As-Syaikh ‘Atiyyah Saqqar didalam kitab “Al-Fatawa min Ahsan Al-Kalam fi Al-Fatawa wa Al-Ahkam”. Beliau menyatakan, ulama membahaskan perkara ini seperti berikut;
Ahnaf : Yang paling afdhal bagi perempuan menunaikan solat zohor di rumahnya, samada perempuan itu tua atau muda.
Malikiyyah : sekiranya perempuan itu bersangatan tua yang tidak menarik perhatian lelaki, maka harus bagi perempuan itu menunaikan solat jumaat. Adapun sekiranya perempuan itu boleh menarik perhatian kaum lelaki yang tidak membawa fitnah, maka hukum menghadiri solat jumaat adalah makruh. Adapun boleh mendatangkan fitnah, maka hukumnya adalah haram.
Hanabilah : diharuskan perempuan menghadiri solat jumaat sekiranya tidak berhias. Adapun berhias, maka hukumnya adalah makruh.
Syafiiyyah : makruh perempuan menghadiri solat jumaat sekiranya ianya boleh disyahwati, walaupun ianya dengan memakai pakaian tebal sekalipun. Begitujuga, makruh perempuan menghadiri solat jumaat, sekiranya ianya tidak disyahwati, tetapi dia berwangi-wangian atau berhias.
Pun begitu, ulama-ulama menyatakan haram kehadiran perempuan kepada solat jumaat yang boleh menimbulkan fitnah[7].
PERKARA HARUS BUKAN TUNTUTAN

Setelah dilihat, serendah-rendah hukum yang boleh diberikan kepada kehadiran perempuan dalam solat jumaat adalah harus, maka dalam perbincangan ini perlu di perjelaskan, adakah harus ini adalah perkara tuntutan atau tidak?

Berdasarkan kepada definisinya, Harus adalah salah satu dari jenis-jenis hukum taklifi[8].

Harus memberi maksud “khitab yang menunjukkan kepada pemberian pilihan terhadap mukallaf antara melakukan perbuatan atau meninggalkan perbuatan” atau “perkara yang tidak dikaitkan dengan perbuatannya itu mendapat pujian dan celaan[9]”.

Ulama fiqh dan ulama usul Fiqh sepakat menyatakan, harus adalah amalan yang tidak berbentuk suruhan (samada suruhan buat atau suruhan tinggal). Pendapat ini menyalahi Kha’bi dan pengikut-pengikut pendapat mu’tazilah[10].

Dari ini, difahami bahawa, perkara harus bukanlah satu tuntutan. Maka dengan itu, secara taklifinya, tuntutan hak muslimat untuk menunaikan solat jumaat adalah satu yang tidak tepat.

HARUS BOLEH BERTUKAR KEPADA TUNTUTAN

Pun begitu, tidak dinafikan, sesuatu perkara yang hukumnya taklifinya adalah harus, kadangkala boleh bertukar hukumnya kepada tuntutan, samada wajib atau sunat, atau bertukar hukumnya kepada larangan, samada haram atau makruh.

Asal hukum makan adalah harus, tetapi sekiranya dengan tidak makan menyebabkan mudharat kepada tubuh, maka hukum harus itu bertukar menjadi wajib, yang memberi maksud, dengan tidak makan itu boleh memudharatkan tubuh, maka tidak makan hukumnya adalah haram.

Pertukaran hukum harus kepada wajib atau haram atau sunat atau makruh ini disebut dalam ilmu usul Fiqh sebagai “Hukum Wadii”.
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2011 12:28 PM | Show all posts
Reply 60# zamnie


    pengalaman saya ketika solat Jumaat.....saya terlambat sikit so masjid penuh...saya kena solat di luar (dataran antara hotel dan masjid) adik2 lain semua dah pegi, saya lambat sebab baru je habis buat saei. Saya nekad je,,,pikir dalam hati..jauh2 datang berpanas berhujan pun saya sanggup asalkan saya dapat solat berjemaah. Tengahari tu saya solat jumaat di tengah panas terik...sejadah saya jadikan tutup kepala...Alhamdulillah...walaupun abis solat tu muka macam udang terbakar....saya puas hati ...sun burn tu cerita kemudian......
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2011 12:49 PM | Show all posts
rindu menggamit utk ke sana lagi

ya Allah, jemputlah aku dan ibu menjadi tetamuMu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-3-2011 12:50 PM | Show all posts
Reply 59# umminisa

betul........betul.......betul.....

suami saya hilang tanpa kabar sehari....punya dia seronok sampai di Mekah...dia duduk dalam masjid sehari suntuk dari pagi sampai malam...pastu pe jam 4 pagi dah keluar lagi gi mesjid tak bagitau grup...siangnya kita ramai2 nak gi ziarah dia tak dapat joint sebab tak dapat dihubungi...hp pun off. sedih la hati saya ni sebab orang lain semua suami isteri saya sorang... pastu sampai di jabar Rahmah saya tekenang...kat sini la Nabi Adam dan hawa berjumpa kembali...tapi kat sini la...suami saya tak de....adik2 duk pakat gelakkan saya...dia kata "adam dan hawa bertaut di Rahmah" suami kau hilang ketika kita gi Jabar Rahmah"...wa,,,,sedih....

esok tu dia serik kena tinggal...sejak tu mengekor terus ke mana saya pegi....
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2011 12:53 PM | Show all posts
Semasa kami nak wat tawaf wida' mmg panas ya amat..ya lah waktu selepas solat zuhur ..matahari tepat atas kepala...mujur cuma tinggal 1 pusingan saja sbb semasa selesai solat subuh kami dah wat 6 pusingan, kami bertolak ke lapangan terbangan Jeddah kul 2.30ptg. Kami berdoa pd Allah agar kerja kami di permudahkan.. Allah yg bersifat Arrahman dan Arrahim mendengar doa kami sekeluarga pd mase itu...dgn x semena2 awan mendong melindungi kami sekeluarga dan dapat melakukan tawaf dengan selesa . Kami begitu terharu dengan  linangan airmata ...kami menyempurnakan  tawaf  tu..sehinggakan selesai dan mengerjakan solat sunat tawaf. Syukur pada mu ya Allah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-3-2011 01:23 PM | Show all posts
bila masuk  masjid...saya akan cari tempat yg saya bole nampak terus kaabah.....
sebab tu saya suka p awal...sebab bole pilih tempat....

bukan apa...Allah bg 120 rahmat....
60 bila tawaf
40 solat
20 bila kita tgk kaabah tuh.....

tamau ka 20 tuh.....cuma pandang dia ja......
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2011 02:42 PM | Show all posts
Reply  zamnie
    pengalaman saya ketika solat Jumaat.....saya terlambat sikit so masjid penuh ...
ainunaina Post at 29-3-2011 12:28


Alhamdulillah dpt gak solat Jumaat kan.. sy x kesah berpanas berhujan cuma kesian kat anak kecik yg ikut sekali tuh... hrp2 lah dipermudahkan nnti, Insya Allah!!
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2011 07:26 PM | Show all posts
rindu menggamit utk ke sana lagi

ya Allah, jemputlah aku dan ibu menjadi tetamuMu
cmf_nanas Post at 29-3-2011 12:49



Serupalaa kita..
Lambaian Kaabah mengamit rinduku...
Amin Ya Rabbalalamin..   
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2011 07:36 PM | Show all posts
Reply 67# ainunaina


   
kat sini la Nabi Adam dan hawa berjumpa kembali...tapi kat sini la...suami saya tak de....adik2 duk pakat gelakkan saya...dia kata "adam dan hawa bertaut di Rahmah" suami kau hilang ketika kita gi Jabar Rahmah"...wa,,,,sedih....


..cobaannn...cobaannn..
Pengalaman pertama kali buat Haji..
Dalam Pakej Azie ramai yg pasangan suami isteri..
Seronok tengok dia orang bila buat Umrah..tawaf dan saie bersama sama..
Azie sorang je..
Suami Azie pergi masuk masjid je sama..lepas tu masing masing haluan sendiri..
Begitu juga bila buat Umrah..
Mula tawaf je sama..lepas tu masing masing sendiri..janji jumpa kat bilik je..
Dalam hati tu kadang kadang terasa..jealous tgk org elok berduaan suami isteri....
Tapi Alhamdulillah..
Bila masuk je Rukun Haji..buat Tawaf n Saie Haji..husband Azie ada kat belakang Azie..
Pegang kuat kat Azie sebab org terlalu ramai..sesak..secara kebetulan jatuhnya Haji Akhbar pada tahun tu 1999..
Lepas tu org yg sebelum ni Azie tgk asyik berdua...bergaduh pasal berpisah dgn suami semasa buat tawaf n saie Haji..
Dok bergaduh marahkan suami pasal tinggalkan bini..
Wallahualam..
Segalanya ada hikmahnya..
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2011 07:54 PM | Show all posts
sy ada sedikit persoalan, surat suntikan utk ke umrah perlu sertakan sekali tak semasa nk apply visa? sy konfius sbb utk org perantaraan utk travel agensi yg sy ambil ni ckp x apa2 pasal surat suntikan. so kami sekeluarga belum ambil suntikan tu. dia just ambil pasport dan salinan sijil kelahiran dan ic shj. tp yg sy tahu, selalunya surat suntikan tu kne sertakan sekali utk apply visa. ada sesapa2 boleh tlg jelaskan ttg prosedur ni?
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2011 12:53 AM | Show all posts
Reply 73# isis885


Salam..
Ikut pengalaman saya mengenai Buku/surat pengesahan suntikan    tu bergantung pada TA..
Mula mula saya pergi Umrah tu memang dia minta kita lampirkan Pengesahan suntikan utk permohonan Visa..
Lepas tu bila saya pergi yg 2..3..4..tahun  kemudiannya tu..
Dia tak berapa minta sangat..
Bila kita tanya perlu ke surat pengeshan suntikan ?
Dia cakap kita bawa sekali masa nak pergi..dia suruh lampirkan sekali dgn pasport..
( Bermakna tanpa surat suntikan pun boleh buat Visa..)
Takut kalu kalu Imigresen Arab saudi minta..
Saya perasan ada kala saya pergi Umrah tu saya tak bawa pun surat suntikan tu..
Infact suami saya pun tak ambil suntikan tu..
Dan TA pun tak tanya sangat..
Alhamdulillah tak de apa apa..
Tapi nasihat saya eloklah ambil utk pencegahan drpd penyakit..
Maklumlah kita pi sana jumpa ramai org sedunia..internasional..
Jadi kuman yg dibawa pun taraf international
..
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2011 09:36 AM | Show all posts
Reply 72# aziefa

Azie...masa tawaf tu rasanya senang sendiri2 janji jumpa kat lampu hijau tu....sebab senang nak redah orang yang berkumpulan. ada grup yang suka berpegangan tangan ramai2...yang ni susuh kita nak menyusup,,,jadi kalau seorang senang sikit kan....

masa saei tu kalau berdua ngan suami ok gak...berkawan tak le terasa lama.....
pengalaman ni semua akan digunakan untuk next trip...Insyaallah.....kalau ada rezeki, panjang umur,,,Allah izin...sampai le ke sana lagi....
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2011 11:57 AM | Show all posts
Reply 74# aziefa

thanks atas penjelasan tu ya baru lah lega sikit hati ni. bukan apa takut ada apa2 prob plak last2 min nnt. Ni pengalaman pertama nk pergi umrah. Moga2 sume urusan di permudahkan Allah. inshaAllah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-3-2011 12:55 PM | Show all posts
Reply 75# ainunaina


   
...Insyaallah.....kalau ada rezeki, panjang umur,,,Allah izin...sampai le ke sana lagi....


Amin...Aminn Ya Rabbalalamin..
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2011 12:57 PM | Show all posts
Reply  aziefa

thanks atas penjelasan tu ya baru lah lega sikit hati ni. bukan apa takut ada ap ...
isis885 Post at 30-3-2011 11:57



Alhamdulillah...
Selamat Mengerjakan Umrah..
Moga Allah mempermudahkan segala urusan Ibadah Umrah dan mendapat Umrah yg Makbul..
Amin..Ya Rabbalamin   
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2011 02:55 PM | Show all posts
Salam.....saya mengikuti 1 blog sorang student M'sia yg dok UK.....dia akan menunaikan umrah harini. ...
Mas916 Post at 28-3-2011 00:56


Semoga ALLAH SWT permudahkan perjalanan umrah nora azima dan housemate..

Penulis blog dari penang ke glasgow..yang berhasrat menunaikan umrah sebelum kahwin


(posted by mobile)
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2011 03:31 PM | Show all posts
Post Last Edit by ainunaina at 29-3-2011 09:10

Reply [url=http://mforum.cari.com.my/redirect.php? ...
ainunaina Post at 29-3-2011 01:09


Pernah juga berehat..rehat di hotel as safwah....

Seronokkan....

Esok 31 march ....ulang tahun 2009..hari akhir di makkah sebelum tawaf wida pagi dan bertolak ke jeddah sekitar jam 10

Teringat kenangan pakcik ....teman sebilik hilang selepas tawaf wada...

Alhamdulillah masih syukur ALLAH jemput saya ke rumahNYA pada usia muda

Semoga ALLAH beri peluang untuk menunaikan haji sebelum sambung belajar..Amin


(posted by mobile)
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 05:10 PM GMT+8 , Processed in 0.105120 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list