CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: faisyah

[MERGED] Video Lucah & Liwat Didakwa Anwar Ibrahim

  [Copy link]
Post time 24-3-2011 08:37 AM | Show all posts
bagus juge ISU VIDEO Ni
makin bertambah sokongan dan simpati dari rakyat
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-3-2011 09:08 AM | Show all posts
klu nak disiasat psl video 2 siasatan atas dasar apa..?

keaslian video itukah @ pelaku dlm video itu?
klu nak kira asli, rasanya mmg video 2 asli sb ianya diambil dr cctv ( yg aku faham la..)
klu pelaku nya, blum tentu lg okt yg ditudoh 2..kena la cari kondom yg dibuang 2..
tak de ke org peduli psl pasangan wanitanya..?
yg jadi tukang promosi 2 tak bsalah apa2 ke?
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2011 09:36 AM | Show all posts
Sedikit pandangan teknikal..

Menilai Kesahihan Video

Sebaik sahaja meletup kisah video seks seorang lelaki menyerupai Ketua Pembangkang mengadakan seks oral dan diikuti dengan penetrasi pelbagai posisi di sebuah hotel, pimpinan pembangkang segera mempertikaikan kesahihan video tersebut sebagai ‘doctored’ dan ‘tampered’.

Bagaimanapun beberapa jam kemudian, yang tertuduh pula seolah-olah mengakui kesahihan video tersebut tetapi menafikan lelaki itu adalah dirinya. Lelaki itu adalah seseorang yang menyerupai dirinya cuma perutnya sedikit buncit. Kata Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Kepada kebanyakan kita, hanya Wan Azizah dan tuan punya tubuh sendiri yang mampu mempertikaikan kesahihan dakwaan bahawa lelaki di dalam video itu bukan Anwar Ibrahim.

Bagaimanapun, saya suka untuk mengulas sedikit berhubung dengan dakwaan video tersebut dihasilkan dengan teknik-teknik kesan visual bagi menampakan bahawa pemainnya adalah Anwar Ibrahim walhal pada waktu yang sama, ianya bukan Anwar Ibrahim.

Saya berseloroh dengan seorang yang bertanya kepada saya kesahihan video tersebut bebas dari kesan khas. Jawab saya, beri saya sebuah peti televisyen berdefinasi tinggi 62 inci, saya akan beri jawapannya.

Apakah video sedemikian boleh di buat? Jawab saya tidak dan jawab saya juga boleh.

Jawab saya tidak adalah kerana video adalah gambar bergerak, untuk filem ia bergerak dengan kelajuan 24 frame per saat dan untuk video lebih 25 frame se saat. Ia bukan gambar still seperti mana Tian Chua pernah mencantumkan gambar Perdana Menteri Najib Razak dan Abdul Razak Baginda dengan seorang wanita yang didakwa oleh Tian Chua sebagai Mendiang Altantunya.

Tian Chua harus mengolah 24 frame gambar tersebut untuk menjadikan ianya bergerak untuk sesaat. Untuk menggerakkan satu adegan dalam filem selama 17 minit, ia memerlukan 24,480* frame di olah sedemikian rupa. Lebih banyak lagi jika format asalnya ialah video.

Jadi bagi saya video tersebut tidak boleh dihasilkan.

Tetapi bagaimana pula saya juga menjawab ia boleh dihasilkan.

Iya, kita terpengaruh dengan kehebatan kesan tampak Hollywood terutama sejak munculnya kesan tampak (visual) digital era pasca Jurassic Park. Benarlah ianya mampu dihasilkan bagaimanapun, ianya hanya boleh dihasilkan didalam suasana terkawal.

Apa itu suasana terkawal? Suasana terkawal ialah adegan tersebut dihasilkan dengan menggunakan beberapa teknik kesan khas dan kesan tampak. Sumber asal sering dirakam ia dalam studio khas dengan menggunakan tirai latar belakang khas. Juga jika adegan itu memerlukan pemainnya melakukan beberapa pergerakkan, maka sejenis kamera khas dengan alat kawalan pergerakan (motion control) digunakan.

Penyelenggara kesan tampak diperlukan untuk berada dilokasi bagi menasihati pengarah dan selain daripada monitornya, pengarah juga disediakan sebuah monitor yang menyiarkan gambar yang sudah digabungkan. Ia bagi memastikan sebarang kejanggalan dapat dielakkan.

Apakah hasil kerja-kerja kesan tampak boleh dikesan di dalam sesebuah karya? Iya, sebarang kerja-kerja kesan tampak masih boleh dikenalpasti di dalam sesebuah karya bagi mereka yang memahaminya.

Bagaimana kita mengenalpasti kesan-kesan tampak yang terdapat di dalam sesebuah adegan?

Terdapat dua kegunaan kesan tampak, pertama ialah bagi ‘enhance’ sesebuah adegan. Selalunya ia tidak dominan, dan sering terlepas pandang. Kadang-kadang ia digunakan bagi memadamkan beberapa latar belakang dalam sesebuah adegan. Kadang-kadang ia digunakan untuk membina latar belakang dan props di dalam sesebuah adegan.

Kegunaan kedua ialah untuk membentuk pemain atau objek yang merupakan subjek penting di dalam sesebuah adegan atau filem. Contohnya kesan tampak digunakan untuk membina dinasour atau barisan jutaan atau ribuan tentera.

Sudah tentu kesan tampak sebegini mudah kita kenalpasti dari mula lagi. Contohnya dinasour dalam Jurassic Park atau wakak-watak bukan manusia di dalam Lord of The Rings. Kita tentu sekali tahu itu adalah kesan tampak kerana benda-benda itu tidak wujud di dalam dunia kita hari ini.

Saya rasa rumusan tersebut sudah cukup menjelaskan segala-galanya.

Bagaimana pula jika dikatakan video tersebut dihasilkan dengan gabungan beberapa petikan video Anwar dan dicantumkan dengan video pemain yang menyerupai Anwar?

Jawapannya ialah ia boleh dibuat dan senang dikenalpasti.

Sekiranya Anwar bukan pelaku yang rela, ini bererti video Anwar dihasilkan di dalam suasana tidak terkawal. Oleh yang demikian walaupun pelbagai teknik kesan tampak boleh digunakan untuk ‘enhance’ video tersebut bagi mengelak kejanggalannya, ia masih boleh dikenalpasti.

Perbandingan dari aspek penataan cahaya dan bebayang boleh dinilai dan walaupun ianya boleh di ‘enhance’ secara digital ia masih boleh dikenalpasti. Kedalaman fokus di antara shot asal dan shot-shot seterusnya akan menjelaskan penggunaan lensa dan jenis lensa. Sebarang ketidak konsitennya boleh dibaca. Ini adalah antara kaedah paling mudah dan tidak kurang teknikal untuk dikenalpasti.

Rumusannya, kemunculan video ini adalah sama juga dengan keperluan DNA Anwar untuk membersihkan namanya. Kedua-duanya hanya Anwar yang dapat membersihkan dirinya. Bagi kita yang yakin dengan kebersihan Anwar, tidak ada apa yang hendak dirisaukan. Penyelesaiannya ada pada Anwar Bin Ibrahim.

Dan memandangkan semalam yang dituduh sudah menafikan pengbabitannya di dalam video tersebut, maka pelakon lelaki didalam video itu harus disebut sebagai ‘Lelaki Y’.
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2011 09:51 AM | Show all posts
Rakyat atas pagar masalahnya ramai yg lembam bab undang2... Kalau gitu jenuh la DSAI kena  ...
PitMie Post at 23-3-2011 14:33


Rakyat atas pagar lembam bab undang2? ish..ye ke...pandai ko judge org ye? ko bela DSAI sangat kenape? ko kenal sangat ke dia? sesetengah forumer sebenarnya x menyebelahi sesiapa..cakaplah berapi-rapi membela ke, menuduh ke, tak kira dari PR atau BN..kita org akan nilai dari segi fakta, logic dan hukum agama dari dua2 pihak serta dari banyak sumber media (forum, blogs & akhbar)...
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2011 10:41 AM | Show all posts
Post Last Edit by natashism at 23-3-2011 16:46

Johari ni ke yang mintak DUIT PELICIN RM100K dan RM1 Juta
kalau dia bawak ramai MP keadilan nonton video porno ituw....???
Tak taulah nak pecaya CERITA SIAPA - cerita Johari duit pelicin ni ke
atau pengamal media seramai hampir 20 orang yang nonton video
porno tu dan berkata 200% pelakon lelaki itu menyerupai ketua
pembangkang tersebut.
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2011 11:08 AM | Show all posts
yang kesian bini dia datin sri azizah buat muka selamba macam xde ape je, macam laki  dia memang baik semuanya fitnah je (hanya dia yang tau sebenar siapa lakinya) dengan senyuman dia. dalam hati hanya tuhan yang tau apa perasaan dia, malu ke atau bangga entah lah. xkan xtau sapa laki dia nooooooo.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-3-2011 11:30 AM | Show all posts
yang kesian bini dia datin sri azizah buat muka selamba macam xde ape je, macam laki  dia memang bai ...
kaknabB3 Post at 23-3-2011 17:08



   
Wan Azizah Minta Cerai

Seorang ahli perniagaan, Khairuddin Abu Hassan mendakwa Wan Azizah pernah dua kali meminta cerai daripada Anwar Ibrahim.

Khairuddin dalam ceramahnya di Jelutong petang semalam mendakwa, kali pertama Wan Azizah meminta cerai daripada suaminya itu ialah pada tahun 1994 dan kali kedua pula pada tahun bulan September 1997 setelah mengetahui `latar belakang sebenar’ Anwar.

Khairuddin dalam ceramahnya turut mendakwa Wan Azizah pernah dipukul oleh Anwar apabila meminta cerai kali kedua menyebabkan dia melarikan diri dari rumah selama 10 hari


Khairuddin Abu Hassan adalah anak saudara arwah Sulaiman Palestin dan sepupu Anwar Ibrahim. Arwah Sulaiman Palestin pernah berpesan kepada Khairuddin supaya menghalang kerakusan cita-cita Anwar untuk menjadi Perdana Menteri.
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2011 12:04 PM | Show all posts
skrg ni cumer tuhan jer la yg tau saper yg btul n saper yg salah...
jngn smpai ader perang saudara dekat tanah air aku ni dah la...
mntak di jauhkan....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-3-2011 12:40 PM | Show all posts
Apa Azizah tu bodoh ke? Tak sekolah dulu?
Tinggalkan je DSAI kalau semua yang dituduh ke atas suaminya itu benar.

Masalah pihak satu lagi nak terus menerus mahu buat rakyat oercaya adalah sangat SUKAr sebab mereka sendiri selalu berdusta dan memfitnah. Sesetengah pemimpin penah didapati KORUP spt Ketua menteri melaka dan pengerusi FELDA sekrg ni.
sekrang org tak nampak PAS yang suka fitnah tapi UMNO sebenarnya suka mengadu domba.

Jadi betulkan imej tu dulu
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2011 01:07 PM | Show all posts
emm memacam fitnah dah jadi mainan sekarang...
cane nk menjawab kat akhirat nanti
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2011 01:06 PM | Show all posts
Sedikit pandangan teknikal..

Menilai Kesahihan Video

Sebaik sahaja meletup kisah video seks se ...
gebio Post at 24-3-2011 09:36


Apa semua repekan ni??? Ni tak lain nak libatkan yg DSAI tetap merupakan lelaki dlm video tu la ek? Suka ati ko lah... Dah diri dok rasa DSAI tu kaki liwat, kaki zina etc, takleh nak cakap ape dah.. Huraian panjang lebar tu takde maknanya...itu olahan sendiri utk mengetepikan tawa pemerhati setelah melihat siapa sebenarnya Datuk T...hehe. Tetibe jadi 'trio' dgn sorang adalah bukan Datuk, tp Tan Sri...

'Datuk T' kononnya takde kaitan dgn kerajaan etc, kononnya org kuat DSAI bla bla bla, tapi tgk la sape yg tampil mengaku sbg Datuk T??? Terpulang la nak nilai mcmana..selalu bila dekat2 pilihanraya mmg tetibe je mcm2 akan keluar ttg DSAI. Senang citer, cakap je la yg DSAI bg puak2 UMNGOK adalah penjenayah terbesar di Malaysia...semua kejahatan atas dia belaka...(sarcasm)
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2011 01:11 PM | Show all posts
Johari ni ke yang mintak DUIT PELICIN RM100K dan RM1 Juta
kalau dia bawak ramai MP keadilan nonton  ...
natashism Post at 24-3-2011 10:41


Itu mengikut laporan 20 org pengamal media dari media talibarut UMNGOK, mmg la berani konfem sampai lebih 100%...siap sampai 200% konfem. Biar la nak konfem 5000% sekalipun, setakat video begitu yg masih diragui keabsahannya tidak boleh dijadikan sbrg bukti kukuh terhadap DSAI melainkan 'just another conspiracy'...

Hebat btul DSAI pd mata puak2 UMNGOK, kejap liwat, kejap layan pelacur, kejap layan bini org, then liwat balik... Bila nak rogol amah & rogol cattle plak?
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2011 01:16 PM | Show all posts
emm memacam fitnah dah jadi mainan sekarang...
cane nk menjawab kat akhirat nanti
zaiha Post at 24-3-2011 13:07



    Percaya ke dgn akhirat kalau fitnah dah jadi makanan puak2 tertentu zaman skrg? Kononnya ada bukti kukuh tuduh itu ini, SAMPAI HARI NI TAKDE SATU PUN YG BERJAYA DIBUKTIKAN.. Ade je masalah 'teknikal' kononnya yg menyebabkan segala bukti gagal menjadi kukuh.

Terpulang kpd 'mereka' ni utk jawab di akhirat nanti..kalau itu bukan fitnah, maka jgn risau ttg segala pendedahan2 tu.. Tapi kalau mmg adalah fitnah dgn niat jahat, maka sendiri tanggung la kat 'sana' nanti...

Jgn risau jugak kalau seseorang yg dituduh meliwat etc & mmg dia ada melakukan semua2 tu jugak takkan terlepas di akhirat kelak...sorang pun takkan terlepas, no one!
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2011 01:20 PM | Show all posts
Khairuddin Abu Hassan adalah anak saudara arwah Sulaiman Palestin dan sepupu Anwar Ibrahim. Arwah Sulaiman Palestin pernah berpesan kepada Khairuddin supaya menghalang kerakusan cita-cita Anwar untuk menjadi Perdana Menteri.


Ni dpt cerita dari blog mana plak nih? Mana dpt cerita kononnya Wan Azizah mintak cerai 2 kali, kena pukul DSAI etc? Mintak cerai melalui sape? Kalau benar ada & melalui mahkamah Syariah, maka sila nyatakan no. kes mal diorang sbb semua tu ade boley dicari dlm rekod...tp kalau setakat citer mulut org, nak citer DSAI lompat pijak belakang Wan Azizah pun boley....

Cerita dari sumber yg tak pasti kesahihannya adalah WAJAR DITOLAK.
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2011 02:25 PM | Show all posts
Ni dpt cerita dari blog mana plak nih? Mana dpt cerita kononnya Wan Azizah mintak cerai 2 kali,  ...
PitMie Post at 24-3-2011 13:20

betul tu pitmie. kalau nak kira cakap2 orang, aku pun nak percaya la yg najib pernah ditampar rosmah pasal skandalnya dengan pompuan mongolia tu..!
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2011 03:00 PM | Show all posts
betul tu pitmie. kalau nak kira cakap2 orang, aku pun nak percaya la yg najib pernah ditampar ros ...
ms_relax Post at 24-3-2011 14:25

   
Shazryl Eskay Abdullah: Diarahkan oleh Anwar supaya mengambil jam tangan Omega di dalam sebuah bilik hotel di Kuala Lumpur. Bagaimanapun di bilik hotel itu selain menemui jam tangan, beliau turut menjumpai empat kamera litar tertutup (CCTV).
Beliau yang tidak dapat melihat isi kandungan rakaman video itu meminta bantuan Abdul Rahim dan Shuib bagi membuat salinan rakaman.
Beliau juga meminta Abdul Rahim untuk mencari lokasi yang boleh menjamin keselamatannya bagi mendedahkan isi kandungan video tersebut kepada wartawan pada 21 Mac lalu.
“Saya yakin 100 peratus (lelaki dalam video itu adalah seorang pemimpin parti pembangkang) sebab saya pun ada dalam rakaman video tersebut,” katanya.


1.  Betul ke..Anwar ada mengarahkan Shazry Eskay mengambil jam tangan di bilik hotel ?
2.  Apa hubungan Anwar dgn Shazry Eskay ?
3.  Siapa yg pasang CCTV di bilik hotel ?
4.  Pada hari kejadian, Anwar berada di mana ? CCTV hotel ada atau tidak kehadiran Anwar di Hotel tersebut.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-3-2011 03:04 PM | Show all posts
Tubuh suruhanjaya diraja

KUALA LUMPUR 23 Mac - Kumpulan yang bertanggungjawab mendedahkan skandal video seks seorang lelaki yang didakwa sebagai pemimpin pembangkang, mendesak kerajaan menubuhkan suruhanjaya diraja bagi menyiasat kesahihan rakaman itu.
Ini kerana tegas kumpulan yang terdiri daripada bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik; ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah serta Bendahari Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Shuib Lazim, rakyat wajib didedahkan dengan kebenaran.
Menurut Abdul Rahim, melalui suruhanjaya diraja tersebut, misteri lelaki dalam rakaman video seks itu, akan terjawab.

Katanya, suruhanjaya tersebut boleh dianggotai Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail; Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang; wakil DAP, Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail; wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan wakil media.

Pada masa yang sama, beliau juga menyeru supaya pemimpin pembangkang yang dikaitkan dengan video seks tersebut diberi kebebasan untuk memilih pakar forensik serta pemerhati asing bagi menunjukkan ketelusan.
"Suruhanjaya diraja perlu ditubuhkan dengan segera bagi menyiasat ketulenan dan kebenaran video ini demi rakyat kerana sudah terlalu banyak spekulasi, penafian dan putar belit berhubung pendedahan video ini.
"Sedangkan pemimpin ini adalah orang yang bakal menentukan masa depan negara, bangsa dan kedudukan Islam tetapi terpalit dengan skandal seks," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Dalam pada itu, Abdul Rahim mendesak pemimpin pembangkang tersebut mencontohi sikapnya yang berundur selepas diarahkan pucuk pimpinan tertinggi meskipun didapati tidak bersalah oleh mahkmah dalam skandal seks dengan gadis bawah umur tidak lama dahulu.
Katanya, beliau tetap dengan pendirian untuk berundur kerana tidak mahu menjadi liabiliti kepada negara.
"Dia patut mengambil sikap yang samalah. Saya akur kepada kewibawaan, integriti dan kredibiliti. Saya berhenti tanpa ada masalah dan saya berharap contohilah sikap ini. Jadilah rakyat yang taat dan menjunjung tinggi kedaulatan undang-undang," katanya.
Sementara itu, Shazryl Eskay berjanji akan menyerahkan rakaman video seks tersebut kepada suruhanjaya diraja sebaik sahaja ia ditubuhkan kerajaan kerana yakin melalui pendekatan tersebut, segala kebenaran akan terbukti.


Setuju tubuhkan Suruhanjaya Diraja yang diwakili oleh individu dan NGO yg berkecuali.
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2011 03:34 PM | Show all posts
Setuju tubuhkan Suruhanjaya Diraja yang diwakili oleh individu dan NGO yg berkecuali.
rashiman Post at 24-3-2011 15:04

sebelom tubuh suruhanjaya diraja untuk kes2 zina camtu... sila bagi tindakan pada "PENGANJUR TAYANGAN LUCAH" tersebut.
"kes zina" tentang kisah lucah tersebut perlu ikut turn sementara suruhanjaya yg ditubuh tu menyelesaikan kes2 zina terdahulu yg bertimbun2 di mahkamah syariah.
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2011 03:49 PM | Show all posts
sebelom tubuh suruhanjaya diraja untuk kes2 zina camtu... sila bagi tindakan pada "ENGANJUR TAYAN ...
bangcak Post at 24-3-2011 15:34


Suruhanjaya diraja dibentuk adalah untuk membersihkan nama baik Anwar atau menunjukkan wajah sebenar Anwar, bergantung kepada hasil siasatan agar rakyat dapat menilainya.
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2011 04:09 PM | Show all posts
Reply 138# bangcak


    bangcak risau nampak...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 01:36 PM GMT+8 , Processed in 0.068675 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list