CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 78854|Reply: 930

[MERGED] Video Lucah & Liwat Didakwa Anwar Ibrahim

  [Copy link]
Post time 21-3-2011 07:46 PM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by dauswq at 28-9-2011 10:08

Sekali imbas, ceritanya memang panas – tetapi tidak masuk akal.

Adakah seorang yang begitu terkenal dan menghadapi pertuduhan liwat akan nekad untuk mendapatkan khidmat seorang pelacur di sebuah hotel di tengah-tengah ibu negara?

Dan, apakah kemungkinan bilik hotel itu pula mempunyai kemudahan rakaman yang begitu canggih sehingga video itu diambil daripada beberapa sudut.

Itulah yang juak-juak Umno dan blogger upahan mahukan rakyat percaya dalam fitnah terbaru terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dalam percubaan terbaru untuk memusnahkan kredibiliti Ketua Pembangkang berusia 63 tahun itu, seorang yang bergelar “Datuk T” hari ini menyewa kemudahan di Hotel Carcosa yang mempunyai kadar sewa paling mahal di Kuala Lumpur.

Beliau berbuat demikian kononnya untuk membolehkan wartawan menonton video itu sebelum ia dihantar kepada Anwar dan isterinya.

“Datuk T” menggambarkan dirinya sebagai ahli sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang mahu menegakkan kebenaran.

Jika itu tujuannya, mengapa tidak diserahkan video itu kepada pihak berkuasa, termasuk Jabatan Agama Islam?

Mengapa tidak terus “melepaskan” video itu untuk disebarkan kepada orang ramai supaya kesahihan video ini dapat dikenal pasti secepat mungkin?

Kenapa harus tunggu seminggu?

Kenapa harus tunggu seminggu atas alasan memberi peluang kepada Anwar berundur secara terhormat?

Jelas tujuan untuk “menyembunyikan' video ini daripada khalayak ramai adalah hanya untuk mendapatkan publisiti maksimum untuk memalukan Anwar, sebelum kesahihan video diperinci oleh golongan profesional.

Bagi mereka yang mengenali selok belok politik Umno dan NGO upahan parti itu, persoalan utama ialah sebagus mana kualiti video fitnah ini. Dalam erti kata lain, apakah teknologi yang digunapakai untuk menghasilkannya.

Pada perbicaraan Anwar yang pertama tahun 1998, pihak pendakwaraya menjanjikan bukti video untuk mensabitkan perlakuan seks Anwar.

Namun akhirnya pihak pendakwaraya sendiri sedar bahawa “video” yang dimaksudkan itu direkacipta dengan kualiti yang begitu buruk dan tidak akan dapat dipertahankan di mahkamah.

Justeru, tidak ada bukti sebegitu ditampilkan, sungguhpun ia dijanjikan.

Sejak itu, teknologi video sudah jauh beranjak ke depan untuk memanfaatkan sesiapa yang bercadang membuat video membabitkan personaliti tertentu.

Kepada mereka yang arif dalam teknologi video, teknik memasang wajah orang tertentu melakukan sesuatu yang haram bukan perkara mustahil, namun ia adalah sesuatu yang boleh dibuktikan menerusi aplikasi teknologi yang ada.
Di tangan polis

Jika Datuk T “ikhlas” menyelamatkan negara, video itu sudah tentu berada di tangan polis, dan Jabatan Agama Islam serta pakar-pakar yang boleh memperakukan kesahihannya.

Sebaliknya tidak. Datuk T akan “menyimpan' video itu untuk seminggu manakala polis dan pihak berkuasa Islam pula tidak menunjukkan sebarang inisiatif untuk menyiasat dakwaan beliau.

Jelas tangan musuh-musuh politik Anwar sekali lagi terserlah dalam satu lagi percubaan untuk mengaibkan beliau dan keluarganya.

Dengan bertindak demikian, seteru-seteru politik Anwar mahu merencat kempen beliau dan Pakatan Rakyat di Sarawak menjelang pilihanraya negeri di situ.

Lawan politik Anwar juga amat mengharapkan “pendedahan” video seks itu akan memberikan nafas baru kepada tuduhan liwat terhadap beliau yang kini terjejas selepas hakim memutuskan polis memperolehi bukti sampel DNA terhadap Anwar secara tidak sah.

Amat mencurigakan apabila Menteri Dalam Negeri Hishamuddin Hussein awal-awal lagi menafikan pembabitan polis dalam video berkenaan.

“Jadi jangan ada spekulasi bahawa polis yang buat (video) ini, saya belum tengok dan mungkin tidak akan tengok,” kata beliau.

Hanya Hishamuddin tahu kenapa beliau bingkas menafikan pembabitan polis walhal belum pun ada tuduhan sebegitu dibuat
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-3-2011 08:27 PM | Show all posts
jual kt pasar malam bape rege?
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2011 08:33 PM | Show all posts
huhu no komen.
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2011 08:37 PM | Show all posts
tiap2 kali PRK dok tuduh PR 'kempen serangan peribadi' tp PR tak buat, sendiri yg beria2 serang peribadi.

tayangan lucah selama 20 minit tu ada permit tak? elok jugak malaysia dah tak haramkan tayangan lucah lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2011 10:31 PM | Show all posts
aku ingatkan masa PC anwar akan kata 'SAYA ORANG ITU'

nescaya puak2 biru julang dia macam apa yang mr congkak ngaku dulu...ada melayu songkok tinggi tersengih dok belakang dia
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2011 02:50 AM | Show all posts

Pendedahan aksi seks pemimpin pembangkang!!

KUALA LUMPUR - Satu kumpulan lelaki yang enggan dikenali mendakwa mereka memiliki klip video hitam putih yang memaparkan aksi seks seorang pemimpin pembangkang dengan seorang wanita dipercayai pelacur warga asing di sebuah hotel di sini.

Kumpulan itu yang diketuai seorang lelaki yang memperkenalkan dirinya sebagai Datuk T berkata, mereka akan menyerahkan pita video itu kepada pemimpin pembangkang tersebut dan isterinya dalam masa seminggu ini bagi pengecaman.

Video yang berdurasi selama 22 minit itu dirakamkan pada pukul 10.23 malam hingga 10.45 malam pada 21 Februari lalu melalui kamera litar tertutup (CCTV) di sebuah bilik hotel yang turut menawarkan perkhidmatan urutan spa.

Rakaman hitam putih itu jelas menunjukkan wajah pemimpin politik itu yang melakukan aksi seks pelbagai posisi bersama wanita berkulit cerah yang rambutnya diikat.

Bagi meyakinkan perkara itu, Datuk T mempertontonkan video tersebut kepada kira-kira 10 wartawan di sebuah bilik di Hotel Carcosa Seri Negara di sini semalam.

Datuk T memberitahu, pita rakaman itu ditemuinya secara tidak sengaja di bilik hotel tempat didakwa berlakunya hubungan seks ketika dia disuruh oleh pemimpin politik itu mengambil jam tangan Omega yang tertinggal di bilik hotel.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-3-2011 02:55 AM | Show all posts
thread ni dah ada....so mod boleh close
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2011 03:32 AM | Show all posts
Klu Dah ada..totop jer...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-3-2011 08:07 AM | Show all posts
Aku pelik betul.. boleh pulak buat tayangan aksi seks??? Dibenarkan ke???

Pagi tadi.. dari berita TV3 (suku)... Pemberita interview Zul Nordin... beria2 beliau kata org tersebut adalah DSAI... masalahnya... bila masa dia tengok video tu????? jeng jeng jeng...
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2011 08:32 AM | Show all posts
Selg tak tgk lg bideo tu takmo komen apa aaa.. karang jd mcm kes Rosyam Noor yg tak pasal2 teraniaya dek krn lakonan pelem biru 'pelanduk dua serupa' dolu2 isk3....
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2011 08:44 AM | Show all posts
pilihanraya dah dekat ni..modal sama...inilah politik di negaraku!
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2011 08:54 AM | Show all posts
Post Last Edit by rashiman at 22-3-2011 08:55
Aku pelik betul.. boleh pulak buat tayangan aksi seks??? Dibenarkan ke???

Pagi tadi.. dari berita ...
alhaj72 Post at 22-3-2011 08:07


mana boleh..

    Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Hussin Ismail, berkata pihaknya belum menerima sebarang laporan berhubung video berkenaan.
Bagaimanapun, siasatan dilakukan dengan memanggil mereka yang terbabit menayangkan video berkenaan.

“Mereka yang memaparkan video berkenaan juga boleh dikenakan tindakan kerana dianggap menyiarkan bahan lucah untuk tontonan umum,” katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2011 08:57 AM | Show all posts
kuat betoiii pitnah zaman skrg ni.....
nak di turunkan bala dulu kot baru nk insaf....haaaaaa
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2011 09:00 AM | Show all posts
Sekali imbas, ceritanya memang panas – tetapi tidak masuk akal.

Adakah seorang yang begitu terke ...
faisyah Post at 21-3-2011 19:46



UMNO jugak yang kena.
tak baik buat fitnah.
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2011 09:12 AM | Show all posts
ni semua propa je kot...........

taktik je tu...........kita kene tahu bukti kesahihan dulu.
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2011 10:10 AM | Show all posts
Reply 1# faisyah


yakin benar pitnah...hang dah tengok ka video ni dol???
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-3-2011 10:30 AM | Show all posts
Pelik tapi benar ...

mcm mane puak-puak pkr nih bole menafikan bukan abg Y dia dlm video tu ... korang dah tegok ke? haha ...

kenapa BN nak di tarik terlibat sekali, bile stim syok dgn perempuan tu abg X sahaja!
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2011 01:24 PM | Show all posts
politiq kotoqqq
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2011 02:47 PM | Show all posts
“Awak bagi tau apa yang salah. Semua orang kata ia melanggarundang-undang, tetapi bagi tahu saya, undang-undang mana? Sesiapa yangtahu, perlu tampil dan maklumakan kepada kami,” katanya.

Menurutnya,jika tayangan yang diaturkan oleh seseorang individu yang hanyadikenali sebagai Datuk T dibuat untuk mencari keuntungan, maka ia satukesalahan.

ada pahammm????

kalo ambil bayaran  = salah
kalo tayangan amal = TAK SALAH
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2011 03:05 PM | Show all posts
Fitnah Kak Ros gagal lagi
http://www.malaysiawaves.com/201 ... di-tempat-lain.html

Beliau berkata, dalam video itu mempunyai sokongan langsung pihak berkuasa dan membabitkan polis cawangan khas serta penggunaan peralatan canggih.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 08:22 PM GMT+8 , Processed in 0.083140 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list